Pakej Honeymoon 4H3M Ke Bali

by - July 31, 2017



~ Honeymoon Bali Trip ~

Related image


~ Assalamualaikum ~


Untuk entry kali ni, I nak share sedikit cerita mengenai Bali. Disebabkan ada mood nak update blog hari ni, jadi I nak bagitau lah apa yang ada dalam pakej yang pernah I join dan tempat-tempat menarik yang korang boleh usha . 

Bali ni memang femes dengan sebuah destinasi romantis untuk pasangan yang baru kahwin la terutamanya. Tapi, kalau yang dah lama kawin and nak pergi pun takdak masalah. Untuk pakej ni dia ada menawarkan honeymoon ke Bali untuk 4 hari 3 malam. Dengan harga RM1800 untuk couple, korang akan diberikan macam-macam jenis kemudahan. Selain tu korang bebas untuk memilih tarikh yang sesuai untuk korang pergi. Tak kesah lah weekend ke weekdays ke, boleh je. :)

Apa yang termasuk dalam pakej ni? Cerr tekan link sebelah tu >> Speciality yang ada dalam pakej Honeymoon di Bali



Image result for euphoria bali



Related image


Related image
Sumber : Google


Sedikit gambaran yang I boleh share dekat korang macam mana rupa nya Bali tu, hehehh.. Cantik kan? Ni baru siket. Nak tengok lagi? K jom sambung cerita........

Untuk hari pertama bila korang dah sampai dekat  Bali, korang akan dijemput oleh agent yang terlibat. Lebih kurang dalam pukul 12.00 tengah hari macam tu. Sampai je dekat airport, korang boleh makan-makan dulu, check in then boleh rehat. Untuk hari pertama tu takde aktiviti lagi, so korang boleh je buat aktiviti bebas dengan pasangan sama ada nak jalan-jalan sekitar hotel atau pun just nak stay dalam bilik. 


Related image

Tengok lah dia punya bilik, cantik kan? Memang sesuai lah untuk yang baru kahwin tu, hehehh

Pada pukul 8.00 malam akan disediakan makan malam untuk korang dan pasangan. Sambil menghirup udara malam tu boleh lah kenyangkan perut, kikiki.. Bila dah kenyang perut tu, boleh lah balik bilik korang and enjoy your honeymoon.

Pada hari kedua trip akan bermula. Jam 8.00 pagi korang semua akan bersarapan dan mula berkumpul untuk memulakan lawatan ke tempat pertama. Mesti dah tak sabar kan nak pusing Bali? okay jommmm........


Related image


Related image

Trip pertama ni kita akan pergi ke Tanjung Benoa. Haa kat sini korang boleh cuba pelbagai jenis aktiviti air. Selain untuk merehatkan minda, boleh lah selitkan kenangan manis bersama yang tersayang.  So boleh lah tunjuk skill hebat korang tu kat depan pasangan , haha


Lepas buat aktiviti yang agak extreme tu mesti korang rasa lapar kan? So apa kata kita tengok untuk pakej ni korang akan di bawa ke mana untuk makan tengah hari, jeng jeng jeng....


Related image


Dekat Kampung Pedas ni korang boleh cuba pelbagai jenis makanan orang Indonesia.  Nak tapau bawak balik pun boleh, heheh


Di gerai Kampung Pedas ni menyediakan pelbagai jenis makanan dan yang pastinya makanan di sini semua halal. Bagi yang muslim, anda tidak perlu risau dan korang boleh oder je apa yang korang terasa nak makan makanan orang Indonesia tu. 

Apabila dah siap makan semua tu, kita akan teruskan trip ni dengan melawat ke tempat yang seterusnya iaitu Pantai Pendawa. Pantai Pendawa terletak di lokasi yang agak menarik iaitu di balik tebing. Di samping tu jugak, pantai ini tersohor dengan keunikan ianya tersendiri. Sejarah asal diberi nama Pantai Pendawa ni ialah kerana di tebing kawasan pantai ini ada lima patung Pendawa. Selain keadaan pantai yang cantik, ianya juga tersohor sebagai tempat untuk para artis berlakon, jadi korang pun boleh berselfie dan acah-acah tengah berlakon sinetron jugak, hehe

Image result for pantai pandawa bali



Related image


Related image
Sumber : Google

Di Pantai Pendawa ni korang boleh buat macam-macam aktiviti jugak. Antaranya ialah bermain kayak, makan dan minum di persisiran pantai, berjemur santai dan boleh merasakan urutan tradisional di Pendawa Spa. Mesti ada yang lenguh-lenguh badan dan kaki kan, so korang boleh grab peluang ni dan cuba massage yang tersangat lah bestt..tak caye? Silakan lah mencuba ye :D 

Next kita akan gerak ke Uluwatu Tample, Bali. Berbeza dengan tample lain, pemandangan di Uluwatu boleh membuat kita terhenti bernafas untuk seketika kerana panoramanya yang tersungguh indah dan tak terkata.  Selain pemandangan yang sangat cantik ni, korang boleh menyaksikan upacara Kecak Dance selama 1 jam 30 minit yang juga menjadi sebab mengapa ramai yang ingin berkunjung ke sini selain menikmati pemandangan yang mempersona  terutamanya sunset. 

Untuk masuk ke Uluwatu Tample ni, korang kena sediakan sedikit duit sekitar Rp 20 000 hingga Rp 30 000 sahaja. Disini juga ada beberapa peraturan yang mesti korang patuhi. Biasalah kita kan berada dekat tempat ibadat agama lain, jadi kita mestilah menghormati upacara keagamaan mereka. Okay guys? 

Image result for uluwatu temple bali

View yang sangat cantik dan boleh menyejukkan mata yang memandang

Image result for uluwatu temple bali

Upacara Kecak Dance yang di adakan di Uluwatu Tample

Setelah sepetang bersama yang tersayang jalan-jalan di Uluwatu Tample, siap bergambar berlatar belakang kan sunset so cukup lah untuk trip hari kedua. Pada sebelah malam pulak akan  ada satu kejutan yang sangat istimewa untuk korang dan pasangan. Nak tahu apa? Rilex......balik bilik dulu pastu siap-siap untuk makan malam lah dulu ek, hehe

Haa bila dah pakai wangi-wangi dan cantik-cantik tu, korang akan di bawa ke Jimbaran Beach. Nak buat apa kat Jimbaran Beach ni malam-malam? Mesti korang esaited nak tahu kan? K meh I belanja korang. Moh kita tengok kat bawah ni.......

Image result for jimbaran beach bali

Image result for candle light dinner at jimbaran beach bali

Tadaaaaaaaa...!! Candle light dinner untuk dua orang. Ditemani dengan cahaya lilin, ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa, ditatap oleh insan yang istimewa, acecece sweet kan? hehe

Yang ni moment paling indah  bila bersama insan yang kita sayang. Makan suap-menyuap pastu ungkapan " I love you " yang kedengaran. Aduhaii manisnya semua tu. 

Bersambung..................................................................

Untuk hari yang ketiga, korang akan bersarapan pada pukul 8.00 pagi dan berkumpul untuk lawatan yang seterusnya. Hari ketiga ni banyak tempat yang akan korang pergi. So better kumpul tenaga banyak-banyak ye, takut semput pulak hee

Okay guys, trip pertama untuk hari ketiga ni kita akan pergi ke Barong Dance. Tari Barong Bali merupakan salah satu seni yang ada di Bali. Terdapat banyak keunikan mengenai Tarian Barong ni. Selain memakai kostum yang menyerupai naga, wajah penari juga dilukis dengan pelbagai jenis corak sebagai tarikan. Kalau nak tahu lagi kena lah datang, tengok dan rasai sendiri tau. 

Related image

Image result for Barong dance bali

Nampak macam scary kan? hehe

Trip yang kedua pulak kita akan melawat ke Kawasan Ubud. Kawasan ubud ni dikenali sebagai kawasan yang penuh dengan seni dan keunikan. Letaknya di antara sawah, hutan, dan jurang-jurang gunung yang sangat indah.  Kat sini ada beberapa kawasan menarik yang korang boleh tengok. 

Antaranya ialah :

Related image

Ubud Monkey Forest

Dekat sini korang boleh jumpa dan tengok monyet betul-betul di depan mata.  Korang jugak disarankan supaya melawat tempat ni dalam pukul 2.00 petang macam tu sebab masa tu monyet-monyet sudah cukup kenyang dan tidak lagi agresif jika tengok korang bawak makanan. Kang tak pasal-pasal habis di rembat oleh monyet and the geng, haha

Seterusnya kita akan melawat ke kawasan Kintamani. Di Kintamani ni pula terdapat panorama alam semula jadi yang sangat cantik dan unik. Jadi korang boleh la segar-segar kan mata dengan melihatan kehijauan alam tu.



Gunung Batur


Penelokan Kintamani



Desa Truynan


Toya Bungkah



Pura Ulun Danu Batur

Setiap tempat ada keunikan nya yang tersendiri. Begitu juga dengan pasangan kita, saling mempunyai kelebihan dan kekurangan. Selain melawat ke tempat-tempat yang unik, korang juga boleh merapatkan hubungan antara pasangan. :)

Setelah melawat beberapa tempat, korang akan di bawa ke gerai-gerai makan yang berhampiran untuk makan tengah hari. Apabila dah selesai makan, kita akan sambung perjalanan trip ni. 

Untuk trip yang ketiga ni kita akan melawat ke Kopi Garden. Di sekitar kawasan ni, korang boleh lah berehat santai smbil minum kopi yang fresh dan segar dari ladang sambil menikmati udara yang nyaman.


Image result for kopi garden bali

Image result for kopi garden bali


Kopi Garden 

Alahaii dah penat ye bang, akak? Hehe chilll..trip last untuk hari ketiga ni korang akan dibawa melawat ke kawasan Tegalalang. Tak nak citer panjang-panjang la, korang bvoleh tengok gambar kat bawah dan baca caption kat situ ye. huu~

Image result for kawasan tegalalang

Kawasam Tegalang ni tersohor dengan binaan sawah padi yang bertingkat. Mesti korang  belum pernah tengok kan padi di tanam di lereng-lereng bukit? Kalau dekat Malaysia biasanya padi di tanam di kawasan sawah. Tu salah satu keunikan yang korang akan jumpa bila datang Bali ni. 

Bagi yang nak beli souvenir untuk bawak pulang ke Malaysia, korang boleh beli di kawasan Tegalalang ni. Kat sini terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis bentuk cenderamata. Antaranya ialah patung yang dioerbuat daripada kayu atau besi yang mempunyai jerapah, kucing, ukiran kayu dan macam-macam lagi lah. Boleh cuci-cuci mata kat sini dulu yerr..

Related image


Image result for souvenir at tegalalang

Related image
Sumber : Google 
Macam -macam jenis barang korang boleh beli dan bawak balik tau 


Bila dah siap shopping bagai tu, korang akan di bawa ke satu tempat yang wajib pergi setiap kali datang ke Bali iaitu ke tempat spa dan massage. Bali ni memang terkenal dengan tempat yang menawarkan spa dan massage yang menarik dan harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. So untuk hilangkan kepenatan yang melanda tu, boleh lah cuba-cuba rawatan spa dan massage tu, hehe

Siang dengan pantas nya sudah berlalu, tiba lah sang malam datang menyerikan lagi percutian ini. Untuk aktiviti malam korang akan diberi makan malam untuk pasangan pastu korang just boleh buat aktiviti sendiri. Sama ada nak rehat ataupun nak kemas-kemas barang untuk pulang pada esok hari. Sekejap je kan masa berlalu, dah nak balik, hurmmm

Untuk hari yang keempat, sarapan masih lagi diberikan. Lepas makan apa semua, korang akan check out. Aikk, hari last ni dah takde trip ke? Balik terus ke? tak syokk la..rasa macam ada satu tempat lagi tak pergi kan? hehe saborrrr....Otw nak hantar korang ke airport ni kita akan singgah di satu tempat yang dinamakan Tanah Lot. Haa kat sini kalau korang tak pergi, memang rugii lah and bila korang post dekat media sosial tu orang takkan tahu pun korang pergi Bali kalau tak datang sini tau haa..Cerr tengok gambar tu. macam pernah nampak kan? Tapi kat mana ek??

bali-tour-driver-tanah-lot

Tanah Lot

Tanah Lot bermaksud tanah di tengah lautan. Kat sini korang boleh tengok tempat ni berada di atas batu karang dan di tengah lautan. Selain dari lokasinya yang agak stratergik iaitu di tengah laut, Tanah Lot ini mempunyai pura kecil yang dijaga oleh ular laut.  Goa Air Suci dan Goa Ular Suci merupakan kompleks goa yang letaknya tepat berada di bawah Pura Tanah Lot dan Goa Ular Suci berada tepat di depan Goa Air Suci. Pemandangan di dalam goa yang sangat luar biasa ini menyebabkan pelancong di serata dunia tertarik untuk datang ke tempat ni termasuk lah kome semua,  :) Pastu, sepanjang jalan menuju ke Tanah Lot ni ada banyak gerai yang jual cenderamata yang pelbagai. Jadi korang boleh lah kalau nak beli-beli tu, support ekonomi diorang. 

Destinasi last yang akan korang pergi untuk trip ke Bali ni ialah di Kawasan Pantai Kuta. Dekat kawasan ni korang boleh lerr nak bergambar sebab dia punya pemandangan yang cantik, pantai Kuta ni pun cantik, keadaan sekeliling pun bersih. 

Related image

Related image

Maka berakhir lah trip honeymoon ke Bali ni. Mesti banyak sangat kan kenangan manis pahit korang dengan pasangan kan? Biarlah semua tu jadi kenangan terindah antara korang dengan pasangan. Tiba di airport, maka berpisahlah dengan habang dan akak-akak agent yang sangat sempoi dan sporting. Moga di lain masa kita akan berjumpa lagi.

Sekian untuk entry kali ni, jumpa lagi..
chauuuuu~............................;) 











You May Also Like

0 comments