PROMO KOREA 5H4M WITH FLIGHT ( AUTUMN)

by - February 18, 2019

Penerangan Pakej Korea Termasuk flight Pergi balik



  • DATE: 12-16 OCT 2019 ( MUSIM LURUH)
  • HARGA: RM3199/SEORANG
  • DEPOSIT : RM350/SEORANG
  • BAKI BAYARAN: BOLEH BAYAR ANSUR-ANSUR (40 HARI SEBELUM                    TARIKH PERGI PERLU BAYARAN PENUH)
  • TRANSPORT:PUBLIC TRANSPORT
  • JENIS PENGINAPAN : HOTEL TERLETAK DEKAT DENGAN TEMPAT TUMPUAN      PELANCONG
  • KEKOSONGAN SEAT : 10 SEAT ( PLEASE CHECK CURRENT UPDATE DALAM SISTEM UNTUK REAL TIME SEAT AVAILABLE) 

WAKTU PENERBANGAN TRIP INI.




Jom baca penjelasan pakej


Airasia Flight Sumber Google

Pakej pada tarikh ini adalah pakej yang telahpun termasuk dengan Tiket penerbangan pergi dan balik serta Percuma 20 Kg bagasi setiap seorang pergi dan balik. Jika anda rasa anda nak shoping banyak di Korea, Anda boleh bagitahu agent yang menguruskan tempahan pakej anda untuk tambah KG bagasi.

Harga seperti dibawah ini

25 KG -


Bagi anda yang nak makanan dalam kapal terbang, anda boleh juga minta tolong agent yang menguruskan tempahan anda. Add On Meal RM15/Meal.


Contoh Meal dalam Flight, Sumber Google 

Setibanya di Airport Seoul ( ICN) , Group Leader dari Bahtera Kembara Holidays yang menetap disana akan tunggu anda dan rombongan. Tiba di airport, anda akan dibawa terus ke penginapan iaitu Hotel menaiki Limousin bas .

GAMBAR BILIK HOTEL


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik Katil besar ini untuk dua orang sebilik. Sesuai untuk suami dan isteri .Bilik ni boleh juga dijadikan untuk orang yang memilih duduk berseorangan


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik ini untuk Dua Orang sebilik.


Bilik ini pula untuk Orang yang datang tiga orang, Boleh duduk tiga orang sebilik.


Nak basuh baju pun boleh 

Ruangan Tempat makan yang selesa.


Bagi yang risau dengan Makanan Halal, Anda tak perlu risau sebab Krew yang berada disana akan bawa anda ke tempat makan yang halal dan akan berikan panduan kepada anda untuk memilih makanan yang halal yang berasaskan makanan Laut seperti ikan, udang, sotong, nasi.

Walaupun disana mostly tiada Cop Halal seperti Jakim di Malaysia tapi kami agak menjaga hal-hal tersebut sebab ianya menjadi darah daging kita. Ada juga yang tanya kita, kenapa BKH tak buat pakej sekali makan? Sebelum ni ada kita buat sekali makan.

Tapi bila sampai dekat sana, Ada yang tak kena dengan seleranya dan tak nak makan. Membuatkan kita terpaksa order mengikut apa yang dia nak. Sedangkan kita sudah awal-awal lagi order makanan mengikut bajet. Lebih selamat dan selesa, kami berikan kebebasan kepada anda untuk makan ikut bajet anda dan ikut citarasa anda.

Bagi anda yang nak jimat, anda boleh lah bawa makanan pack dari mana-mana keluaran seperti Brahim Catering ada dijual dekat Mall di Malaysia. Sebab dekat penginapan nanti ada kemudahan dapur untuk anda masak makanan anda sendiri untuk dibuat bekal ataupun dimakan terus.

Dari segi kelengkapan dapur, kami gunakan kelengkapan dapur sendiri, Kuali, periuk, pinggan, sudu dan lain-lain supaya tahap kebersihan alatan dapur itu terjamin bersih dan suci.

Pinggan Mangkuk Kuali yang disediakan untuk memudahkan anda memasak jika perlu

Sepanjang lawatan di Seoul, anda akan bersama-sama dengan crew kami disana untuk melawat tempat-tempat menarik dengan Menaiki Public Transport seperti Train dan Bas. Kita akan menaiki train ketika kita melawat sekitar City kerana ia lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang sukar bagi bas pelancong untuk sampai.

Suka kami ingatkan keadaan muka bumi di Seoul agak berbukit, jadi akan banyak kita turun dan naik bukit untuk sampai ke tempat lawatan. Untuk Ke Nami Island dari Hotel kita akan naik bas, taxi dan ferry. Semua Kos pengangkutan sudah dikira dalam harga Pakej yang anda sudah bayar..

Bagi anda yang ada rasa nak explore sendiri tempat lawatan dan shopping. Kami akan berikan masa juga kepada anda untuk explore tempat yang berdekatan dengan penginapan dan akan ajar anda macam mana untuk ke tempat dalam jarak "walking distance" ataupun naik train.

Untuk menjamin keselamatan anda semua disana. Kami suggest anda untuk ambil Travel insurance diri anda, jika ada berlaku kejadian tidak dingini anda sudahpun dilindungi oleh Skim perlindungan untuk merawat kos-kos yang terlibat.

Kita tidak tahu bila Tuhan nak duga kita. Tapi kita mampu bersedia bila dugaan itu tiba. InshaAllah semua selamat dan enjoy dalam Trip korea ini.

BAWAH INI ADALAH GAMBAR KETIKA MUSIM LURUH TAHUN LEPAS.MUSIM LURUH HANYA LAH SEKALI SAHAJA DALAM SETAHUN.













HAPPY SELLING TO ALL SALES TEAM!
GOOD LUCK.

You May Also Like

0 comments