4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI

by - August 08, 2018

Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan serba sedikit berkenaan dengan tempat-tempat pilihan yang menarik di Hatyai khas buat anda! Menarik bukan? Dah kalau ramai yang booking, mestilah menarik dan pakej yang kami sediakan untuk sayang sayang semua mestilah yang terbaik! Dengan angin sepoi-sepoi ni mood nak sharing tu membuak-buak pulak hihi so jom kita start!

1. Chang Puak Camp 

Kalau uolls join trip kami ke Hatyai, memang tak sah kalau tak pergi ke Chang Puak Camp ni. Apa yang ada kat sini? Semestinya gajah! Haha. "Chang" adalah merupakan panggilan untuk gajah di Hatyai. Disitu juga dikenali sebagai kem gajah di wilayah utara Thailand dimana para pengunjung boleh naik gajah.







Hat Yai semestinya dikenali sebagai tarikan semulajadi. Kem Chang Puak adalah tarikan baru yang menawarkan perkara menarik untuk dilakukan di Hat Yai. Kem tersebut semakin meningkat dan menjadi tarikan baru Hat Yai untuk melawat dari Thailand dan pelancong asing terutamanya pelancong dari Malaysia yang gemar dengan aktiviti bersumberkan alam semula jadi. Haaaa uolls mesti suka aktiviti macam ni kan? Bunyi macam adventure gitewww hihi..

Tambahan pula, terdapat juga beberapa aktiviti yang uolls semua boleh join kalau melawat ke Chang Puak Camp, seperti Elephant Riding dan ATV Motor Racing.


2. Floating Market Hatyai

Lokasi seterusnya adalah Pasar Terapung Khlong Hae yang semakin popular dalam kalangan para pelancong kerana ia tak jauh dari bandar Hat Yai. Yang uniknya disini, pasar terapung ini menggunakan bekas makanan mesra alam seperti tempurung kelapa, tiub buluh, dan periuk tanah ketika meniaga.




Lain daripada itu, pelancong juga boleh merasa sendiri makanan Thai dan makanan tempatan Selatan yang semestinya jarang didapati di Malaysia! Pasaran dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad atau pada acara penting seperti Hari Songkran. Pada Hari Songkran, rakyat Malaysia sering datang dan menikmati acara di Hat Yai. Conferm best shopping makanan kat sini. Belum cuba belum tahu tau uollsss. Jangan kata hakak tak payung :p


3. Shamila Beach, Songkhla

Okay let's moving on to the next destination. cehh speaking pulak kite hehehe.. Ok sambung! Pantai Shamila merupakan pantai legenda yang menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan asing ke wilayah Songkhla yang terletak di utara daerah Hatyai. Di daerah Songkhla, terdapat beberapa cerita dongeng dan juga monumen yang menjadi tarikan pelancong. Antaranya monumen yang menarik adalah:


a) The Great Serpent Nag

Masyarakat daerah ini menyebut dan mendeskripsikan tentang Sang Naga sebagai haiwan agung, yang juga dipercayai memberikan rezeki, kebahagiaan, memberkati jiwa dan fikiran. Sang Naga dibahagi menjadi 3 bahagian iaitu Kepala, Badan, dan Ekor. Setiap bahagian ditempatkan di tempat yang berbeza.




Sang Naga diibaratka seperti Dewa menurut kepercayaan mereka di wilayah ini. Replika Sang Naga selalu mengeluarkan air yang berterusan sebagai tanda selalu memberi berkah yang melimpah kepada penduduk Selatan Thailand. Bahagian-bahagian yang dibina mempunyai fungsinya yang tersendiri. Contohnya, bahagian Kepala tanda kebajikan, Tubuh melambangkan kemakmuran dan Ekor melambangkan karisma dan kekuatan.


b) Ikan Duyung Emas , Nang Nguek Thong
Selain lagenda naga, kisah cinta seorang pemuda terhadap ikan duyung cukup terkenal di    Songkhla. Kisahnya bermula apabila seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan terang. Tetapi ikan duyung yang jelita itu ketakutan lalu terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya.


Pemuda yang terpukau dengan kejelitaan si duyung itu menunggu di Pantai Shamila pada    setiap hari untuk memulangkan sikat tersebut kepada pujaan hatinya. Namun ikan duyung  itu tidak pernah muncul. Ikan duyung Songkhla kemudiannya dikenali sebagai Ikan Duyung  Emas atau Nang Nguek Thong dalam kalangan masyarakat tempatan.

c) Lagenda Kucing dan Tikus
Destinasi ini bukan sahaja terkenal dengan Duyung dan Sang Naga. Malah, Songkhla juga terkenal dengan lagenda yang telah menjadikan mereka sebagai salah satu cerita yang tak boleh dilupakan. Pantai ini terkenal dengan lagenda kucing dan tikus yang melanggar sumpahan sehingga akhirnya haiwan itu disumpah menjadi pulau.




4. Tang Kuan Hill


Haaa kita dah sampai ke penghujung gaiss! Destinasi pilihan kami yang terakhir adalah Tang Kuan Hill. Ia merupakan kawasan tertinggi di Songkhla dan berdekatan dengan Shamila Beach. Di puncak Tang Kuan Hill terdapat sebuah kuil Buddha (Royal Pagoda) yang dibina semasa pemerintahan Kerajaan Nakhon Si Thammarat. Dari puncak bukit ini, para pengunjung dapat melihat panorama bandar dan juga tasik Songkhla.






Kalau uolls nak tahu, kuil ni sebenarnya masih digunakan oleh sami-sami Buddha bagi upacara keagamaan mereka. Ada 2 cara untuk ke puncak Tang Kuan Hill iaitu dengan menaiki tangga ataupun lif. Kalau nak naik lif , anda akan dikenakan 30 Baht seorang. Untuk yang terlebih sihat dan staminanya tinggi, boleh lah naik tangga. Free dan sihat! Tapi untuk geng geng badan cute macam iolls ni, better naik lif, Sis rela bayor daripada penat hahahaha..






Lif ini mempunyai kepanjangan 136  meter dan boleh membawa sebanyak 20 penumpang setiap pusingan ke puncak. Yang menariknya ialah lif ini bukannya naik tegak keatas tapi mengiring hinggalah ke puncak. Pemandangan dari atas puncak Tang Kuan Hill haruslahh cantik dan mengujakan!






Setelah anda turun dari Tang Kuan Hill, anda akan dapat lihat ada satu gerai menjual aiskrim kelapa. Uniknya aiskrim ini adalah ianya dihidang dalam tempurung kelapa dan rasanya berbeza dan tidak didapati di tempat lain. Kenapa? Kerana rasa kelapanya orang kata sangat kaw dan piawww. Manis-manis gituu. Sedapp sampai termimpi-mimpi!


                                  

Jadi sis rasa setakat ni je lah sis share okay? Harap ia dapat membantu korang serba sedikit mengenai tempat menarik di Hatyai, sebelum korang sendiri join trip kami ke Hatyai. hehe.

Mata ni rasa berat dah ni. Angin sepoi-sepoi. Cuaca mendung. Apa lagi? Tidur lah gengg hahaaha. Terima kasih kerana sudi baca post ni. Next time sis akan share lebih banyak lagi berkenaan dengan pakej, tips-tips menarik dan tempat-tempat yang wajib korang pergi! Stay tuned okay. Tataaaa :p

#bahterakembaraholidays


You May Also Like

0 comments