3H2M Ho Chi Minh Vietnam

by - July 31, 2017


PAKEJ 3H2M :

Dewasa : RM499 per pax
Kanak-kanak : RM450 per pax (3-12 tahun)
Baby : FOC (0-2 tahun)

ITINERARI : 

Untuk hari pertama,korang akan dijemput dari airport oleh pemandu yang terlibat dan mereka akan bawak korang semua ke tempat penginapan yang telah di booking oleh agent. Bila dah siap check in and letak barang semua, maka trip untuk hari pertama akan bermula. Mula-mula kita akan pergi melawat ke bandar Ho Chi Minh. Tempat pertama yang kita akan singgah ialah ke Saigon  Post Office di Ho Chi Minh City.

Image result for post office notre dame vietnam
Sumber : Google

Menurut sejarah, bangunan Saigon Post Office ni dibina pada abad ke 19. Agak-agak korang dah lahir ke masa tu? hehe.  Apa yang menarik dekat Saigon ni ye? Nampak macam takde benda yang unik pun kan?

Haa kalau korang nak tahu, kat dalam ni terdapat dua buah lukisan yang besar dan tidak asing lagi bagi orang Vietnam iaitu Peta Vietnam Selatan dan Peta Kota Saigon. Kalau nak tahu sebesar manakah lukisan tu korang kena lah datang dan tengok sendiri tau. Tak lupa jugak kat sini pun ada jual pelbagai jenis lukisan yang unik, cenderamata and kat sini jugak ada tempat untuk money changer. Jadi bagi korang yang tak sempat nak tukar duit tu tak usah bimbang la ye, kat sini pun hadoo.



Related image

Notre Dame merupakan tempat kedua yang akan kita lawati di bandar Ho Chi Minh ni. Notre Dame merupakan gereja bagi kaum Katholik yang ada di Vietnam. Keunikan seni bina yang mempunyai dua tower ni membuatkan ramai yang ingin berkunjung ke sini selain daripada mereka yang beragama Kristian. Haa kat sini korang boleh la nak buat sesi photoshot berjemaah tu sebab dia punya tempat sangat lah cantik dan memang akan nampak cunn lah dalam gambar tu, hee



Image result for war museum vietnam

Seterusnya kita akan ke War Remnants Museum atau lebih dikenali sebagai museum perang. Tempat ni menempatkan pelbagai jenis koleksi peninggalan perang Vietnam. Pelengkapan perang Amareka seperti jet, helikopter dan tank jugak ada kat sini. Cerr tengok gambar kat atas tu, kat depan pintu masuk pun dah ada jet  yang tunggu, haa tu tak masuk kat dalam lagi, entah-entah bom atom pun ada, hehex.


Image result for war museum vietnam


Alamakk! Terr masin lah pulak mulut ni. Dah jumpa bom kat depan-depan mata, terkejut makk aii haha



Related image


Pelbagai jenis koleksi senapang yang digunakan pada zaman perang dulu. Meriam buluh tu diorang tak guna la, yang tu untuk korang main time raya jerr




Related image Related image


Yang nak selfie depan jet ke heli ke sila kan lah ye, bila lagi kan nak grab peluang macam ni. Biasa nya benda-benda macam ni dia duk kat atas je, susah la kalau nak selfie tu.

Tempat ke empat yang kita akan pergi ialah ke Hard Rock Cafe Vietnam. Mesti ada yang tak pernah jejak kaki kan kat mana-mana Hard Rock Cafe yang ada terutama dekat Malaysia kan? haa kali ni korang boleh rasa dan tengok sendiri lah apa sebenarnya yang ada dekat tempat ni. Selain daripada tempat hiburan, apa lagi yang menarik yang ada kat sini ek? 



Image result for hard rock cafe vietnam


Sedikit gambaran kat luar pintu masuk Hard Rock Cafe Vietnam



Related image

Dihiasi dengan stage yang menarik untuk para artis perform dan dilengkapi dengan set meja makan untuk para pengunjung menikmati hidangan sambil ditemani music live



Related image

Pelbagai jenis aneka cuisine yang korang boleh pilih dan rasa. Tengok dia punya food wrapper tu pun sayang nak buang kan, boleh simpan dan bawak balik sebagai kenangan, heheh

Ada yang tertanya-tanya bila nak shopping ni, kat mana nak shopping ni? Dengar kata barang-barang kat sini semuanya murah-murah, kan? haa jomm sekarang kita akan ke pusat membeli belah utama yang ada dekat Ho Chi Minh ni iaitu Benh Thanh Market, Saigon Square, Taka Plaza, sport centre  dan seluruh kawasan Benh Thanh Market.

Kat sini korang boleh beli seberapa banyak yang korang nak, pastu dia punya makanan pun murah-murah tau. Boleh la shopping untuk kawan-kawan atau family korang yang kirim souvenir tu, hehe

Related image
Benh Thanh Market,

Image result for saigon square
Saigon Square

 Image result for taka plaza
Taka Plaza

Image result for sport centre in vietnam
Sport Centre

Selepas seharian bershopping bagai, trip seterusnya kita akan ke makan malam di restoran halal yang ada di Ho Chi Minh ni. Sambil tu boleh lah mengisi perut yang berkeroncong dengan pelbagai makanan yang enak dan lazat. Bila dah siap makan tu,boleh la jalan-jalan dan buat aktiviti santai dekat night market. Kat sini korang  boleh la nak cuci-cuci mata ataupun nak shopping lagi pun boleh.

 Related image

Image result for night market in ho chi minh
Sumber : Google
Haa mesti dah penat kan? k, kita sambung trip besok lah pulak ye, mata pun dah mengantok ye semua. Balik bilik dan boleh tidurr..

Untuk hari kedua, pagi korang akan bersarapan di hotel dulu dan jangan bimbang sebab makanan yang disediakan sememangnya halal. Jadi makan lah banyak-banyak ye sebab hari kedua ni ada banyak lagi tempat yang akan kita pergi.

Tempat pertama yang korang pergi untuk hari kedua ni kita akan melawat ke Delta Mekong. Dekat Delta Mekong ni korang jangan terkejut pulak ye kalau tengok penuh dengan geng-geng motor atas jalan raya. Sebab penduduk kat sini diorang just gunakan motor sebagai kenderaan utama untuk bergerak.

 Related image

Haa kalau nak tahu yang ni lah Sungai Mekong. Perjalanan untuk ke Sungai Mekong ni mengambil masa yang agak lama disebabkan oleh perjalanan yang sesak dengan kenderaan.Kaki pun boleh krem tau kalau lama-lama duduk dalam van tu, apakan daya sebab ada banyak tarikan yang ada di kawasan Sungai Mekong ni, jadi mungkin tu salah satu sebab kenapa ramai yang nak datang kat sini. 
 
Kat sungai Mekong ni tersohor dengan akriviti pertanian. Kenderaan utama yang digunakan ialah bot. Kat sini jugak korang boleh shopping tau. Yang uniknya ialah para petani menjalankan aktiviti perniagaan diorang guna bot je. Bagi yang nak beli makanan untuk makan atas bot sementara sampai tu boleh lerr.
 
 Related image
 Mesti terbeliakk biji mata tu kan tengok, macam-macam jenis makanan yang ada kat sini tau


Image result for muslim mosque mekong

 Lepas pusing kawasan Delta Mekong ni korang akan makan tengah hari dekat-dekat kawasan ni pastu terus solat  di sini.
 
 Image result for china town vietnam

Sambung shopping dekat China Town sambil dihiburkan dengn persembahan yang menarik


Related image

Bila ada je duit tu gunakan lah dengan sebaik mungkin ye, acecece bukan apa takut terlupa je, peace!


Untuk makan malam, korang akan di bawa ke restoran halal yang berhampiran. Pastu bagi yang tak puas lagi pergi night market tu, untuk malam kedua ni korang boleh la kalau nak jalan-jalan dekat area tu. :)

Malam dengan pantasnya melabuhkan tirai. Untuk hari ketiga ni korang akan bersarapan dulu di hotel. Untuk yang trip terakhir di Vietnam ni sekali lagi korang akan di bawa ke Ben Thanh market untuk shopping. Datang Ho Chi Minh ni memang nak shopping pun kan? Dekat Malaysia kat mana korang boleh beli barang-barang yang sangat murah dan berkualitu ni kan? so manfaatkan lah short vacay korang ni sebaik mungkin ye ;)  

 Lastly before balik, korang akan check out and angkut semua lah barang-barang yang korang beli tu bawak balik, banyak sangat barang takut tertinggal la pulak, hehe

Setakat ni sahaja untuk entry kali ni. Hope uolls enjoy!

chauuuu.........................~


You May Also Like

0 comments