TEMPAT LAWATAN YANG OSEM DI HO CHI MINH, VIETNAM

by - October 30, 2019

TEMPAT OSEM DI HO CHI MINH, VIETNAM

1. HARD ROCK CAFE, VIETNAM

Sebelum kita pergi lebih jauh, kena recharge energy dulu..So kita akan ke Hard Rock Cafe kat Ho Chi Minh ni..


Walau kat mana korang pergi, ambil gambar itu harus!



2. SHOPPING MARKET (BEN THANH MARKET, NIGHT MARKET, DANNY SHOP COLLECTION, MUSLIM FASHION, SAIGON MAI COLLECTION, LINDA COLLECTION, TAKA PLAZA, SAIGON SQUARE)

Selalunya, Ho Chi Minh City ni tempat pilihan orang yang suka shopping..So memang kena la kami bawak korang jenjalan kat banyak tempat shopping, nanti senang korang boleh borong semua benda kan..kahkah! Korang boleh tengok-tengok dulu barang-barang yang sis letak kat sini..


Ini Ben Thanh Market..






Kalau yang suka simpan barangan kraftangan tu, molek sangat kalau korang bawak balik beberapa hasil dari orang Vietnam ni..Boleh kasi kat famili, kompem dorang suka!



I LOVE BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS!!!



Korang kalau malam-malam terperap je kat bilik, memang rugi..Masa ni lah korang nak rasa udara luar Malaysia, sambil usya-usya orang sini pun boleh! (Hehe!)

3. PULAU MATA KUCING (SUNGAI MEKONG)

Antara tempat yang akan dilawati semasa di pulau ialah tempat penghasilan madu, royal jelly, teh bunga, dan ke perusahaan coconut candy. Kat sini jugak kita akan menikmati buah-buahan sambil mendengar orang asli menyanyi lagu Vietnam Melayu, dan berjalan kaki sejauh 50 meter untuk naik sampan di anak Sungai-Mekong (Mekong River) sepanjang 2KM. Kita juga akan menaiki kereta kuda melalui penempatan penduduk pulau.


Kuda ni pemalu agaknya..


 Kita redah sungai sama-sama..





Kenangan ni boleh dibawak pulang tak?



Berani tak nak pegang Pak U macam akak ni?



Pernah naik kereta kuda? Meh datang sini, kita naik sama-sama..



Baby pun naik sampan sambil minum botol susu..Korang pun boleh kalau nak buat macam ni hehe!


Korang nampak ini apa? Lebah ke tebuan nih? haha! Lebah lah kan...tempat pengeluaran madu :)

4. CU CHI TUNNEL

Terowong Cu Chi ni adalah sebuah sistem terowong di Saigon. Ia sebenarnya telah dibangunkan oleh pasukan Komunis Vietnam. Terowong ni diguna oleh askar dan pemimpin komunis sebagai salah satu kaedah berlindung dari serangan musuh. Hari ini, seperti yang kita tahu, Cu Chi Tunnel ini dijadikan aset pelancongan yang popular di Vietnam.



Abang ni datang dari mana ni?



Ini patung tau, bukan orang hidup ni...


Lubang apa yang ditunjuk tu agaknya eh?


Kamu, datang sini!


Borak apa tuuu?



Nak menembak kat sini pun bolehhhh...nak tembak siapa?


Nak keluar macamana tuu? Elok-elok!


When a naughty student meet his lecturer..hehe!



5. CENTRE POST OFFICE

Pejabat Pos Pusat Saigon adalah pejabat pos di pusat bandar Ho Chi Minh, dan ia berhampiran dengan Saigon Notre-Dame Basilica, katedral di bandar ini. Bangunan ni dibina apabila Vietnam adalah sebahagian daripada Indochina Perancis pada akhir abad ke-19 lagi.





6. NOTRE DOME CATHERAL

Ditubuhkan oleh penjajah Perancis yang pada mulanya menamakannya sebagai Cathédrale Notre-Dame de Saïgon, katedral itu dibina antara tahun 1863 hingga 1880.



7. AR-RAHIM MOSQUE



8. WAR REMNANTS MUSEUM

Kat muzium ni ada pameran yang berkaitan dengan Perang Vietnam dan Perang Indochina pertama yang melibatkan penjajah Perancis..Boleh intai gambar yang sis letak kat sini..


Bawak famili datang Ho Chi Minh pun osem!



Adik ni pun tertarik dengan benda-benda unik kan..



Kalau boleh, nak bawak balik kan...?

Banyak lagi la gambar yang sis nak share dengan korang, tapi banyak sangat, nanti korang bosan..So, nak senang, korang kenalah pergi sendiri ke Ho Chi Minh, baru tahu rasanya macamana...


#hochiminh
#vietnam
#bahterakembaraholidays
#teambahterakembaraholidays


You May Also Like

0 comments