Pakej Pulau Perhentian Day Trip Murah

by - December 25, 2017

SEHARI DI PULAU PERHENTIAN


Tahun lepas 2017 lebih dari 1000 orang yang pergi guna Pakej dari BKH. So tahun ni kita target lebih ramai lagi orang tahu pakej kami lah yang terbaik daripada yang lain. Tak caya? Cuba lah.. Tapi sebelum cuba baca dulu sampai habis story untuk Pakej Perhentian ni.  Boleh? 

Pakej ni adalah Pakej Pulau Perhentian Day Trip. Bila sebut day trip tu faham-faham lah kan, trip 1 hari je dekat sana. Kenapa ada pakej sehari di Pulau Perhentian ni? Tak best lah kejap je ada kat sana. Korang lah tu yang cakap macam tu. kan kan kan? 

Okey cerita dia macam ni, Bahtera Kembara wujudkan Pakej Day Trip ni sebab nak penuhi jugak nafsu korang untuk main air laut serta snorkeling dekat Pulau perhentian. Dulu bilik selalu penuh, tapi ada jugak antara korang yang memang nak pegi gila-gila. So kita pun buat lah Day Trip punya Pakej.

Tak sangka plak Day Trip pakej ni dapat sambutan dari semua orang. Sampaikan seminggu boleh cecah 100 orang yang pergi ke Perhentian.. Memang tak menang tangan. Nati saya story dekat bawah ni perjalanan Pakej Perhentian Day Trip ni. Tapi sebelum tu nak bagitahu dulu kenapa korang kena ikut trip ni.

Sebab Anda Wajib ikut Trip ni.

1. Jimat Duit

Kalau poket korang tak berapa naj tebal sangat untuk pergi holidays dan bermalam dekat perhentian. Korang boleh ambil pakej day trip ni sebabnya harga dia RM99 jer sorang untuk tahun 2018 ni.

2. Jimat Masa

Mungkin korang susah nak tinggal anak dekat rumah ke, ataupun susah nak tinggal kerja lama-lama. ataupun ada kekangan dari segi masa, korang boleh ikut trip ni sebab trip bermula jam 9.00 pagi dari Jeti Kuala Besut dan akan pulang pukul 4.00 petang ( Last Speed Boat dari Perhentian)

3. Pengalaman Snorkeling adalah sama

Pengalaman snorkeling pakej 3H2M dan day trip adalah samaSebab utama orang datang Perhentian ni nak snorkeling je, . sebab dia punya air laut jernih yang teramat. Sangat cantik. Ikan pulak jinak-jinak, boleh tengok depan mata je dan coral dia pun warna warni. 

4. Tak perlu semak kekosongan

Kalau korang rancang nak bermalam, korang kena check dulu kekosongan semasa lebih awal, berbulan-bulan sebelum trip korang . Tapi untuk Day Trip at least 2 Hari sebelum korang boleh decide untuk Pergi. 

5. Sea Guide Turun sama dengan anda semasa snorkeling

Sea Guide dari BKH akan turun sama-sama dengan korang, dia akan tunjuk mana spot yang best masa snorkeling. Mana nak tengok nemo dan mana nak tengok Baby Shark, Mummy Shark, Daddy Shark. Dorang jugak akan tunjuk korang mana penyu. So pengalaman korang masa snorkeling best gila. 

PENERANGAN TRIP 

Trip ni mula jam 9.00pagi dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Kalau nak tengok macamana cara nak ke Jeti Kuala Besut ni, korang boleh tekan link ni.  

Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil Pakej ini, nanti akan ada Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh parking dekat mana-mana parking yang berbayar, ataupun korang boleh bagitahu staff BKH untuk cari parking yang selamat. 

Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu, mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti. Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat panggilan dari dia. PASTIKAN KORANG SIAP-SIAP SALIN PAKAIAN MANDI YA!


Wajah hadapan Jeti Kuala Besut, tapi nak naik bot kena masuk kedalam lagi sampai jumpa kedai makan banyak-banyak.

Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti . Harganya RM5 Dewasa , RM3 kanak-kanak.

Korang akan dihantar ke Kampung Pulau Perhentian Kecil dulu untuk Tukar bot dan naik bot khas yang BKH sediakan untuk anda. Seterusnya anda akan dibawa untuk

Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah

1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung) 
Bonus Point ( Lata Air Berani)


Antara gambar customer yang ikut trip lepas. 





Tak geram ke tengok gambar tu? Nice kan? So dalam Pakej Day Trip Pulau Perhentian ni, kita akan bawak korang ke tempat-tempat ni. Nak gambar cun melecun dan nak gambar dalam air. Korang kena bawak lah Under Water Camera.






Sebelum korang pergi dekat tengah-tengah laut, korang akan diajar macamana cara untuk apungkan diri dalam air dan cara penggunaan Snorkel dan Life Jacket. Mat Salleh kata "Water Confident".




Haaaaa, sapa kata ikut pakej Perhentian Day Trip tak dapat tengok nemo ke apa. Harap tahun ni sarang ikan nemo masih lagi terjaga dan masih ada. hehehhe Tak dalam pun. Kita boleh tengok dari atas. Kalau korang pandai selam. Boleh selam.. Best kan? heheheh 

Tepat jam Pukul 12.00 Tengahari macam tu. Boatman akan bawak korang pergi ke Long Beach untuk Korang lunch, Solat bagi yang tak dapat jamak solat tu. Nati sampai dekat Long Beach tu tanya dekat area sana, mana nak solat. Ada satu tempat nama dia Awatif Cafe dan Campsite. Sana pun boleh mandi jugak. Tapi berbayar. Depend pada owner tu.

 Lepas siapa makan apa semua, korang boleh pergi daki bukit dan jugle tracking naik ke Kincir Angin. View dia lawa gila. Serius lawa. tak caya jom kita tengok kat bawah. 

Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin

Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin

3.30 Petang korang dah kena turun dari Bukit Kincir Angin tu taw. Sebabnya tepat pukul 4.00 petang bot akan pergi ambil korang dekat jeti Long Beach. 

Untuk sebarang pertanyaan Pasal trip ni, boleh tekan link ni ataupun Booking di Website secara online dan dapatkan Mata Ganjaran setiap tempahan pakej yang anda lakukan. 

Nak lihat Feedback Trip, Korang boleh tekan link ini

Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda. 

You May Also Like

2 comments

  1. Anda boleh memilih daripada pakej Pulau Perhentian disediakan ini untuk menginap. pakej pulau perhentian murah

    ReplyDelete
  2. Anda boleh memilih daripada pakej Pulau Perhentian disediakan ini untuk menginap. pakej pulau perhentian murah

    ReplyDelete