HOTEL PENGINAPAN DI KOREA 2020

by - May 04, 2019

HOTEL PENGINAPAN DI KOREA




Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik Katil besar ini untuk dua orang sebilik. Sesuai untuk suami dan isteri .Bilik ni boleh juga dijadikan untuk orang yang memilih duduk berseorangan

Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik ini untuk Dua Orang sebilik.

Bilik ini pula untuk Orang yang datang tiga orang, Boleh duduk tiga orang sebilik.

Nak basuh baju pun boleh 

Ruangan Tempat makan yang selesa.


Bagi yang risau dengan Makanan Halal, Anda tak perlu risau sebab Krew yang berada disana akan bawa anda ke tempat makan yang halal dan akan berikan panduan kepada anda untuk memilih makanan yang halal yang berasaskan makanan Laut seperti ikan, udang, sotong, nasi.

Walaupun disana mostly tiada Cop Halal seperti Jakim di Malaysia tapi kami agak menjaga hal-hal tersebut sebab ianya menjadi darah daging kita. Ada juga yang tanya kita, kenapa BKH tak buat pakej sekali makan? Sebelum ni ada kita buat sekali makan.

Tapi bila sampai dekat sana, Ada yang tak kena dengan seleranya dan tak nak makan. Membuatkan kita terpaksa order mengikut apa yang dia nak. Sedangkan kita sudah awal-awal lagi order makanan mengikut bajet. Lebih selamat dan selesa, kami berikan kebebasan kepada anda untuk makan ikut bajet anda dan ikut citarasa anda.

Bagi anda yang nak jimat, anda boleh lah bawa makanan pack dari mana-mana keluaran seperti Brahim Catering ada dijual dekat Mall di Malaysia. Sebab dekat penginapan nanti ada kemudahan dapur untuk anda masa makanan anda sendiri untuk dibuat bekal ataupun dimakan terus.

Dari segi kelengkapan dapur, kami gunakan kelengkapan dapur sendiri, Kuali, periuk, pinggan, sudu dan lain-lain supaya tahap kebersihan alatan dapur itu terjamin bersih dan suci.

Pinggan Mangkuk Kuali yang disediakan untuk memudahkan anda memasak jika perlu

Bagi anda yang ada rasa nak explore sendiri tempat lawatan dan shopping. Kami akan berikan masa juga kepada anda untuk explore tempat yang berdekatan dengan penginapan dan akan ajar anda macam mana untuk ke tempat dalam jarak "walking distance" ataupun naik train.

Untuk menjamin keselamatan anda semua disana. Kami suggest anda untuk ambil Travel insurance diri anda, jika ada berlaku kejadian tidak dingini anda sudahpun dilindungi oleh Skim perlindungan untuk merawat kos-kos yang terlibat.

Kita tidak tahu bila Tuhan nak duga kita. Tapi kita mampu bersedia bila dugaan itu tiba. InshaAllah semua selamat dan enjoy dalam Trip korea ini.

Sebarang pertanyaan tentang trip ini anda boleh hubungi mana-mana agent yang sah sahaja.

You May Also Like

0 comments