Percutian Sehari ke Cameron Highland sangat berbaloi dengan .........

by - July 22, 2017

Percutian Ke Cameron Highland Day Trip Janji 1001 Kenangan Manis

Dah lama saya nak wujudkan entry untuk Pakej Percutian Ke Cameron Highland Day Trip ni. 

Trip tersangatlah santai. Pernah di iklankan dalam Astro Oasis dan Maya HD bagi percutian keluarga dan weekend escape. Nak tahu penerangan lebih lajut? Baca dibawah... 


Antara sebab wujudnya trip ini bila ramai diantara kita yang ada masalah seperti dibawah :- 
  1. Tiada masa yang panjang untuk melancong ataupun bersantai bersama keluarga, rakan-rakan
  2. Kos percutian yang sangat tinggi, menjadikan orang ramai memilih untuk berada dirumah
  3. Sukar mendapat cuti dari majikan untuk bercuti
  4. Penat ataupun malas nak memandu beratus Kilometer untuk sampai ke destinasi yang nak dituju

Dengan Trip ni kitaorang selesaikan masalah anda yang ada dekat atas tu. Sambung baca dekat bawah saya nak cerita pasal trip dan share gambar trip heheheheh 

Okey Trip ni adalah Trip Sehari sahaja harga pun murah je RM125 seorang. Trip ni bermula dari KL Sentral. So jangan tanya lagi trip ni disediakan hotel ke tak. Fikir logik lah dengan harga RM125 nak sediakan hotel bagai. Hahahah Trip ni semua orang boleh ikut, bukan orang KL dan Selangor sahaja.

Korang yang duduk mungkin perak, ataupun jalan yang sehaluan ke cameron Highland, korang boleh ikut sama. Tapi korang mesti tunggu dekat mana-mana RNR yang berdekatan supaya senang bas nak stop ambil korang. Kalau korang ada yang dari Melaka, Negeri Sembilan ataupun negeri-negeri lain. Nak tak nak korang kena datang ke KL Sentral Jugak.  Faham? 

Selalunya trip ni akan bermula pada hari Jumaat Malam. Kita akan berkumpul dekat KL Sentral. 
Macamana nak ke tempat berkumpul ? Boleh tekan Link ni --> Panduan Mudah tempat berkumpul

Dah tengokkan tempat berkumpul? Tepat jam 11.30 malam kita dah mula berkumpul untuk naik bas, dan bas selalunya akan gerak pada pukul 12.00am. Sebelum korang pejam mata tour leader akan memberikan beberapa info berkenaan dengan trip esok hari.






Okey macam ni lah keadaan masa berkumpul dan daftar nama dengan tour leader yang akan lead trip tu. Dah selesai daftar nama, anda boleh lah pergi beli air ke, nak ke tandas ke, nak beli roti untuk bekal dalam bas ke. Tapi dalam bas pun kita ada sediakan air minuman satu sorang hehehe. 



<Letak Satu gambar dalam bas >



Hakak-hakak dan abang-abang dah ready nak bergerak ke Cameron Highland, selalunya tepat jam 12.00 am bas akan bergerak.  Semasa dalam bas, tour leader akan memberikan taklimat ringkas berkenaan dengan trip, apa yang anda perlu buat pada keesokan harinya setelah sampai.. Make sure, dengar betul-betul. =) 

Andai kata korang rasa nak buang air kecil ke air besar ke, korang boleh bagitahu driver bas untuk berhenti di mana-mana RNR yang berhampiran. 


Pastu korang boleh sambung tidurrr..........




Hari Pertama  ( Cameron Highland ) 











Okey dekat sini lah yang kami selalu stop sarapan dan solat subuh. Pagi-pagi dekat atas ni memang sejuk beb. Boleh lah korang nak feeling-feeling macam dekat Oversea heheheh

Selalunya kita bagi Makan Roti canai dan air teh, kalau korang rasa macam nak makan makanan lain, korang boleh je pilih sendiri mengikut bajet masing-masing. Tak mahal pun. 



Lepas makan kita selfie-selfie dulu sementara tunggu orang lain siap makan. heheheh Kalau tak hujan memang cuaca dia best giler sebab boleh feeling-feeling macam dekat New Zealand gitu.=) 








Semua dah makan, perut dah kenyang baru lah best kita jalan-jalan pecahkan lemak plak kan.. Semua dah tak sabar nak pergi lawat Lavender Garden yang menjadi tempat pertama lawatan kitaorang. Tapi dia bergantung kepada keadaan semasa jugak. hehehe 








Masing-masing tak menyempat nak masuk dalam. Belum masuk dalam lagi semua dah nak ambil gambar depan ni. hehheheh Jom kita ambil gambar dulu yer kakak. Tour Leader akan tolong belikan tiket dekat korang dulu. sambil-sambil tu Korang ambil lah gambar dulu. Tapi jangan lupa bagi duit ya dekat tour leader. hehehehe 





Bunga bunga dekat sini semua cantik-cantik taw. Tambah plak kami-kami dalam gambar ni pun cantik. Bertambah-tambah cantik lagi lah. hahahaha Masih lagi dalam Lavender Garden. Bukan kebun bunga lavender jer ada kat sini. Macam-macam ada taw. Kalau naik atas sikit dia ada kedai jual ais cream Strawbery memang sedap giler . yang penting murah. Tak seksa poket korang heheheh






Bunga merah tu memang sedap dipandang mata, tapi Kalau takda niat nak memiliki, jangan cuba-cuba untuk memetik bunga larangan. Larangan tetap akan jadi larangan. Kalau dah ready baru boleh petik yer. Begitu jugak sayer yang dalam gambar heheheh




Abam saja nak tunjuk yang ais cream ni sedap gila.. Rugi kalau datang sini tapi tak makan ais cream ni. Serius tak tipu hehehe Tak silap RM3 Jer. Manis pun manis . Tapi lagi manis hakak tepi abang ni. heheheheh #Pickupline #menjadiketak ?



Sorang pun boleh ikut pergi trip ni. Korang paham lah kan kalau ajak member-member ni. Sebulan nak pergi semua cakap nak pegi. Dua minggu nak pegi dah tinggal separuh je nak pegi. Sehari sebelum pergi sebenarnya tinggal kau sorang-sorang. hahahaha Takpa jumpa kawan baru dalam trip. lagi Best hehehe



Sapa kata kat Cameron tak best nak feeling-feeling romantik? Kitaorang enjoy je berdua. Bukan tempat yang menentukan pasangan jadi romantik. Tapi diri sendiri tu kena lah jadi romantik. Kalau jenis kayu, memang kayu lah hahahhaha #Gurauje 












You May Also Like

0 comments