Powered by Blogger.
  • Home
  • Promotion
  • Packages
    • Domestic
    • Island Package
    • Outbound
  • Travel Tips
  • Services
  • Contact Us

BKH TRAVEL

Teman Melancong Anda

4 POINT SNORKELING YANG WAJIB KORANG PERGI DI PULAU PERHENTIAN

Dah agak berhabuk page ni, sorry lah mek tak menyempat2 nak share tempat2 menarik untuk korang, sibuk dalam whatsapps dan FB sana. Jenuh mek nak reply satu persatu pertanyaan.

Kali ni mek nak share  dengan korang point2 snorkeling yang korang wajib pergi kalau korang ke Pulau Perhentian. Kalau korang nak tahu Pulau Perhentian merupakan Pulau yang tersenarai dalam 10 antara Pulau tercantik di Dunia. Haaaa, korang xpayah dah nak pegi jauh2 cari Pulau yang cantik. Sebab dekat area korang pun ada. Orang kata Pulau Perhentian ni acah2 macam Maldive uolss. Mek xtaw lah sampai mana kesahihan dia. Jom kita tengok.


1st Snorkeling point ( Turtle Beach )

Okey dekat sini selalunya dorang bagi peluang untuk buat "Water Confident", apa laa water confident tu kan?? Okey water confident ni lebih kepada nak bagi korang traning dan sesuaikan diri dalam air. ada taw yang pakai life jacket tapi takut. Buat apa korang nak takut sebab life jacket tu kan sifat dia terapung2. So korang akan terapung dalam air tu, sure xtenggelam, tapi korang jgn plak terapung2 dalam hati mek nati mek xleh nak tdow duk ingtkan korang. heheheh


Sini lah Turtle Beach


Tengok view dekat belakang tu

Okey sini dek abang tolong pakaikan snorkle =)


Posing dulu sebelum turun laut..


Seronok baq hangg..
Kalau korang bernasib baik korang dapat tengok Nemo Fish taw dekat sini. tapi kena pergi jauh sikit dari pantai, Jangan risau Sea Life Guide yang berpengalaman yang bawak korang.


2nd Snorkeling Point ( Fish Point/Nemo Point )

Lepas korang buat water confident dekat Turtle Beach mek nak bawak korang pergi test power dekat opensea plak. Next point nama Fish point ataupun Nemo Point. Kat opensea ni korang xyah nak mimpi nak jejak kaki kat dasar hehehe mmg dalam, tapi korang still lagi boleh tengok ikan2 dgn jelas. Air dia tetap Cristal blue water weyyyy. Rasa nak teguk2 jer air jernih tu hehhehe. Meh kita tengok gambar dekat Point sini nice ke x nice. 



Mek Ready nak terjun..


Nah Mek blanja gambar nemo kat korang

Geram jer mek tgok ko ni nemo. Geram nak gigit2 heheh


Mula2 rasa geli2, lama2 mek rasa sedap plak ikan gigit ni =)

Mek memang suka ikan ni main kat tepi2 kaki


Amboi mek sorang kat depan ni xmau tengok camera


yeahaaaa, mek dah sampai sini best 



3rd Snorkeling Point ( Turtle Point )

Dah siap pergi tengok Ikan dan main ikan , jom mek nak bawak korang p tengok turtle, korang taw tak pe benda turtle tu? penyu la penyu lah hehehe, Teringat plak lagu orang terengganu katanya " Kiter tengok penyu teler" tapi sini xleh nak tgok penyu teler k. Mek pun baru first time dapat tengok penyu depan mata. So Mek punya excited tu lain macam jer. Terover lebih dek oittt. Jom kita tengok apa yang ada dekat point ni. 


Mek bagi Good dekat Turtle ni sbb dia xlarik masa mek dive hehehe 


Nampak x turtle tengah makan rumput dekat dasar. 

Bagi korang yang xpernah tengok Penyu depan mata mmg korang akan meraung2 mcm korang tengok bidadari lintas kat depan mata, hahahha Tapi xpa ni mek belanja korang dlu.  kalau nk tengok live, korang kena pergi sini dlu.=)


4th Snorkeling Point ( Shark Point) 

Fuhhh, penat mek duk selam2 intai penyu jantan, lepas p intai penyu jantan, mek nak kasi tahu korang next best point yang korang kena pegi kalau snorkeling dekat perhentian ni, korang kena pergi dekat Shark point! Okey Fine! Sini korang boleh tengok shark depan2 mata weyyy. Mula2 mek tengok rasa macam nak berlari je naik dalam bot balik, Giler xtakut shark lalu depan mata, tapi dia tengok jeling2 manje. Mungkin dia xberkenan dekat mek kot. sebab mek kurus. Daging pun xdakkk hehehhe. Korang yang lemah jantung jangan turun taw. Nati xpasal2 fengsan dalam air. Korang jangan risau guide akan bawak korang pergi cari shark dan shark ni bukan jenis spesis yang suka baham orang. Dia makan ikan2 kecik jer. So Xbahaya lah, dorang hidup sana pun dengan aman dan sentosa. Jom lepakk tengok shark kat gambar bawah ni.


Gambar ni guide mek yang tolong ambil. Mek duk jauh2, balik rumah baru mek tengok dalam gopro hehehe


Macam ni rupa shark. Slalu tengok dalam tv, hari tu dapat lah tengok depan mata

Okey mek rasa sampai sini jer mek nak share pasal 4 Point Snorkeling yang wajib untuk korang pergi tengok sndri bila korang jejakkan kaki dekat Pulau Perhentian. So harap info dari mek ni berguna untuk panduan korang semua. InshaAllah kalau mek rajin , mek buat entry lain yerr.

Special thanks to Bahtera Kembara Holidays for info. Kalau ada yang berminat, boleh lah dapatkan Pakej Pulau Perhentian dengan mereka. Sangat trusted dan berbaloi..


BERMINAT DENGAN PAKEJ PULAU PERHENTIAN MURAH DAN BAJET??
Klik DIsini
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

ASSALAMUALAIKUM .


Harini saya nak berkongsi dengan korang semua macam mane 
cara mengumpul duit untuk melancong bagi yang kaki travel 
yang kurang baget tiap bulan ,tapi nak travel tiap tahun :)


Hari nie aku nak share dengan korang camne aku menabung atau kumpul duit untuk travel tiaptahun. Ramai yang ingat aku nie banyak duit sebab asyik berjalan je. Actually, nak travel tempat orang nie tak perlu duit beribu-riban pon. Cuma pandai plan je, 

1) Menabung


Dengan menabung nie, bukan setakat nak pergi travel, nak beli cincin berlian pon boleh sebab dari kecik mak pesan suruh menabung. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dulu masa awal-awal nak travel tu ade la aku menabung dengan cara tolong basuh keta ,bahagikan duit sekolah umi dengan abah aku bagi ,hari cuti aku pegi kerja kat Parkson .Tolak minyak motor ,tolak makan sehari ,bagi umi abah RM100 sebulan ,belanja family makan kat luar RM150 .So sebulan aku dapat simpan RM200. Tapi aku jarang ade kat rumah sebab balik time cuti belajar je. So menabung nie kira bukan kaedah utama yang aku pilih la sebab aku nie spesis boros jugak ,tapi contoh aku nak travel tahun nie kat Bandung ,aku perlu simpan duit yang banyak untuk travel ..hehe... Those yang ade sifat sabar dan boleh simpan duit lama-lama, boleh cuba kaedah ni. Dah lagi satu, aku suka simpan duit aku kat orang lain. Maksud aku, duit tu bkn ada pada aku, so aku susah nak amik atau nak guna. Setiap bulan aku simpan so kali dengan jumlah hari yang dia ade sebelum nak travel. Tapi kena konsisten la. Jangan hangat-hangat tahi ayam je . HAHAHA :)

2)Berniaga




Berniaga nie adalah salah satu cara yang mudah untuk korang buat duit, sebab sekarang nie medium untuk berniaga memang banyak contoh Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya. Korang tak perlu keluarkan duit atau apa-ape modal pon untuk sewa tapak kecuali modal barang korang nak jual. Kaedah nie aku jarang buat tapi ak PERNAH buat. Tapi aku nie xde la berbakat sangat bab berniaga tapi aku tengok ramai kawan aku yang dapat duit sampingan dengan berniaga. So boleh la cuba, kalau tak nak kumpul buat travel pon boleh buat bisnes part time untuk masa depan. :)

3)Mengadai/Menjual



Keadah nie tak digalakkan. Menjual nie tak sama ngan meniaga. Oleh sebab apa yang aku nak ceritakan nie adalah cara aku cari duit belanja untuk travel. So ini adalah salah satu yang aku buat. Dalam kaedah satu tadi aku cerita yang aku nie spesis boros. Bila aku ade duit je, macam-macam benda aku nak beli. Tapi barang aku beli tu adalah barang tahan lama dan ade nilai. Contohnya aku beli DSLR, GoPro , Camera, Phone or pape je la yang pada mulanya memang aku nak guna, tapi bila terdesak nak duit aku akan jual atau gadai. Walaupun sedikit rugi sebab barang yang aku beli dan jual dengan nilai yang agak rendah tapi bagi aku yang spesis tak reti simpan duit nie kira okay la. Make sure barang tu korang jual la dengan harga yang bersesuaian. Jangan la mentang-mentang dah terdesak, ko jual dengan harga terlampau murah. Memang rugi la kan.


4) Simpanan ASB

Aku tak tahu apa status berkaitan Amanah Saham Berhad (ASB) nie. Ada ura-ura mengatakan kan ASB nie mempunyai unsur-unser konvensional yang diragui dalam Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google je atau tanya sama ustaz. Dulu aku pernah la simpan dalam ASB nie setiap kali dapat biasiswa. Bila dapat duit biasiswa aku akan simpan dalam RM500-RM1000 dalam ASB. Tujuan aku bukan nak bagi duit tu beranak-pinak pon, tapi sebab ASB nie susah nak withdraw. Kalau nak kuarkan duit kena pergi Bank atau Pejabat Pos menggunakan Buku Akaun. Meaning aku xde la kerap sangat kuarkan duit kecuali terdesak. Aku rasa kalau ASB nie ada mesin ATM, dah lama duit aku habis dalam tu. ASB nie kira macam tempat simpan duit aku buat sementara. :) Duit tu kena pandai-pandai cari la. hehe Kalau korang yakin dengan ASB, just simpan je duit dalam tu dan tunggu sampai hujung tahun sehingga dividen diumumkan. Banyak ko simpan, banyak la duit yang ko dapat.

5)Pakej promosi


Jika memilih untuk bercuti di luar negara, pilihlah agen pelancongan yang sedang mengadakan promosi atau diskaun .Disini juga boleh membantu perbelanjaan korang sewaktu travel nanti .Jangan pulak korang cari agen pelancongan yang menyediakkan harga yang tinggi sampai kau pergi travel tak cukup duit nak makan minum dan shopping .

............................................................................
Setakat itu saja kaedah yang aku guna. Kalau korang ade nak share macam mana korang simpan duit untuk travel boleh share di ruangan komen dibawah. Amatlah dialu-alukan. Tapi sebelum tu, seperti mana yang ak cakap, kaedah ini adalah kaedah yang diguna pakai oleh aku, lain orang lain kaedah so tak perlu pertikaikan setiap kaedah yang dinyatakan. Okay.... Chow shin chiii.....

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ASSALAMUALAIKUM GADIS-GADIS MANIS ..

Hari nie saya nak share tip keselamatan untuk gadis yang ingin melacong .



Banyak perempuan yang ragu atau enggan berpergian sendirian saat travelling. Alasan keamanan menjadi ketakutan utama bagi para kaum hawa untuk travelling sendirian. Berikut membagikan tips untuk perempuan yang ingin melakukan travelling sendirian.




SELALU BERWASPADA: 

  • Dimanapun kamu berada, pastikan selalu berwaspada dan kawal diri. Jangan pernah terlihat takut, bimbang dan ragu-ragu. kerana semakin membuat takut orang sekitar dan memperbesar peluang kamu untuk diganggu. Bawalah alat pengaman seperti pisau lipat atau pepper spray setiap kali kamu ingin melakukan perjalanan sendirian. 


SIMPAN BENDA BERHARGA 

  • Backpacker Jangan memancing orang asing untuk mengganggu kamu dengan memakai barang berharga secara berlebihan. Sebaiknya, simpan barang-barang tersebut di dalam beg kamu atau jika perlu tinggalkan saja di rumah kamu agar keamanan lebih terjamin. 


GUNAKAN PAKAIAN SOPAN 

  • Melancong sendirian ke kota orang, ertinya kamu sebagai tamu yang menumpang ke "rumah" orang. Untuk menghormati penduduk lokal, hindari menggunakan pakaian yang terlalu terbuka dan pilihlah pakaian yang sopan dan tertutup. Selain menghormati orang lain, kamu juga semakin merasa aman karena tidak perlu disisih seperti saat orang asing memperhatikan kamu memakai pakaian terbuka. 



PERSIAPKAN SEMUA YANG DIPERLUKAN 

  • Pertimbangkan baik-baik barang yang perlu kamu bawa. Tidak perlu membawa barang-barang yang tidak terlalu diperlukan, seperti alat make up lengkap dan baju tebal yang terlalu banyak. Selain boros bagasi, kamu juga akan direpotkan dengan backpack yang terlalu berat sehingga gerak kamu saat melancong menjadi tidak fleksibel.


SIMPAN NOMBOR TELEFON

  • Penting Tingkatkan keamanan diri dengan mencatat nombor-nombor telefon penting yang berlaku di bandar atau negara tujuan perjalanan kamu, misalnya nombor telefon balai polis, hospital, kedutaan besar, dan nombor penting lain yang kamu anggap penting. 


BERI KHABAR KE ORANG YANG TERDEKAT 

  • Khabarkan kepada orang-orang terdekat kamu seperti orangtua, kakak, adik, sahabat.. Selain mengurangi kecemasan keluarga dan orang terdekat, hal ini juga dapat membantu mereka mengetahui keadaan terakhir kamu saat kamu tidak dapat dihubungi.



So, sudah siap travelling sendirian ya, Ladies? =)

TERIMA KASIH ..
SAFE JOURNEY GAIS .

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kakak Manis Abang Hensem .

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk anda yang ingin merancang melancong ke Ho Chi Minh City Vietnam. Saya sudah menjejak bumi Ho Chi Minh sebanyak dua kali. Walaupun pengalaman sebanyak dua kali ini boleh dikatakan kurang berbanding dengan mereka yang sering datang ke sini atas urusan perniagaan (memborong barang niaga), tetapi anda boleh anggap tips-tips yang bakal saya berikan ini sebagai pandangan pertama dan panduan bagi orang yang pertama kali ini ke sini.

Informasi penting semasa berada di Ho Chi Minh Vietnam:

#1 Bahasa 




- Kita boleh menggunakan bahasa Melayu di beberapa buah tempat seperti Benh Tanh Market dan Cho Bin Tay Market. Selain dari tempat-tempat tersebut, sila pastikan yang anda boleh berbahasa Inggeris (tetapi tidak semua orang Vietnam boleh berbahasa Inggeris juga) dan pastikan duit tukaran dalam Vietnam Dong ada untuk memudahkan anda menaiki teksi balik ke hotel HEHEHEHE (pilihan terakhir sebelum tersesat).

#2 Matawang 



- Benh Tanh Market dan beberapa kawasan utama membeli-belah menerima matawang Ringgit! Wow. Tapi, memandangkan sekarang ini nilai Ringgit kita sedang jatuh merudum, dicadangkan untuk membawa matawang USD dan VND sahaja kerana ada beberapa tempat sudah mula menolak matawang Ringgit kita. So sad!

#3 Pengangkutan awam



 - Teksi! Teksi ni penting. TOLONG jangan sesuka hati naik teksi tanpa usul periksa. Ini kerana kes penipuan teksi di Vietnam lebih kurang seperti kes penipuan teksi di Malaysia terhadap pelancong asing. Ini bukan rekaan semata-mata tetapi saya sendiri telah mengalami ditipu semasa berada di sini. Apapun, jika hendak memilih teksi, pilihan utama dan paling selamat adalah teksi Vinasun. Ingat ni - VINASUN. Teksi Vinasun ni memang highly recommended by local hotels. Tapi sebelum naik teksi Vinasun ni, tanya harga dulu berapa. Kalau tidak melebihi 200,000.00 VND boleh la anda naik. Tapi biasanya caj yang dikenakan hanyalah sekitar 130,000.00 hingga 180,000.00 VND. Jangan nak memandai naik teksi yang menawarkan meter ya melainkan meter tu bermula dengan 30,000.00 VND* (tak silap saya lah).

#4 Membeli-belah 





- Shopping di Benh Tanh Market. Terutama untuk lelaki, kalau tengok pemilik kedai tu cantik dan comel je, tolonglah fikir dua kali untuk singgah. Saya dah terkena dengan peniaga yang berwajah cantik dan comel ni. Perangai mereka suka memaksa dan mengatakan barangan yang dijual adalah pada harga yang paling rendah tetapi sebenarnya banyak lagi kedai-kedai lain yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah dan terbaik! Cara mereka memaksa juga sangat menyakitkan hati dan jika kita enggan untuk membeli barang jualan mereka, mereka akan mencarut terhadap kita dalam bahasa mereka dan ada yang lebih berani tu mencarut dalam bahasa yang kita fahami sambil tengok kita atas ke bawah dan kemudian menjeling. Seriously, this happened to me! Pilihan terbaik adalah pergi ke kedai-kedai makcik-makcik, abang-abang ataupun kedai yang jenis family-business (yang ada anak, ayah, akak, mak, abang macamtu). Mereka punya adab lebih baik daripada penjual perempuan yang ada aset wajah ni.

#5 Makanan halal 


- Ahaaa... Yang ni best. Makanan halal? Jangan risau lah. Berlambak kat area Benh Tanh Market. Cakap je dari makanan citarasa Malaysia, Thailand hinggalah makanan tempatan yang halal boleh didapati di kawasan sekitar yang berhampiran. Ingat ye, sekitar kawasan Benh Tanh Market. Pertama kali saya datang ke sini, saya tinggal di hotel Halo yang jaraknya hanya beberapa minit ke Benh Tanh Market. Di sebelah hotel Halo terdapat sebuah restoran halal Malaysia - Thailand Cuisine dan di hadapannya pula restoran Serai Malaysia. Kali kedua saya datang ke sini pula saya pergi ke restoran Melayu dan restoran Hajah Bashiroh. Harganya standard lah, mahal sikit dari harga kita makan kat kedai jenis-jenis macam ni kat Malaysia. Sikit je.

#6 Tarikan pelancong 


- Yang ni saya failed sikit. Sepanjang dua kali saya berada di Ho Chi Minh, saya hanya pergi ke War Remnant Museum dan Independent Palance. LOL. Selainnya, memang pergi ke ke kawasan Benh Tanh, Cho Binh Tay dan sekitar bandar yang saya tak boleh ingat satu persatu. Tapi, jika anda berada di sana, anda akan perasan yang orang Vietnam ni lebih ramai yang menaiki motorsikal. Memang penuh dan sesak.

#7 Lapangan terbang 


- Lapangan terbang kat Ho Chi Minh ni kecil je tak macam kat KLIA tu ha. Tapi boleh la, tak la letih nak jalan. Tapi, kalau nak balik Malaysia tu jangan nak lambat sangat pula. Imigresen cepat je tapi pemeriksaan kastam (yeke kastam? ke imigresen? Entah la, yang tempat full scanning tu la) kena berbaris panjang dan sedikit lama kat sana.

#8 Dokumen penting


 - Passport yang sah je cukup lah. Tak perlu nak isi borang ketibaan dan declaration macam kita nak pergi Indonesia. Tak perlu sangat. Nak pergi Vietnam ni macam kita nak pergi Sabah Sarawak je, bezanya kena ada passport merah. Heheheh

#8 Keselamatan 


- Pasal keselamatan ni, saya cadangkan anda pergi ke kawasan-kawasan tumpuan sahaja melainkan anda orang yang suka cabaran. Kawasan-kawasan tumpuan ni sekurangnya boleh mengurangkan risiko kejadian tak diingini. Kat sini, penyeluk saku dan ragut banyak terjadi juga. Orang tempatan selalu mengingatkan tentang hal ni kepada pelancong-pelancong luar. Kalau ada kejadian tak diingini berlaku, sebagai contoh semasa saya ditipu dan diperas oleh seorang pemandu teksi dari muzium nak balik ke hotel, nak selamat punya pasal, saya serahkan saja duit yang ada, tapi keluar saja dari teksi saya terus ambil gambar teksi tersebut dan buat laporan polis. Polis kat sana memang saya tabik hormat sangat. Saya buat laporan dan semua pegawai polis membuat kerja yang sepatutnya, sekitar 30 minit pemandu teksi tu ditahan dan dibawa ke balai polis. Hebat tak? Dia diminta untuk memulangkan wang yang diperas tu dan diminta untuk meminta maaf. Selain itu, dia juga meminta agar kes itu digugurkan. Nasib dia baik sebab saya tarik balik kes tu, tapi saya meminta agar perkara itu dilanjutkan kepada syarikat teksi yang menggajikan dia. Well... yang penting dia tak dikenakan undang-undang negara, tapi syarikat dia perlu kenakan tindakan kat dia. Orang macam ni tak boleh nak dilepaskan seratus-peratus sewenangnya.

#9 Orang tempatan 


- Jangan risau ye semua. Orang Vietnam ni ramai yang mesra alam dan boleh buat kawan. Mana yang boleh buat kawan tu silalah simpan nombor telefon untuk kegunaan masa yang akan datang bila anda datang ke sini lagi. Saya buat macamni. Waktu mula-mula saya sampai ke sini, saya bertemu dengan seorang perempuan tempatan yang baru memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Bangladesh (yang berduit) dan seorang lelaki Islam bergelar haji yang bekerja dengan konsulat Kuwait. Selain itu, saya juga bersahabat dengan beberapa orang peniaga di Benh Tanh Market di mana kali kedua saya datang ke sana, mereka semua inilah yang banyak membantu saya untuk mencari tempat makan halal, kat mana nak membeli-belah, nak buat apa, macam-macam lah. Siap bawa saya berpusing sekitar bandar lagi. Memang baik! Tapi, jangan sebarang kenal dengan orang pula ya. Kena selidik betul-betul dulu. Nasib saya baik pergi bersendirian ke sana tapi berkat dilindungi Allah swt, saya dipertemukan sahabat-sahabat yang baik ini. 

#10 Informasi lain 





- Dah pergi sini, jangan setakat nak beli kain-kain je, jangan dilupa kopi tempatan yang sangat sedap tak terkata! Boleh beli kat tepi jalan dengan harga sekitar RM3.00 atau 1.00USD. Selain tu, kalau nak pergi ke sana untuk membeli-belah, sila pastikan anda membeli baggage yang banyak. Ini kerana mereka kat kaunter tu susah nak bertimbang rasa walau terlebih setengah kilogram. Ada yang terlepas tu memang bernasib baik lah, macam saya. Hehehe... saya terlebih 500 gram dan dilepaskan. Tapi ramai kawan-kawan saya yang pernah pergi tetap dikenakan caj lebih muatan (berdasarkan cerita mereka). Selain daripada tu, rajin-rajinlah explore Ho Chi Minh ni, jauh sikit pun tak mengapa. Memang banyak tarikan yang ada cuma saya yang kurang berminat. Hehehe...


                                                    TERIMA KASIH =)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



KENAPA DAN MENGAPA?


Pakej Day Trip Singapore ni RM135 Seorang. 

Kami lihat ramai orang nak Travel tapi tak cukup duit. Ramai yang nak travel tapi nak murah dan banyak tempat yang boleh lawat. Kalau korang nak g Singapore sekurang2 nya korang kena ada RM500 untuk 2H1M mungkin, ataupun RM1000 untuk 3H2M, kalau kita convert duit MYR-SGD sekarang ni maunya kena bahagi dengan 3.10. Kalau korang tukar RM1000 ke SGD, korang hanya dapat dalam 322 SGD sahaja. Mungkin cukup lah untuk korang duduk 3H2M Singapore. Tak rasa ke Kos tu teramat2 tinggi? 

Jadi saya ambil satu alternative untuk bagi peluang orang melawat Singapore dengan harga yang amat rendah, mengikut cara saya sendiri. Kerana itulah kami wujudkan Pakej ni. Alhamdulillah setiap bulan bas memang penuh. 

Kenapa korang perlu ikut Trip ni?
1) Korang bayar harga pakej dengan MYR
2) Masa hujung minggu sahaja
3) Tidak menggangu waktu kerja korang 
4) Berpeluang untuk kenal Singapore dengan lebih dekat
5) Harga Pakej memang lebih murah
6) Tidak perlu bawa duit shoping yang banyak
7) Boleh luangkan masa dengan anak2 di tempat yang berbeza
8) Tour Leader yang sangat peramah

Untuk melihat Pakej Singapore Day Trip,Korang boleh tekan link dibawah ini.

Lihat Testimoni Trip
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hai Korang, 
Tiba2 pulak rasa free time waktu macam ni. So admin terlintas nak share dekat semua pembaca "cara-cara untuk pergi ke Langkawi " , mungkin dah ramai yang share, tapi admin belum share lagi hahahha

Malaysia kan sekarang dah makin hari makin maju dan makin banyak perkhidmatan baru yang disediakan oleh syarikat persendirian dan kerajaan ( Harapnya =.='') hahaha  Kalau korang ada kereta , korang boleh lah drive dari tempat korang. Bagi yang takda kereta , jangan risau sebab berlambak bas-bas express yang tersedia untuk ke langkawi. hehehe Tapi korang jangan plak anggap ada bas direct ke Langkawi ya, sebab bas express hanya sampai di Kuala Perlis Sahaja.

Kalau yang decide nak drive sendiri ke Jeti Kuala Perlis, nak senang korang buka je WAZE, GOOGLE MAP ke, korang set je Jeti Kuala Perlis. Dan sepanjang perjalanan tu mesti ada signboard. Korang jangan risau ya. Jangan lupa untuk berhenti rehat kalau penat memandu dan mengantuk hehehehe

Okey bagi yang nak ke Jeti Kuala Perlis dengan menaiki bas, korang sebenarnya lebih relex, sebab korang xperlu penat-penat untuk drive kereta 6-7 Jam. naik je bas korang dah boleh lelapkan mata. Buka mata tengok2 dah sampai dekat Terminal Bas Kuala Perlis. Kalau korang dari Kuala Lumpur, korang boleh dapatkan tiket terus di Kaunter Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semua destinasi ada dekat sana. Kalau korang malas sangat nak ke TBS tu korang boleh hubungi kita untuk tempah tiket korang Klik Disini .

TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Korang boleh ambil bas yang gerak malam. Selalunya dalam pukul 11.00 PM, bas akan sampai awal pagi. So bagi yang mana boleh solat, korang boleh lah solat subuh dekat stesen bas tu. Tandas dan surau pun lengkap kat sana. Insyaallah cuci. Lepas korang siap solat apa semua, Korang tunggu kejap kaunter bas tu buka. Sebab korang di galakkan untuk beli siap-siap tiket bas dari Kuala Perlis ke Destinasi korang. Kenapa saya suruh korang beli terus tiket bas pergi dan balik? Selalunya kalau korang nak beli masa hari kejadian, memang tiket bas selalu SOLD OUT! 

Stesen Bas Kuala Perlis

Siap semua urusan tu , korang terus pergi ke Jeti Kuala Perlis, dekat je dengan stesen bas Kuala Perlis. Dont worry korang tak sempat nak berpeluh hehehe. Korang nampak susur tempat orang jalan kaki ataupun kalau korang malas sangat nak cari susur tu, korang tanya je orang dekat sana macamna nak ke Jeti. Nati Akak abang kat situ tunjukkan. Semua orang kat situ mesra pelanggan. hahahah

Bila Korang sampai je dekat Jeti Kuala Perlis, Korang mesti nampak Kaunter dari No 1 hingga No 4. So korang cepat2 beratur untuk beli tiket, Dekat sana banyak sangat orang yang baik hati dan menyapa korang. hati-hati ya kawan dalam berurusan dengan kata-kata dan janji-janji manis. Nanti korang termakan. Korang beli tiket sehala dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Sebab dekat kaunter tu tak da jual tiket feri pergi balik kecuali korang pergi dengan Travel agent secara berkumpulan. Korang boleh tengok jadual perjalanan Feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah Langkawi. WAKTU PELEPASAN FERI LANGKAWI

Berbalik kepada janji-janji manis dan ayat-ayat manis tadi, nak lebih selamat korang boleh lah ambil Pakej yang disediakan oleh Syarikat kami Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd Insyaallah Selamat dan Suci kerana Anda adalah kebahagian kami. hehehe . Korang Boleh tengok Pakej Langkawi Bajet Murah tapi berbaloi baloi Klik Disini. Okey bila korang dah siap semua beli tiket feri ke Ke Jeti Kuah Langkawi, korang mungkin sempat lagi untuk sarapan pagi dekat kawasan jeti tu. 


Korang akan naik feri selama 1 Jam untuk sampai ke jeti Kuah Langkawi dan korang perlu cari kereta sewa disana untuk bergerak. Jika xmau pening2, nak semua dah disusun. Korang boleh hubungi kami. #Kipidap#dongibab

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
PAKEJ 3H2M PULAU LANGKAWI, BERDUA PUN BOLEH PERGI,


Tahun 2015 Pakej Langkawi kami sangat2 mendapat sambutan yang luar biasa. Alhamdulillah. Sebab kami hanya jual Pakej 3H2M Serendah RM230 Seorang. Percaya atau tidak. Baca lah sampai habis. =) 



Kalau dalam Instagram, Ataupun Facebook Page kami FB , kami akan masukkan iklan macam dibawah ni.



Sebenarnya ramai sangat yang selalu salah baca pakej tu. kadang2 kita sendiri pun salah baca dan salah explain pada customer. heheheh Okey macam ni. Detail dalam gambar tu sebenarnya sudah lengkap. Nama Resort penginapan, Nama Location resort tersebut , Apa yang termasuk dalam Pakej.

Sebagai contoh Korang berdua dengan Husband & Wife , Korang boleh ambil Pakej serendah RM275 Seorang. Minimum 2 pax tu merujuk kepada Jumlah orang dalam bilik. Bermakna RM275 Setiap seorang. Dua orang sebilik. dan pakej termasuk seperti dalam gambar diatas. 


3H2M PULAU LANGKAWI ( DUA ORANG SEBILIK) 

HARGA :RM275/seorang

PAKEJ TERMASUK 
1) Penginapan di Resort 2Malam ( 2 orang sebilik)
2) Kereta Pandu sendiri sepanjang di Langkawi (Myvi)
3) Island Hopping ( Beras Basah+Easgle Feeding+ Tasik Dayang Bunting)
4) Pickup dari resort ke Jeti Island Hopping pergi dan balik
5) 2x Sarapan pagi di resort setiap seorang


3H2M PULAU LANGKAWI ( TIGA ORANG SEBILIK) 

HARGA :RM255/seorang

PAKEJ TERMASUK 
1) Penginapan di Resort 2Malam ( 3 orang sebilik)
2) Kereta Pandu sendiri sepanjang di Langkawi (Myvi)
3) Island Hopping ( Beras Basah+Easgle Feeding+ Tasik Dayang Bunting)
4) Pickup dari resort ke Jeti Island Hopping pergi dan balik
5) 2x Sarapan pagi di resort setiap seorang


3H2M PULAU LANGKAWI ( 4 ORANG SEBILIK) 

HARGA :RM275/seorang

PAKEJ TERMASUK 
1) Penginapan di Resort 2Malam ( 4 orang sebilik)
2) Kereta Pandu sendiri sepanjang di Langkawi (Myvi)
3) Island Hopping ( Beras Basah+Easgle Feeding+ Tasik Dayang Bunting)
4) Pickup dari resort ke Jeti Island Hopping pergi dan balik
5) 2x Sarapan pagi di resort setiap seorang

CADANGAN ATURCARA LAWATAN

BERMINAT? Cepat Hubungi kami Disini


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts
  • 4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI
    Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan se...
  • 21 TIPS SEMASA DI MALDIVES
    PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives...
  • Pelanggan tidak lagi tertipu kalau baca posting ni..
    3H2M PULAU PERHENTIAN DI KG PULAU PERHENTIAN KECIL Tujuan Entry ni dibuat semata-semata nak bagi info dekat korang, Bagi senang ko...

Follow Us

Company Profile

Bahtera Kembara Holidays
View my complete profile

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (4)
    • ►  October (8)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  September (6)
    • ►  July (12)
  • ▼  2016 (8)
    • ▼  June (1)
      • 4 Point Snorkeling Wajib di Pulau Perhentian
    • ►  May (1)
      • Cara Mengumpul Duit Untuk Melancong .
    • ►  April (2)
      • TIP SOLO TRAVELLING UNTUK PEREMPUAN
      • Tip Travel Ke Vietnam ..
    • ►  January (4)
      • KENAPA ANDA PERLU IKUT DAY TRIP SINGAPORE?
      • MACAM MANA CARA NAK PERGI KE PULAU LANGKAWI
      • Pakej Murah 3H2M Pulau Langkawi, Kedah
  • ►  2015 (6)
    • ►  September (4)
    • ►  June (2)

Distributed By Protemplateslab & Created with by BeautyTemplates