MACAM MANA CARA NAK PERGI KE PULAU LANGKAWI

by - January 02, 2016

Hai Korang, 
Tiba2 pulak rasa free time waktu macam ni. So admin terlintas nak share dekat semua pembaca "cara-cara untuk pergi ke Langkawi " , mungkin dah ramai yang share, tapi admin belum share lagi hahahha

Malaysia kan sekarang dah makin hari makin maju dan makin banyak perkhidmatan baru yang disediakan oleh syarikat persendirian dan kerajaan ( Harapnya =.='') hahaha  Kalau korang ada kereta , korang boleh lah drive dari tempat korang. Bagi yang takda kereta , jangan risau sebab berlambak bas-bas express yang tersedia untuk ke langkawi. hehehe Tapi korang jangan plak anggap ada bas direct ke Langkawi ya, sebab bas express hanya sampai di Kuala Perlis Sahaja.

Kalau yang decide nak drive sendiri ke Jeti Kuala Perlis, nak senang korang buka je WAZE, GOOGLE MAP ke, korang set je Jeti Kuala Perlis. Dan sepanjang perjalanan tu mesti ada signboard. Korang jangan risau ya. Jangan lupa untuk berhenti rehat kalau penat memandu dan mengantuk hehehehe

Okey bagi yang nak ke Jeti Kuala Perlis dengan menaiki bas, korang sebenarnya lebih relex, sebab korang xperlu penat-penat untuk drive kereta 6-7 Jam. naik je bas korang dah boleh lelapkan mata. Buka mata tengok2 dah sampai dekat Terminal Bas Kuala Perlis. Kalau korang dari Kuala Lumpur, korang boleh dapatkan tiket terus di Kaunter Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semua destinasi ada dekat sana. Kalau korang malas sangat nak ke TBS tu korang boleh hubungi kita untuk tempah tiket korang Klik Disini .

TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Korang boleh ambil bas yang gerak malam. Selalunya dalam pukul 11.00 PM, bas akan sampai awal pagi. So bagi yang mana boleh solat, korang boleh lah solat subuh dekat stesen bas tu. Tandas dan surau pun lengkap kat sana. Insyaallah cuci. Lepas korang siap solat apa semua, Korang tunggu kejap kaunter bas tu buka. Sebab korang di galakkan untuk beli siap-siap tiket bas dari Kuala Perlis ke Destinasi korang. Kenapa saya suruh korang beli terus tiket bas pergi dan balik? Selalunya kalau korang nak beli masa hari kejadian, memang tiket bas selalu SOLD OUT! 

Stesen Bas Kuala Perlis

Siap semua urusan tu , korang terus pergi ke Jeti Kuala Perlis, dekat je dengan stesen bas Kuala Perlis. Dont worry korang tak sempat nak berpeluh hehehe. Korang nampak susur tempat orang jalan kaki ataupun kalau korang malas sangat nak cari susur tu, korang tanya je orang dekat sana macamna nak ke Jeti. Nati Akak abang kat situ tunjukkan. Semua orang kat situ mesra pelanggan. hahahah

Bila Korang sampai je dekat Jeti Kuala Perlis, Korang mesti nampak Kaunter dari No 1 hingga No 4. So korang cepat2 beratur untuk beli tiket, Dekat sana banyak sangat orang yang baik hati dan menyapa korang. hati-hati ya kawan dalam berurusan dengan kata-kata dan janji-janji manis. Nanti korang termakan. Korang beli tiket sehala dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Sebab dekat kaunter tu tak da jual tiket feri pergi balik kecuali korang pergi dengan Travel agent secara berkumpulan. Korang boleh tengok jadual perjalanan Feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah Langkawi. WAKTU PELEPASAN FERI LANGKAWI

Berbalik kepada janji-janji manis dan ayat-ayat manis tadi, nak lebih selamat korang boleh lah ambil Pakej yang disediakan oleh Syarikat kami Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd Insyaallah Selamat dan Suci kerana Anda adalah kebahagian kami. hehehe . Korang Boleh tengok Pakej Langkawi Bajet Murah tapi berbaloi baloi Klik DisiniOkey bila korang dah siap semua beli tiket feri ke Ke Jeti Kuah Langkawi, korang mungkin sempat lagi untuk sarapan pagi dekat kawasan jeti tu. 


Korang akan naik feri selama 1 Jam untuk sampai ke jeti Kuah Langkawi dan korang perlu cari kereta sewa disana untuk bergerak. Jika xmau pening2, nak semua dah disusun. Korang boleh hubungi kami. #Kipidap#dongibab

You May Also Like

2 comments