Tip Travel Ke Vietnam ..

by - April 26, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera Kakak Manis Abang Hensem .

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk anda yang ingin merancang melancong ke Ho Chi Minh City Vietnam. Saya sudah menjejak bumi Ho Chi Minh sebanyak dua kali. Walaupun pengalaman sebanyak dua kali ini boleh dikatakan kurang berbanding dengan mereka yang sering datang ke sini atas urusan perniagaan (memborong barang niaga), tetapi anda boleh anggap tips-tips yang bakal saya berikan ini sebagai pandangan pertama dan panduan bagi orang yang pertama kali ini ke sini.

Informasi penting semasa berada di Ho Chi Minh Vietnam:

#1 Bahasa 




- Kita boleh menggunakan bahasa Melayu di beberapa buah tempat seperti Benh Tanh Market dan Cho Bin Tay Market. Selain dari tempat-tempat tersebut, sila pastikan yang anda boleh berbahasa Inggeris (tetapi tidak semua orang Vietnam boleh berbahasa Inggeris juga) dan pastikan duit tukaran dalam Vietnam Dong ada untuk memudahkan anda menaiki teksi balik ke hotel HEHEHEHE (pilihan terakhir sebelum tersesat).

#2 Matawang 



- Benh Tanh Market dan beberapa kawasan utama membeli-belah menerima matawang Ringgit! Wow. Tapi, memandangkan sekarang ini nilai Ringgit kita sedang jatuh merudum, dicadangkan untuk membawa matawang USD dan VND sahaja kerana ada beberapa tempat sudah mula menolak matawang Ringgit kita. So sad!

#3 Pengangkutan awam



 - Teksi! Teksi ni penting. TOLONG jangan sesuka hati naik teksi tanpa usul periksa. Ini kerana kes penipuan teksi di Vietnam lebih kurang seperti kes penipuan teksi di Malaysia terhadap pelancong asing. Ini bukan rekaan semata-mata tetapi saya sendiri telah mengalami ditipu semasa berada di sini. Apapun, jika hendak memilih teksi, pilihan utama dan paling selamat adalah teksi Vinasun. Ingat ni - VINASUN. Teksi Vinasun ni memang highly recommended by local hotels. Tapi sebelum naik teksi Vinasun ni, tanya harga dulu berapa. Kalau tidak melebihi 200,000.00 VND boleh la anda naik. Tapi biasanya caj yang dikenakan hanyalah sekitar 130,000.00 hingga 180,000.00 VND. Jangan nak memandai naik teksi yang menawarkan meter ya melainkan meter tu bermula dengan 30,000.00 VND* (tak silap saya lah).

#4 Membeli-belah 





Shopping di Benh Tanh Market. Terutama untuk lelaki, kalau tengok pemilik kedai tu cantik dan comel je, tolonglah fikir dua kali untuk singgah. Saya dah terkena dengan peniaga yang berwajah cantik dan comel ni. Perangai mereka suka memaksa dan mengatakan barangan yang dijual adalah pada harga yang paling rendah tetapi sebenarnya banyak lagi kedai-kedai lain yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah dan terbaik! Cara mereka memaksa juga sangat menyakitkan hati dan jika kita enggan untuk membeli barang jualan mereka, mereka akan mencarut terhadap kita dalam bahasa mereka dan ada yang lebih berani tu mencarut dalam bahasa yang kita fahami sambil tengok kita atas ke bawah dan kemudian menjeling. Seriously, this happened to me! Pilihan terbaik adalah pergi ke kedai-kedai makcik-makcik, abang-abang ataupun kedai yang jenis family-business (yang ada anak, ayah, akak, mak, abang macamtu). Mereka punya adab lebih baik daripada penjual perempuan yang ada aset wajah ni.

#5 Makanan halal 


- Ahaaa... Yang ni best. Makanan halal? Jangan risau lah. Berlambak kat area Benh Tanh Market. Cakap je dari makanan citarasa Malaysia, Thailand hinggalah makanan tempatan yang halal boleh didapati di kawasan sekitar yang berhampiran. Ingat ye, sekitar kawasan Benh Tanh Market. Pertama kali saya datang ke sini, saya tinggal di hotel Halo yang jaraknya hanya beberapa minit ke Benh Tanh Market. Di sebelah hotel Halo terdapat sebuah restoran halal Malaysia - Thailand Cuisine dan di hadapannya pula restoran Serai Malaysia. Kali kedua saya datang ke sini pula saya pergi ke restoran Melayu dan restoran Hajah Bashiroh. Harganya standard lah, mahal sikit dari harga kita makan kat kedai jenis-jenis macam ni kat Malaysia. Sikit je.

#6 Tarikan pelancong 


- Yang ni saya failed sikit. Sepanjang dua kali saya berada di Ho Chi Minh, saya hanya pergi ke War Remnant Museum dan Independent Palance. LOL. Selainnya, memang pergi ke ke kawasan Benh Tanh, Cho Binh Tay dan sekitar bandar yang saya tak boleh ingat satu persatu. Tapi, jika anda berada di sana, anda akan perasan yang orang Vietnam ni lebih ramai yang menaiki motorsikal. Memang penuh dan sesak.

#7 Lapangan terbang 


- Lapangan terbang kat Ho Chi Minh ni kecil je tak macam kat KLIA tu ha. Tapi boleh la, tak la letih nak jalan. Tapi, kalau nak balik Malaysia tu jangan nak lambat sangat pula. Imigresen cepat je tapi pemeriksaan kastam (yeke kastam? ke imigresen? Entah la, yang tempat full scanning tu la) kena berbaris panjang dan sedikit lama kat sana.

#8 Dokumen penting


 - Passport yang sah je cukup lah. Tak perlu nak isi borang ketibaan dan declaration macam kita nak pergi Indonesia. Tak perlu sangat. Nak pergi Vietnam ni macam kita nak pergi Sabah Sarawak je, bezanya kena ada passport merah. Heheheh

#8 Keselamatan 


- Pasal keselamatan ni, saya cadangkan anda pergi ke kawasan-kawasan tumpuan sahaja melainkan anda orang yang suka cabaran. Kawasan-kawasan tumpuan ni sekurangnya boleh mengurangkan risiko kejadian tak diingini. Kat sini, penyeluk saku dan ragut banyak terjadi juga. Orang tempatan selalu mengingatkan tentang hal ni kepada pelancong-pelancong luar. Kalau ada kejadian tak diingini berlaku, sebagai contoh semasa saya ditipu dan diperas oleh seorang pemandu teksi dari muzium nak balik ke hotel, nak selamat punya pasal, saya serahkan saja duit yang ada, tapi keluar saja dari teksi saya terus ambil gambar teksi tersebut dan buat laporan polis. Polis kat sana memang saya tabik hormat sangat. Saya buat laporan dan semua pegawai polis membuat kerja yang sepatutnya, sekitar 30 minit pemandu teksi tu ditahan dan dibawa ke balai polis. Hebat tak? Dia diminta untuk memulangkan wang yang diperas tu dan diminta untuk meminta maaf. Selain itu, dia juga meminta agar kes itu digugurkan. Nasib dia baik sebab saya tarik balik kes tu, tapi saya meminta agar perkara itu dilanjutkan kepada syarikat teksi yang menggajikan dia. Well... yang penting dia tak dikenakan undang-undang negara, tapi syarikat dia perlu kenakan tindakan kat dia. Orang macam ni tak boleh nak dilepaskan seratus-peratus sewenangnya.

#9 Orang tempatan 


- Jangan risau ye semua. Orang Vietnam ni ramai yang mesra alam dan boleh buat kawan. Mana yang boleh buat kawan tu silalah simpan nombor telefon untuk kegunaan masa yang akan datang bila anda datang ke sini lagi. Saya buat macamni. Waktu mula-mula saya sampai ke sini, saya bertemu dengan seorang perempuan tempatan yang baru memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Bangladesh (yang berduit) dan seorang lelaki Islam bergelar haji yang bekerja dengan konsulat Kuwait. Selain itu, saya juga bersahabat dengan beberapa orang peniaga di Benh Tanh Market di mana kali kedua saya datang ke sana, mereka semua inilah yang banyak membantu saya untuk mencari tempat makan halal, kat mana nak membeli-belah, nak buat apa, macam-macam lah. Siap bawa saya berpusing sekitar bandar lagi. Memang baik! Tapi, jangan sebarang kenal dengan orang pula ya. Kena selidik betul-betul dulu. Nasib saya baik pergi bersendirian ke sana tapi berkat dilindungi Allah swt, saya dipertemukan sahabat-sahabat yang baik ini. 

#10 Informasi lain 





- Dah pergi sini, jangan setakat nak beli kain-kain je, jangan dilupa kopi tempatan yang sangat sedap tak terkata! Boleh beli kat tepi jalan dengan harga sekitar RM3.00 atau 1.00USD. Selain tu, kalau nak pergi ke sana untuk membeli-belah, sila pastikan anda membeli baggage yang banyak. Ini kerana mereka kat kaunter tu susah nak bertimbang rasa walau terlebih setengah kilogram. Ada yang terlepas tu memang bernasib baik lah, macam saya. Hehehe... saya terlebih 500 gram dan dilepaskan. Tapi ramai kawan-kawan saya yang pernah pergi tetap dikenakan caj lebih muatan (berdasarkan cerita mereka). Selain daripada tu, rajin-rajinlah explore Ho Chi Minh ni, jauh sikit pun tak mengapa. Memang banyak tarikan yang ada cuma saya yang kurang berminat. Hehehe...


                                                    TERIMA KASIH =)

You May Also Like

0 comments