Makanan Yang Wajib Anda Cuba di Hatyai
Hari tu saya dah cerita pasal Entry ke Singapore Day Trip, Cameron Highland Day Trip. Kali ni nak cerita pulak dekat korang pasal makan-makan dekat hatyai. Yang pasti memang Best!
Trip tersangatlah santai. Pernah di iklankan dalam Astro Oasis dan Maya HD bagi percutian keluarga dan percutian hujung minggu. Nak tahu penerangan lebih lajut? Baca dibawah...
Trip Ke Hatyai 3H2M ni dah lama taw wujud. Mungkin korang je yang tak tahu. Trip ni bermula dari KL Sentral pada Hari Jumaat malam. Hampir setiap minggu ada ke hatyai.
Eh boleh tak kalau saya orang perak, kedah, nak ikut jugak?
Jawapannya: Boleh je sayang. Asalkan korang boleh tunggu dekat mana-mana Rehat dan Rawat ( RNR ) yang berdekatan ataupun mana-mana tol yang bas boleh buat " U-Turn "dan yang sehaluan dengan Lebuhraya Selatan-Utara, kita gerak dari KL Sentral, so pandai-pandai lah nak naik dekat pickup point mana. hehehe
Trip ni plak 3 hari 2 malam.Hari Jumaat malam tu gerak lebih kurang dalam pukul 10 malam berkumpul dekat KL Sentral. Korang boleh tekan Link ni untuk tengok cara mudah berkumpul sesama di KL Sentral. Klik disini CARA MUDAH KE TEMPAT BERKUMPUL TRIP HATYAI
Selepas selesai korang daftar nama dekat tour leader trip, korang boleh lah bersantai-santai dulu sementara bas sampai. Mungkin boleh pergi beli roti, air ataupun makanan ringan yang lain sebagai bekal dalam bas nanti.
Kita dijangka sampai dekat Padang Besar pada pukul 5.30 Pagi. Bagi muslimin dan muslimat boleh lah solat subuh dan nak mandi-mandi pun boleh. Lepas tu kita terus masuk ke sempadan cop passport. Cepat siap cepat lah boleh masuk sempadan Thailand. Mesti dah tak sabar wei heheheh
Sementera Tunggu orang lain siap Cop Passport sempat lah kami semua posing2 sini. |
Masa kita sampai pagi-pagi kita akan pergi ke Kilang Kacang Gajus dulu. Selalunya dekat sini orang banyak beli Paste Tomyam Kaw! Ramai yang cakap paste dia tu memang padu beb,Kalau bagi laki makan tomyam memang terus jatuh hati malam pertama. Sedap sangat. Hahaha Lepas tu dekat sini jugak korang boleh beli Kacang-kacang yang bermacam perisa. Kalau yang tak nak beli tu, korang boleh try percuma je kacang2 dalam balang tu, dah kenyang korang keluar lah hahahaha
Ada jugak yang akan beli Maggi Siam. Sedap jugak wei. Hehehhehe
Suke ya akak dapat rasa kacang percuma? Hahaha |
Peace.. Rasa bang jangan tak rasa. Orang dah bagi Free test hehehehe |
Bagi akak. Akak Nak yang tu. Ko ambek yang lain dek.=) |
Nah korang nak tengok kan betapa seksinya Pulut ayam, pulut mangga dan udang sador hahahah
kalau sekali tengok terus jatuh cinta berkali-kali. Hahahaha Waktu malam dekat Hatyai memang best, Korang boleh jalan-jalan cari makanan dan boleh jugak shopping boleh jugak nak massage badan nak manicure dan pedicure pun murah kat sini. Rugi jugak sapa yang tak ikut heheheheh
Berminat Dengan Trip ni ? Tekan disini
atau nak lihat Feedback Trip ni?Tekan Sini
0 comments