Cara Mengumpul Duit Untuk Melancong .

by - May 04, 2016

ASSALAMUALAIKUM .


Harini saya nak berkongsi dengan korang semua macam mane 
cara mengumpul duit untuk melancong bagi yang kaki travel 
yang kurang baget tiap bulan ,tapi nak travel tiap tahun :)


Hari nie aku nak share dengan korang camne aku menabung atau kumpul duit untuk travel tiaptahun. Ramai yang ingat aku nie banyak duit sebab asyik berjalan je. Actually, nak travel tempat orang nie tak perlu duit beribu-riban pon. Cuma pandai plan je, 

1) Menabung


Dengan menabung nie, bukan setakat nak pergi travel, nak beli cincin berlian pon boleh sebab dari kecik mak pesan suruh menabung. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dulu masa awal-awal nak travel tu ade la aku menabung dengan cara tolong basuh keta ,bahagikan duit sekolah umi dengan abah aku bagi ,hari cuti aku pegi kerja kat Parkson .Tolak minyak motor ,tolak makan sehari ,bagi umi abah RM100 sebulan ,belanja family makan kat luar RM150 .So sebulan aku dapat simpan RM200. Tapi aku jarang ade kat rumah sebab balik time cuti belajar je. So menabung nie kira bukan kaedah utama yang aku pilih la sebab aku nie spesis boros jugak ,tapi contoh aku nak travel tahun nie kat Bandung ,aku perlu simpan duit yang banyak untuk travel ..hehe... Those yang ade sifat sabar dan boleh simpan duit lama-lama, boleh cuba kaedah ni. Dah lagi satu, aku suka simpan duit aku kat orang lain. Maksud aku, duit tu bkn ada pada aku, so aku susah nak amik atau nak guna. Setiap bulan aku simpan so kali dengan jumlah hari yang dia ade sebelum nak travel. Tapi kena konsisten la. Jangan hangat-hangat tahi ayam je . HAHAHA :)

2)Berniaga




Berniaga nie adalah salah satu cara yang mudah untuk korang buat duit, sebab sekarang nie medium untuk berniaga memang banyak contoh Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya. Korang tak perlu keluarkan duit atau apa-ape modal pon untuk sewa tapak kecuali modal barang korang nak jual. Kaedah nie aku jarang buat tapi ak PERNAH buat. Tapi aku nie xde la berbakat sangat bab berniaga tapi aku tengok ramai kawan aku yang dapat duit sampingan dengan berniaga. So boleh la cuba, kalau tak nak kumpul buat travel pon boleh buat bisnes part time untuk masa depan. :)

3)Mengadai/Menjual



Keadah nie tak digalakkan. Menjual nie tak sama ngan meniaga. Oleh sebab apa yang aku nak ceritakan nie adalah cara aku cari duit belanja untuk travel. So ini adalah salah satu yang aku buat. Dalam kaedah satu tadi aku cerita yang aku nie spesis boros. Bila aku ade duit je, macam-macam benda aku nak beli. Tapi barang aku beli tu adalah barang tahan lama dan ade nilai. Contohnya aku beli DSLR, GoPro , Camera, Phone or pape je la yang pada mulanya memang aku nak guna, tapi bila terdesak nak duit aku akan jual atau gadai. Walaupun sedikit rugi sebab barang yang aku beli dan jual dengan nilai yang agak rendah tapi bagi aku yang spesis tak reti simpan duit nie kira okay la. Make sure barang tu korang jual la dengan harga yang bersesuaian. Jangan la mentang-mentang dah terdesak, ko jual dengan harga terlampau murah. Memang rugi la kan.


4) Simpanan ASB

Aku tak tahu apa status berkaitan Amanah Saham Berhad (ASB) nie. Ada ura-ura mengatakan kan ASB nie mempunyai unsur-unser konvensional yang diragui dalam Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google je atau tanya sama ustaz. Dulu aku pernah la simpan dalam ASB nie setiap kali dapat biasiswa. Bila dapat duit biasiswa aku akan simpan dalam RM500-RM1000 dalam ASB. Tujuan aku bukan nak bagi duit tu beranak-pinak pon, tapi sebab ASB nie susah nak withdraw. Kalau nak kuarkan duit kena pergi Bank atau Pejabat Pos menggunakan Buku Akaun. Meaning aku xde la kerap sangat kuarkan duit kecuali terdesak. Aku rasa kalau ASB nie ada mesin ATM, dah lama duit aku habis dalam tu. ASB nie kira macam tempat simpan duit aku buat sementara. :) Duit tu kena pandai-pandai cari la. hehe Kalau korang yakin dengan ASB, just simpan je duit dalam tu dan tunggu sampai hujung tahun sehingga dividen diumumkan. Banyak ko simpan, banyak la duit yang ko dapat.

5)Pakej promosi


Jika memilih untuk bercuti di luar negara, pilihlah agen pelancongan yang sedang mengadakan promosi atau diskaun .Disini juga boleh membantu perbelanjaan korang sewaktu travel nanti .Jangan pulak korang cari agen pelancongan yang menyediakkan harga yang tinggi sampai kau pergi travel tak cukup duit nak makan minum dan shopping .

............................................................................
Setakat itu saja kaedah yang aku guna. Kalau korang ade nak share macam mana korang simpan duit untuk travel boleh share di ruangan komen dibawah. Amatlah dialu-alukan. Tapi sebelum tu, seperti mana yang ak cakap, kaedah ini adalah kaedah yang diguna pakai oleh aku, lain orang lain kaedah so tak perlu pertikaikan setiap kaedah yang dinyatakan. Okay.... Chow shin chiii.....

You May Also Like

0 comments