Pelanggan tidak lagi tertipu kalau baca posting ni..

by - December 20, 2017

3H2M PULAU PERHENTIAN DI KG PULAU PERHENTIAN KECIL




Tujuan Entry ni dibuat semata-semata nak bagi info dekat korang, Bagi senang korang baca dan faham. Tapi bagi yang malas nak membaca. Kita tak tahu lah nak cakap apa. Jangan salahkan kita plak kalau tak dapat detail lengkap dan ada miscommunication bak kata mat saleh.

Korang yang berniat nak pergi trip dengan Bahtera Kembara Holidays ke Perhentian, ataupun mana-mana company lah yang ada atas muka bumi tuhan ni. Korang wajib baca dulu info yang ada dalam ni. Supaya korang tak tertipu oleh anasir-anasir luar. Faham ke tak faham? 

Sebelum korang baca lebih bawah lagi, suka saya ingat korang. Nak beli pakej dari penjual mestilah betul-betul korang percaya, Jangan mudah sangat makan Umpan "Harga Murah" giler kentang. Bila namanya "Penjual" tak lain tak bukan dorang memang nak untung.

 Tipu lah kalau ada orang cakap "Takpe kita rugi pun asalkan customer puas hati". Bila Pakej murah sangat. Mestilah ada yang kurang, saya tak kata kena beli pakej mahal. Korang kan pandai menilai mana yang kaca dan mana permata.

 Takkan lah Pergi Perhentian RM199 3H2M siap ada makan minum lagi, Penginapan 5 Bintang. So hati-hati. Pilihlah company yang korang nampak dia ada masa depan dan nak pergi jauh. Company berlesen, jangan sesekali masukkan duit deposit ataupun bayaran penuh ke nombor akaun personal.

Pastikan korang masukkan duit deposit ke dalam akaun syarikat. Sebab hanya yang ada akaun syarikat sahaja yang korang boleh letak kepercayaan sebab memang dorang betul-betul nak berniaga. Bukan nak berniaga sehari dua hari. tapi nak berniaga selama-lamanya.

Okey dah! Jom kita lihat Pakej dekat Kampung Perhentian Kecil ini.

Kenapa korang perlu duduk dekat sini? 

1) Lebih selamat

Dari segi keselamatan, korang lebih selamat berada disini. Sebab dekat sini ada Balai Polis, ada kawalan kampung, ada Klinik dan ada Speed Boat Ambulan. Kalau ada apa-apa terjadi senang dan cepat untuk orang lain bertindak.

2) Makan murah dan mudah

Korang akan senang untuk dapatkan makanan dekat area sini sebab kat sini orang kampung pun membeli di tempat yang sama, So harganya tidaklah mahal seperti di tempat lain. Bajet Makan dalam Rm10-15 sekali makan ataupun kurang.

3) Anak-anak kecil terjaga

Bagi anda yang ada anak kecil ataupun anak yang tidak akhir baligh lagi, ataupun yang datang berkeluarga. Saya suggest duduk area sini sebab dekat sini semua orang kena jaga pemakaian . So tak lah minah saleh berjemur terdampar pakai bra je. So anak2 pun tak terkejut.

4) Senang Nak pantau

Dekat area sini jugak ada satu pantai dimana tempat boat berlabuh. Pada siang hari tiada boat dikawasan ini dan anda boleh lepas anak-anak mandi disini. Airnya cetek dan permukaan laut yang datar.

5) Kos Murah

Bila anda berada di kawasan kampung perhentian kecil ini. Kosnya lebih murah berbanding dari tempat lain. Kerana orang kampung disana menggunakan harga yang sama.

6) Kedai Runcit

Disini jugak terdapat beberapa kedai runcit yang menjual pelbagai kemudahan asas. So korang senang lah nak pergi beli apa-apa yang korang nak. Kedai runcit ini selalunya akan dibuka dari pagi sehingga 12.00 tengah malam.

7) Jarak ke Long Beach Dekat

Long Beach ataupun Pasir Panjang ini adalah tempat tarikan utama di Pulau Perhentian kerana keadaan pantai yang sangat cantik, ramai pengunjung dari luar dan dalam negara datang kesini. Air yang jernih kebiruan. Pada waktu malam ada Pertunjukan Api oleh pelancong luar ataupun orang tempatan. Jarak nya lebih dekat. Kos water taxi yang murah.

Kali ni Bahtera Kembara Holidays dah Pajak Semusim 2018 Penginapan untuk korang. InshaAllah selamat dan selesa. Tak caya? Jom tengok gambar bilik dibawah ni.


PAKEJ 3H2M PULAU KG PERHENTIAN KECIL


Penginapan yang selesa, berhawa dingin. Tandas berada didalam, Disedikan bantal dan selimut serta kain tuala untuk anda. Masa Check-In adalah Pukul 2.00 petang. Kalau bilik tu siap awal selepas dikemas. Korang boleh masuk awal. Kalau lambat siap. Kena tunggu lah sikit ya. 

Inilah keadaan Bilik untuk korang bermalam. Boleh masuk Tiga orang sebilik, kalau korang berdua pun kita masukkan dalam ni jugak.

Ni plak view dari arah yang berbeza. Supaya anda lebih jelas.

Pakej ni bermula dari Jeti Kuala Besut sahaja. Bila ambil Pakej ini, nanti akan ada Staff dari Bahtera Kembara Holidays yang akan tunggu korang di Jeti Kuala Besut. Bagi yang bawak kereta korang boleh parking dekat mana-mana parking yang berbayar, ataupun korang boleh bagitahu staff BKH untuk cari parking yang selamat. 

Bagi korang yang datang naik bas, korang akan sampai dekat Stesen bas Kuala Besut dalam pukul 6.00 am, so boleh pergi solat dulu, mandi dekat area Masjid yang berdekatan serta Sarapan pagi dekat area jeti. Pukul 8.30 am korang boleh call no staff BKH ataupun korang akan dapat panggilan darinya. 


Wajah hadapan Jeti Kuala Besut, tapi nak naik bot kena masuk kedalam lagi sampai jumpa kedai makan banyak-banyak.

Masa dekat jeti nati, korang akan diberikan satu borang Jabatan Laut dan korang kena isi nama penuh dan no kad pengenalan setiap seorang. Dan Korang kena beratur bila staff dah arahkan untuk korang beratur bayar " Marine Park Fee" di kios yang ada di jeti . Harganya RM5 Dewasa , RM3 kanak-kanak.

Bot akan hantar korang ke Penginapan dan korang akan nampak bangungan 3 Tingkat warna kuning. Jalan kaki terus je dari jeti tu sampai korang jumpa balai polis, then tepi balai polis tu korang akan nampak satu kedai makan. So tepi kedai makan tu lah Penginapan kita. Jelas ya? 

Then hari pertama korang diberikan masa untuk buat aktiviti bebas. Nak mandi manda pun boleh, nak pegi Long Beach pun boleh nak pergi panjat bukit ke kincir angin . Korang boleh panjat bukit tu dari Long Beach ya. 


Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin

Pemandangan dari atas Bukit Kincir Angin

Korang boleh survey harga dekat Kaunter Water taxi dekat area penginapan. Then kalau ada apa-apa, call je no staff BKH tu. Waktu malam dekat sana, korang just santai-santai ataupun nak pegi lepak dekat Long Beach pun boleh. Tapi kena pergi dengan Water taxi. Selalunya Long Beach akan buka pada Pertengahan Bulan Mac ataupun hujung Mac dan keatas.

Hari kedua selalunya kita akan keluar pergi Snorkeling pada pukul 9.00 pagi. So tak da lah panas sangatkan dan akan habis dalam pukul 12.00 Tengahari. Kalau korang rasa macam tak puas hati lagi tak penat berenang lagi. Duduk lah lama pun, cakap dekat abang bot.

Biasanya sampai point terakhir tu korang dah penat yang amat.

Point Snorkeling yang kita akan bawa anda adalah

1) Turtle Beach ( Water Confident)
2) Turtle Point ( Lihat Penyu)
3) Fish Point ( Banyak Ikan Jinak)
4) Shark Point ( Ikan jerung) 
Bonus Point ( Lata Air Berani)


Best bila dapat member yang travel satu kepala. Lagi best kalau jumpa orang baru tapi satu kepala Jugak

Dalam air pun sempat lagi selfie. Pastikan korang bawak waterprof camera ya. Rugi kalau tak bawak.

Sebelum pergi ke tengah laut untuk tengok ikan, kita kasi dulu korang belajar dekat tempat cetek.

Masih lagi di tempat water confident

Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya...


Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat untuk buat tempahan, boleh Tekan link ini ataupun Booking di Website secara online dan dapatkan Mata Ganjaran BK BIG POINT setiap tempahan pakej yang anda lakukan. 



Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda. 





You May Also Like

0 comments