Saturday, 3 February 2018

Pakej Murah Berbaloi ke Maldives 4 Hari 3 Malam

Mimpi Tertunai ke Maldives 4 Hari 3 Malam 




Hai Semua, ready dah nak baca sharing saya ni? By the way saya Afiq Pengarah Bahtera Kembara Holidays. Mimpi saya akhirnya telah tertunai ke Maldives. Yeahhhhhhaaaa..

Dah lama sangat plan nak buka jalan ke Maldives ni untuk korang taw. Finally this year dapat jugak saya buka jalan ni untuk korang semua. Kali ni saya rancang dengan dua orang jer, lepas tu ada je idea-idea yang diluar jangka.

Tiba-tiba rasa nak open trip ni dekat orang yang dah pernah ikut trip dengan Bahtera Kembara. Tapi at last ada jugak ahli baru 3 orang yang ikut. So far so good kan. Syok !

Last-last, kitaorang cukuplah 9 orang semua pergi sana. So bermula lah perjalanan trip Maldives 4 Hari 3 Malam ni. Trip ni jugak yang korang akan dapat. Memang saya akan pergi dulu sebelum saya jual pada umum. So nanti senang orang nak faham. Betul x? 

DAY 1 ( KUL-MALDIVES) 



Ni gambar masa nak masuk ke Gate Pelepasan antarabangsa. Jejak kasih kot dorang ni. hehehe


Trip masa saya pergi tu, ada satu departure time je, Ada time petang pukul 18:55pm, So sampai dekat Airport Maldives Pukul 10.30 malam macam tu. Tapi next trip untuk korang ni saya tak ambil flight petang. Kita ambil flight pagi tapi depend jugak pada keadaan semasa tiket flight.


Here We Goooo to Maldives, Male


Okeyy saya dah sampai dekat Maldives, sebelum ni duk tengok je orang bergambar dekat patung ni. Finally dapat jugak saya ambil gambar. Perasaan excited tu lain macam beb. Sebabnya first time kan, Memang syok yang amat.  hahaha


Haaaaa, Uncle u pakai seluar tak kat dalam tu? Kang jatuh plakk. Ni kiranya port yang korang wajib ambil gambar lah masa keluar flight. Yang menandakan korang memang dah sampai Maldives. Airport lain takda macam ni. Hahaha


Okey kita ajak geng plak ambik gambar sini. Ada 3 Orang lagi belum sampai. Duk sibuk ambil gambar kat luar. Terima kasih jurugambar saya. hehehe


Dah siap ambil gambar tadi tu, korang akan nampak kaunter imigresen. Jangan nak berselfie-selfie plak dekat sini. Buat lah kalau nak kena soal siasat. haaaa, Abe pesan je kot korang terbuat. heheheh



Gambar kat atas ni adalah gambar dari sumber google image k. Mitak halal. Hahahaha tak sempat plak saya nak snap hari tu. Sebab baru bangun tidur then terus isi-isi je tak terfikir nak ambil gambar. heheheh


 Masa dalam flight tadi dia ada bagi satu borang ketibaan. So korang kena isi lah dulu. Then nati bagi dekat Kaunter ni. Dia akan mintak. Jangan bagi hilang taw. 


Bila korang sampai je dekat airport lepas ambil beg apa semua. Korang keluar dari pintu tu then cari Nama Korang ataupun cari nama Bahtera Kembara Holidays. Okey? 


Yeyyyy, saya dah jumpa kawan saya dekat sana. Ingatkan dia dah tak datang ambil saya. Hahahaha Thanks Bro Ali. He is Muslim taw. 100 % Orang local sini muslim. So korang jangan risau bab makan halal ke tidok..



Muka keriangan dah sampai Maldives. Tapi Trip nanti kita tak da flight malam dah. Sampai pagi dekat maldives baru lah boleh tengok view. Yer dak? Tapi untuk date November dan December flight dia sampai malam. Sebab ada satu departure je dari Kul ke Male. Takda pilihan. ( BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA)



Masa dekat airport tu kalau korang ni jenis takleh terpisah dari internet nak buat live ke korang boleh beli simcard. Kos dia dalam 24 usd. Bila korang keluar je dari pintu arrival tu, tengok belah kanan, korang akan nampak kedai simcard. 


We are ready to go, nak naik boat pergi ke Rashdoo Island. Ni lah kami semua yang ikut trip. Maybe nanti korang plak akan ada dekat sini. Maximum dalam 15 orang je kot Per trip. Sebab nak jaga kualiti servis. Nak tak? 

PENGINAPAN



Okey ni lah dalam bilik saya. Saya stay sorang so dapat katil besar macam ni lah. Dalam bilik ni berhawa dingin. Acc sejuk gila. Ada kipas jugak . Saya tidur malam pakai kipas je. Sebab tak tahan sejuk. kan beku nak bangun subuh.



Selesa tak biliknya? Okey Jom tidur.

Nota : bukan semua bilik macam ni. Tapi lebih kurang macam ni. Nantikan korang claim nak bilik macam dalam gambar ni. hahahaha

DAY 2

Hari kedua ni, lepas siap sarapan pagi dekat penginapan, kitaorang siap-siap keluar. Aktiviti hari kedua ni kita akan pergi tempat-tempat dibawah ni

1) 2 Point Snorkeling hot spot punya
2) Sand Bank Maldives
3) Dolphin Tours
4) Fishing Trip




Sempat lah selfie-selfie dulu sebelum gerak. Jangan lupa pakai sunblock k, nanti terbakar lah muka korang. Hehehehe Cuba kenal-kenal antara satu sama lain. Make it fun okey !


SANDBANK MALDIVES


Sampai jer dekat sini semua orang tiba-tiba diam. Masa dekat atas bot masing-masing tengok kau aku pastu cakap " wei serius cantik wei". Saya ni jenis ego sikit. Takda lah nak cakap cantik ke apa. Just senyum je. Hahahah Tapi dalam hati tuhan saja tahu hahahha



Panas ke kat sini? takda lah panas sangat. tapi biasa-biasa macam kat pulau lain. hehehe Dia punya pasir memang putih. Lembut plak tu. Bergambar lah puas-puas dekat sini.



Ego pun ego jugak tapi pantang nampak camera beb! hahaha Ni tempat yang sama, tapi gambar ni saya edit sikit. Kah kah kah. 


Kak Peanut dan Abang Ewan, satu-satunya pasangan romantik yang berkongsi trip dengan kitaorang. heheheh Sporting sangat depa dua orang ni, tengok saya lompat. Dia nak ikut lompat jugak hahahah


Korang nanti nak pergi kena bawak banyak-banyak prop taw. Tu belon yang kitorang pinjam dari minah jepun yang tengah buat photoshot. Heheheh nasib baik dia bagi. Terima kasih Cik Niha dan Aqila p kidnap belon ni. Hahaha


Masing-masing nak guna prop ambik gambar. Tengok air laut dia kat belakang tu, Rasa nak minum jer. Rasa nak terus terjun jer hehehehe Hati-hati Ecah jalan tu. Pecah belon tu kang kau kena ganti. hahaha


Si baju merah tu dah mula tengok kulit dah terbakar ke belum. hahaha saya pakai sun block tapi bila dah berpeluh dengan melompat-lompat, Sun block pun hilang dah. So saya malas nak pakai lagi sekali. Last-last biarkan macam tu jer hehehehe


Ni konon nak bagi jadi macam drama melayu main-main air kat pantai. Hahahah Okey lah. Pass! hahaha Qila dan Siti.


Masa ni seingat saya Kak Peanut tengah ambil gambar hubby dia posing Heheheheh 
1,2,3 " Senyum" =) 

Dah siap Snorkeling dan ambil gambar dekat sini. Kitaorang balik ke penginapan untuk makan tengahari solat serta rehat. Pukul 4 lebih plak kitaorang keluar pergi Dolphin Tour.




Pengalaman tengok dolphin depan mata beb. Tu bukan jerung taw. Hahaha Ada dalam video yang kitaorang tengah kejar dolphin. Nati saya upload yer hehehe


Kita pancing guna alat tradisional jer, tak da lah nak guna joran2 bagai. Tapi banyak gila dapat ikan. Saya rasa pancing ikan lagi senang dari pancing hati wanita dekat luar sana. Ciaciacia


Nah ambek kau. Besar gila ikan, tiga kali makan pun tak habis ni oi.. Hebat Kak Zana =)


Ikan-ikan yang kita dapat ni kita sedekah sikit dekat orang setempat. selebihnya kita makan sampai kenyang untuk malam last. Kalau sapa pandai masak, rasa nak masak, korang boleh bagitahu owner penginapan tu untuk access dia punya dapur hehehehe


Day 3 ( Aktiviti bebas) Suggestion pergi Private Island Resort


Hari ketiga ni sebenarnya hari aktiviti bebas. Ada yang pilih untuk pergi ke Sandbank lagi sekali, ada yang pilih nak pergi mancing lagi sekali. tapi kitaorang pilih untuk pergi ke Private Island Resort yang ada banglow dekat atas air tu. Heheheh Bayaran dia 80 Usd sorang dalam RM320.

Kitaorang dapat return speed boat pergi balik, Buffet lunch dekat resort, Welcoming drink, dapat satu towel, boleh access semua facilities dorang dekat resort. Nak mandi kolam pun boleh, nak snorkeling dekat sini pun boleh. tapi kitaorang pergi sini semata-mata nak bergambar dan merasa sendiri. hahahah


Abang pegang elok-elok, kang sis jatuh dalam laut. kalau jatuh ke hati abang xpalah jugak. Ciaciacia


Mungkin dia ratu selfie! katanya " xkan ku hiraukan panas, sebab tengok abang boat pun rasa sejuk je hati, Kan Niha? hahahah

Gambar kat bawah ni adalah gambar kita buat Visit Private Island. Tak termasuk dalam Pakej. Dalam sehari tu kita ada bagi Free & Easy untuk korang. Ada beberapa aktiviti air yang korang boleh buat. tapi saya suggest untuk korang pergi ke Water Villa Resort ni.
Kos kesini 80 USD sorang sekali dengan Buffet Lunch dan termasuk semua facilities yang ada kat resort tu. 


Please jangan komen apa-apa dekat gambar ni. Saya insan yang lemah. Hanya mampu tersenyum sebab belakang tu cantik sangat! Kan best kalau masa datang ni bini ada sekali.. tapi nak wat camner tak kawin lagi. Hahahaha


saya belanja satu lagi gambar. Konon-konon lah nak candit hehhehe Menjadi tak ?  Next year kita datang dengan bini plak. Aamin


Ni tak nak belanja dah, saja nak tunjuk penginapan dia syokkk gila! 


Kak Siti pun nak tunjuk taring jugak. Tak pa kita kasi can dia masuk dalam ni. hahahah Peace. hahahaha


Posing ke tengah bergosip tu sis? Lepas ni kalau nak datang sini. Korang bawak prop banyak-banyak. Bawa baju banyak2 yer =) 


Tengok ni. baru duduk 3 Hari kat sini dah ada peminat ajak selfie. hahaha Silap2 sikit lagi jadi kampung dia. Hahahaha


Konon nak jadi diva lawan Azuan Ali. Hahahaha


Masa yang paling best, bila kau dapat travel dengan kawan baik kau sebelum kau kawin. betul x korang?Kalau dah kawin susah dah nak hangout sama-sama. Kecuali kau dapat husband yang memahami lepas kau pergi travel dengan best friend kau. Syok x macam tu? 


Sambil-sambil tunggu member bergambar, Sini jugak ada servis urut untuk 5 minit. Percuma jer. Sedap gila.. Cuba tanya akak tu best ke x hehehe


So Now we all on the way balik ke penginapan. Nak rehat lah. Penat sangat bergambar dan main laut. hehehehe

Kalau korang berminat dan ada nak tanya pasal detail pakej, nati tekan Tekan Disini











Thursday, 4 January 2018

Pakej ke Seoul Bajet dan Selesa. Wajib anda cuba..

Penerangan Pakej Seoul, Korea




Ramai sangat yang mintak Pakej ke Korea. Dan ramai jugak yang buat Pakej Korea ni. Tapi kali ni BKH ambil peluang jugak untuk buat Pakej ke Korea . Sebelum terlupa, terima kasih kepada yang dah pernah ambil pakej dari kami Bahtera Kembara Holidays (BKH) ataupun dari mana-mana wakil Jualan kami di seluruh Malaysia.

Bila kami meneliti satu per satu Pakej-Pakej yang sedia ada dalam market, baru lah kami tahu rupanya banyak jugak keluhan dari customer yang dah pernah ikut trip . Memang lihat pada gambar semua best-best.

Tapi Bila kawan tanya mesti cakap " Wei tak payah lah pergi dengan pakej dia, penat sangat wei, datang dengan beg besar dari Malaysia, tengok sampai korea kena naik Train plak, Bilik air pun kongsi, tidur pun dekat ruang tamu atas tilam ataupun toto" Itulah antara keluhan orang yang dah pernah ikut serta.

Lagi teruk kalau sampai sana tiba-tiba ada surcharge macam-macam. Nak tak nak korang kena bayar jugak sebab dah sampai. Dah lah bawa duit cukup-cukup jer. Duit tu plak hasil menabung masa sekolah menengah dulu lagi. Hehehe


Kepada yang berhajat untuk ambil pakej dari Kami Bahtera Kembara Holidays, anda wajib untuk baca sampai habis.



Bila kami dapat komen-komen dari customer yang dah follow trip dari orang lain. Jadi kami nampak Beberapa Masalah yang timbul, lalu kami jadikan ia panduan untuk menambah baik pakej kami untuk anda. Dan kami berikan penjelasan lengkap pada anda supaya anda tidak tertanya-tanya dan terkejut bagaimana perjalanan trip ni. Betul?

Trip Percutian Ke Seoul Korea yang kami sediakan ini adalah berkonsep "Backpacker", apa yang dimaksudkan dengan backpacker tu? Maksudnya Perjalanan dalam trip nanti kita akan Guna Public Transport, antaranya Taxi , Train, Bas dan juga ferry untuk ke Nami Island . Kita akan bergerak pun dalam jumlah yang sedikit. Tidak lebih dari 25 Orang.

Kenapa kita buat jugak konsep backpacker ni? Sebab nak berikan harga yang rendah kepada anda. Ramai yang nak travel dan lihat tempat orang tapi duit tak cukup sebab pakej terlampau mahal. Ambil yang murah plak tapi tiba-tiba tak selesa, Biasalah kan Pakej Murah. Nak kata pakej kami ni murah takda lah murah.

Rasanya harga Pakej kami ni lebih tinggi dari orang lain. Sebab apa tinggi dari orang lain? Sebab kami ada apa yang orang lain takda. Kita duduk pun dekat Hotel. Bukan duduk di Guest House. Takda hiden cost.

Jom baca penjelasan pakej sebenar..


Airasia Flight Sumber Google


Pakej yang BKH sediakan ada dua jenis. Ada yang sudah termasuk tiket penerbangan dan ada yang belum termasuk tiket penerbangan. Pakej yang termasuk dengan penerbangan bergantung kepada keadaan semasa tiket promosi. Tiket penerbangan itu merujuk kepada penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport 2 ( KLIA 2) ke Incheon Seoul Korea ( ICN).

Pakej jenis kedua, anda boleh ambil pakej ground sahaja tanpa tiket penerbangan mengikut tarikh yang kami sediakan. Dan Tiket penerbangan plak anda boleh beli sendiri. Selalunya 3 bulan sebulan tarikh penerbangan. Airasia akan buat promo tiket. Jadi masa nilah anda kena grab cepat2. Nak kami belikan tiket pun boleh. Pakej yang kami dah masukkan dengan Tiket Flight tu adalah Flight Airasia.

Dari Segi masa penerbangan pula, anda boleh pilih mana-mana time yang murah pergi dan balik. Jika anda memilih untuk sampai pagi ataupun petang. Leader kami sudah bersedia menunggu airport sana. Kalau anda ambil flight yang sampai malam di Seoul, anda akan dikenakan cas tambahan sebab kami terpaksa mintak leader untuk pergi kali ketiga untuk ambil anda.

Kami suggest korang ambil lah masa pergi tu bagi sampai pagi ataupun petang. Jangan ambil yang sampai malam. Nati masa korang akan jadi pendek. Untuk waktu balik pula, korang bebas nak ambil time flight ke KL tu pagi, petang ataupun malam. Tapi kami suggest untuk anda ambil yang petang ataupun malam. ataupun mana-mana yang korang rasa murah.

Bila sebut je Airasia korang kena tahu itu adalah Syarikat Penerbangan Murah, dalam harga yang korang bayar tu memang hanya semata-mata tiket sahaja (Basic Ticket+ Airport Tax). Macam Flight lain mungkin dia dah bagi Luggage 25kg-30kg untuk korang masukkan beg dalam Perut kapal terbang, ataupun ada jugak yang siap-siap bagi meal dalam flight yang melebihi 1 jam perjalan.

Tapi tidak bagi Airasia, korang kena tambah sendiri luggage tu ataupun Makanan yang korang nak makan.


Contoh Meal dalam Flight, Sumber Google 

Setibanya di Airport Seoul ( ICN) , Group Leader dari Bahtera Kembara Holidays yang menetap disana akan tunggu anda dan rombongan. Tiba di airport, anda akan dibawa terus ke penginapan iaitu Hotel menaiki Limousin bas .

Selalunya pakej-pakej dari beberapa company yang lain mereka akan bawa anda menaiki Train ke tempat penginapan, Keadaan menjadi sukar bila anda bawa beg yang besar dari Malaysia. Jadi kami sediakan bas untuk anda. Tak payah nak berasak-asak dalam train, ada juga diantara mereka juga gunakan rumah tumpangan ( Guest House) sebagai tempat menginap.

Toilet terpaksa kena kongsi dengan orang yang satu rumah. Mungkin ada yang tidur atas Sofabed dan lain-lain lagi. Dengan kami anda akan dapat bilik yang dua orang sebilik ataupun boleh juga nak duduk tiga orang sebilik. Dalam setiap bilik ada private bathroom. Jadi anda hanya perlu kongsi dengan pasangan sahaja.


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik Katil besar ini untuk dua orang sebilik. Sesuai untuk suami dan isteri .Bilik ni boleh juga dijadikan untuk orang yang memilih duduk berseorangan


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik ini untuk Dua Orang sebilik.


Bilik ini pula untuk Orang yang datang tiga orang, Boleh duduk tiga orang sebilik.


Nak basuh baju pun boleh 

Ruangan Tempat makan yang selesa.


Bagi yang risau dengan Makanan Halal, Anda tak perlu risau sebab Krew yang berada disana akan bawa anda ke tempat makan yang halal dan akan berikan panduan kepada anda untuk memilih makanan yang halal yang berasaskan makanan Laut seperti ikan, udang, sotong, nasi.

Walaupun disana mostly tiada Cop Halal seperti Jakim di Malaysia tapi kami agak menjaga hal-hal tersebut sebab ianya menjadi darah daging kita. Ada juga yang tanya kita, kenapa BKH tak buat pakej sekali makan? Sebelum ni ada kita buat sekali makan.

Tapi bila sampai dekat sana, Ada yang tak kena dengan seleranya dan tak nak makan. Membuatkan kita terpaksa order mengikut apa yang dia nak. Sedangkan kita sudah awal-awal lagi order makanan mengikut bajet. Lebih selamat dan selesa, kami berikan kebebasan kepada anda untuk makan ikut bajet anda dan ikut citarasa anda.

Bagi anda yang nak jimat, anda boleh lah bawa makanan pack dari mana-mana keluaran seperti Brahim Catering ada dijual dekat Mall di Malaysia. Sebab dekat penginapan nanti ada kemudahan dapur untuk anda masa makanan anda sendiri untuk dibuat bekal ataupun dimakan terus.

Dari segi kelengkapan dapur, kami gunakan kelengkapan dapur sendiri, Kuali, periuk, pinggan, sudu dan lain-lain supaya tahap kebersihan alatan dapur itu terjamin bersih dan suci.

Pinggan Mangkuk Kuali yang disediakan untuk memudahkan anda memasak jika perlu

Sepanjang lawatan di Seoul, anda akan bersama-sama dengan crew kami disana untuk melawat tempat-tempat menarik dengan Menaiki Public Transport seperti Train dan Bas. Kita akan menaiki train ketika kita melawat sekitar City kerana ia lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang sukar bagi bas pelancong untuk sampai.

Suka kami ingatkan keadaan muka bumi di Seoul agak berbukit, jadi akan banyak kita turun dan naik bukit untuk sampai ke tempat lawatan. Untuk Ke Nami Island dari Hotel kita akan naik bas, taxi dan ferry. Semua Kos pengangkutan sudah dikira dalam harga Pakej yang anda sudah bayar..

Bagi anda yang ada rasa nak explore sendiri tempat lawatan dan shopping. Kami akan berikan masa juga kepada anda untuk explore tempat yang berdekatan dengan penginapan dan akan ajar anda macam mana untuk ke tempat dalam jarak "walking distance" ataupun naik train.

Untuk menjamin keselamatan anda semua disana. Kami suggest anda untuk ambil Travel insurance diri anda, jika ada berlaku kejadian tidak dingini anda sudahpun dilindungi oleh Skim perlindungan untuk merawat kos-kos yang terlibat.

Kita tidak tahu bila Tuhan nak duga kita. Tapi kita mampu bersedia bila dugaan itu tiba. InshaAllah semua selamat dan enjoy dalam Trip korea ini.

Sebarang pertanyaan tentang trip ini anda boleh  - Tekan disini