4 MUSIM YANG WAJIB ANDA CUBA DI SEOUL KOREA

by - October 20, 2019


MUSIM BUNGA DI SEOUL KOREA MEMBUATKAN ANDA JADI TAK KERUAN :D

Musim bunga ataupun dikenali juga Spring Season  di Korea yang biasanya berlaku pada pertengahan Mac hingga akhir Mei setiap Tahun. Kita tak boleh nak jangka bila bunga sakura tu mekar. tapi kita boleh estimate based on tahun yang sebelumnya.

Suhu musim bunga pula antara 10 – 22°C. Sekitar bulan 4, cuaca di sana nyaman sahaja kerana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Dekat bawah ni saya share gambar trip semasa musim bunga tahun sebelumnya.


Tetamu kami mengenakan pakaian tradisional iaitu "Hanbok" sebelum memulakan perjalanan di sekitar Seoul Korea


Sis berdua ni gembira sangat dapat ke sini lagi2 semasa musim favourite mereka iaitu Musim bunga =)








Tak lupa jugak untuk pasangan yang baru kahwin boleh join package kami untuk trip honeymoon anda =)



Amboi amboii hihihii sakan yaa dorang menunjukkan gaya OOTD masing-masing heheheh



Bunga-bunga dekat sini semua lawa lawa tau. Cantik sangat!!! Memang takde dekat Malaysia ni...








Tengok ni kalau kuning, kuning betul.. Bukan warna malap2




Cantiknya warna purple niiiii <3<3




Merah betull bunga dia. Nak petik bawak balik Malaysia boleh ? hehehehehhe

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tau, tapi sis tak sempat nak upload semua. Kalau uols nak tengok lagi, kena pergi Korea laaa. Jommmmm! Ikut trip sis next year. 

Kalau ada apa2 pertanyaan boleh tekan link ni Tekan disini



MUSIM SEJUK DI SEOUL KOREA YANG SEMESTINYA "AWESOME"

Musim sejuk atau lebih dikenali dengan Winter Season di Korea yang selalunya berlaku pada bulan Disember hingga Februari. Jikalau anda ingin merasai suasana bersalji atau bermain orang salji, anda boleh lah pergi ke Korea antara bulan Disember hingga Februari. Kebiasaan suhu musim sejuk di Korea adalah 0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara.

Waktu siang di negara Korea adalah sekitar 8 hingga 10 jam sahaja sehari ketika musim sejuk. Matahari terbit sekitar  7.00 pagi hingga 7.30 pagi dan akan terbenam sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar kenangan di sepanjang trip Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd semasa musim sejuk di Korea tahun sebelumnya.


Sebelum kita memulakan perjalanan jom kita bergambar dulu dekat depan hotel. Selepas ini lagi banyak gambar nak ambil :P 
Okay semua senyummmm!!!



Tetamu kami request untuk bermain ski ke Vivaldi Park Ski Resort. Sekiranya korang ikut trip kami pada musim sejuk, korang boleh request untuk ke Vivaldi Park tapi kita akan buat pertimbangan terlebih dahulu samada boleh ataupun tidak. Kalau majoriti nak pergi, baru lah kita akan bawak semua tetamu ke sana. Tetamu juga akan dikenakan bayaran berasingan untuk masuk ke Vivaldi Park Ski Resort.

Boleh refer agent untuk info harga semasa tiket masuk ke Vivaldi Park Ski Resort =)







Alololoo comel pulak dua ketul kat bawah ni. Geram sis tengok!!




Dah penat main salji, jom kita pusing bandar2 Seoul pulak hiks




Cakkkkk aaaaaaaa! Korang jangan terkejut akak ni tengah excited bergambar.




MUSIM LURUH DI SEOUL BUAT ANDA TIDAK BOLEH LUPA PENGALAMAN DISANA

Musim Luruh ataupun dikenali juga Autumn Season  di korea biasanya berlaku pada 

Lewat September hingga Pertengahan November setiap Tahun. Kita tak boleh nak jangka bila cuaca tu berlaku. tapi kita boleh estimate based on tahun yang sebelumnya. Dekat bawah ni saya share gambar Trip semasa musim luruh Tahun sebelumnya. 





Masa trip ni, daun-daun dia belum luruh lagi. Masa ni date kita pergi pada pertengahan bulan oktober. Ikut nasib lah bila daun tu nak luruh. Kalau daun tu luruh lagi osem dia punya gambar.  Sebab penuh daun-daun dekat bawah kaki kita. 


Akak ni baru lepas kawin. So dia pergi HONEYMOON dengan husband, Syok terok lah. Musim ni dia tak panas dan tak sejuk sangat. Macam suhu dalam aircond. 



Siapa saja boleh ikut trip ni. Tak kira tua ke muda. Sebab trip ni kita akan naik public transport. So takda panjat-panjat tangga subway tu. 




Best kalau boleh spent time sama-sama dengan husband and wife. Bila lagi kan? Anak2 dah besar heheheh



Akak ni plak dia bawa mak dia travel. Spent time dengan mak time mak masih ada. =) 










So sweet our customers hehehehe
 Dorang ni couple yang pergi date yang sama tau korang =)







Banyak lagi gambar gambar untuk musim luruh tapi saya tak upload semua, Jom lah kita tengok Live depan mata. Nati boleh tekan link ni untuk pertanyaan lebih pasal trip Musim luruh ke Seoul Korea ni. 







MUSIM PANAS YANG BEST DI SEOUL KOREA

Musim panas di Korea bermula daripada bulan Jun hingga Ogos. Kemuncak pada musim ini  adalah pada bulan Ogos dengan suhu dianggarkan sekitar 35 darjah celcius. 

Fakta mengatakan panas di Korea adalah panas kering. Waktu siang di Korea juga panjang ketika musim ini berbanding musim yang lain. Jadi, banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam 1 hari kerana waktu malam yang agak lewat.

Disebabkan suhu di Korea lebih kurang sama dengan suhu di Malaysia, jadi kami tidak menawarkan trip ke Korea untuk musim panas. Namun sekiranya terdapat permintaan dari pelanggan untuk ke Korea pada musim panas, kami bersedia untuk membuka trip tersebut :)

Di bawah ini, saya sediakan beberapa gambar pada musim panas di Seoul Korea (Sumber gambar dari Google).









Sumber gambar dari Google


Untuk apa2 info berkenaan pakej Bahtera Kembara Holidays, sila tekan pd link di bawah :)



You May Also Like

0 comments