Powered by Blogger.
  • Home
  • Promotion
  • Packages
    • Domestic
    • Island Package
    • Outbound
  • Travel Tips
  • Services
  • Contact Us

BKH TRAVEL

Teman Melancong Anda

Penerangan Pakej Seoul, Korea




Ramai sangat yang mintak Pakej ke Korea. Dan ramai jugak yang buat Pakej Korea ni. Tapi kali ni BKH ambil peluang jugak untuk buat Pakej ke Korea . Sebelum terlupa, terima kasih kepada yang dah pernah ambil pakej dari kami Bahtera Kembara Holidays (BKH) ataupun dari mana-mana wakil Jualan kami di seluruh Malaysia.

Bila kami meneliti satu per satu Pakej-Pakej yang sedia ada dalam market, baru lah kami tahu rupanya banyak jugak keluhan dari customer yang dah pernah ikut trip . Memang lihat pada gambar semua best-best.

Tapi Bila kawan tanya mesti cakap " Wei tak payah lah pergi dengan pakej dia, penat sangat wei, datang dengan beg besar dari Malaysia, tengok sampai korea kena naik Train plak, Bilik air pun kongsi, tidur pun dekat ruang tamu atas tilam ataupun toto" Itulah antara keluhan orang yang dah pernah ikut serta.

Lagi teruk kalau sampai sana tiba-tiba ada surcharge macam-macam. Nak tak nak korang kena bayar jugak sebab dah sampai. Dah lah bawa duit cukup-cukup jer. Duit tu plak hasil menabung masa sekolah menengah dulu lagi. Hehehe


Kepada yang berhajat untuk ambil pakej dari Kami Bahtera Kembara Holidays, anda wajib untuk baca sampai habis.



Bila kami dapat komen-komen dari customer yang dah follow trip dari orang lain. Jadi kami nampak Beberapa Masalah yang timbul, lalu kami jadikan ia panduan untuk menambah baik pakej kami untuk anda. Dan kami berikan penjelasan lengkap pada anda supaya anda tidak tertanya-tanya dan terkejut bagaimana perjalanan trip ni. Betul?

Trip Percutian Ke Seoul Korea yang kami sediakan ini adalah berkonsep "Backpacker", apa yang dimaksudkan dengan backpacker tu? Maksudnya Perjalanan dalam trip nanti kita akan Guna Public Transport, antaranya Taxi , Train, Bas dan juga ferry untuk ke Nami Island . Kita akan bergerak pun dalam jumlah yang sedikit. Tidak lebih dari 25 Orang.

Kenapa kita buat jugak konsep backpacker ni? Sebab nak berikan harga yang rendah kepada anda. Ramai yang nak travel dan lihat tempat orang tapi duit tak cukup sebab pakej terlampau mahal. Ambil yang murah plak tapi tiba-tiba tak selesa, Biasalah kan Pakej Murah. Nak kata pakej kami ni murah takda lah murah.

Rasanya harga Pakej kami ni lebih tinggi dari orang lain. Sebab apa tinggi dari orang lain? Sebab kami ada apa yang orang lain takda. Kita duduk pun dekat Hotel. Bukan duduk di Guest House. Takda hidden cost.

Jom baca penjelasan pakej sebenar..


Airasia Flight Sumber Google


Pakej yang BKH sediakan ada dua jenis. Ada yang sudah termasuk tiket penerbangan dan ada yang belum termasuk tiket penerbangan. Pakej yang termasuk dengan penerbangan bergantung kepada keadaan semasa tiket promosi. Tiket penerbangan itu merujuk kepada penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport 2 ( KLIA 2) ke Incheon Seoul Korea ( ICN).

Pakej jenis kedua, anda boleh ambil pakej ground sahaja tanpa tiket penerbangan mengikut tarikh yang kami sediakan. Dan Tiket penerbangan plak anda boleh beli sendiri. Selalunya 3 bulan sebulan tarikh penerbangan. Airasia akan buat promo tiket. Jadi masa nilah anda kena grab cepat2. Nak kami belikan tiket pun boleh. Pakej yang kami dah masukkan dengan Tiket Flight tu adalah Flight Airasia.

Dari Segi masa penerbangan pula, anda boleh pilih mana-mana time yang murah pergi dan balik. Jika anda memilih untuk sampai pagi ataupun petang. Leader kami sudah bersedia menunggu airport sana. Kalau anda ambil flight yang sampai malam di Seoul, anda akan dikenakan cas tambahan sebab kami terpaksa mintak leader untuk pergi kali ketiga untuk ambil anda.

Kami suggest korang ambil lah masa pergi tu bagi sampai pagi ataupun petang. Jangan ambil yang sampai malam. Nati masa korang akan jadi pendek. Untuk waktu balik pula, korang bebas nak ambil time flight ke KL tu pagi, petang ataupun malam. Tapi kami suggest untuk anda ambil yang petang ataupun malam. ataupun mana-mana yang korang rasa murah.

Bila sebut je Airasia korang kena tahu itu adalah Syarikat Penerbangan Murah, dalam harga yang korang bayar tu memang hanya semata-mata tiket sahaja (Basic Ticket+ Airport Tax). Macam Flight lain mungkin dia dah bagi Luggage 25kg-30kg untuk korang masukkan beg dalam Perut kapal terbang, ataupun ada jugak yang siap-siap bagi meal dalam flight yang melebihi 1 jam perjalan.

Tapi tidak bagi Airasia, korang kena tambah sendiri luggage tu ataupun Makanan yang korang nak makan.


Contoh Meal dalam Flight, Sumber Google 

Setibanya di Airport Seoul ( ICN) , Group Leader dari Bahtera Kembara Holidays yang menetap disana akan tunggu anda dan rombongan. Tiba di airport, anda akan dibawa terus ke penginapan iaitu Hotel menaiki Limousin bas .

Selalunya pakej-pakej dari beberapa company yang lain mereka akan bawa anda menaiki Train ke tempat penginapan, Keadaan menjadi sukar bila anda bawa beg yang besar dari Malaysia. Jadi kami sediakan bas untuk anda. Tak payah nak berasak-asak dalam train, ada juga diantara mereka juga gunakan rumah tumpangan (Guest House) sebagai tempat menginap.

Toilet terpaksa kena kongsi dengan orang yang satu rumah. Mungkin ada yang tidur atas Sofabed dan lain-lain lagi. Dengan kami anda akan dapat bilik yang dua orang sebilik ataupun boleh juga nak duduk tiga orang sebilik. Dalam setiap bilik ada private bathroom. Jadi anda hanya perlu kongsi dengan pasangan sahaja.


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik Katil besar ini untuk dua orang sebilik. Sesuai untuk suami dan isteri .Bilik ni boleh juga dijadikan untuk orang yang memilih duduk berseorangan


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik ini untuk Dua Orang sebilik.


Bilik ini pula untuk Orang yang datang tiga orang, Boleh duduk tiga orang sebilik.


Nak basuh baju pun boleh 

Ruangan Tempat makan yang selesa.


Bagi yang risau dengan Makanan Halal, Anda tak perlu risau sebab Krew yang berada disana akan bawa anda ke tempat makan yang halal dan akan berikan panduan kepada anda untuk memilih makanan yang halal yang berasaskan makanan Laut seperti ikan, udang, sotong, nasi.

Walaupun disana mostly tiada Cop Halal seperti Jakim di Malaysia tapi kami agak menjaga hal-hal tersebut sebab ianya menjadi darah daging kita. Ada juga yang tanya kita, kenapa BKH tak buat pakej sekali makan? Sebelum ni ada kita buat sekali makan.

Tapi bila sampai dekat sana, Ada yang tak kena dengan seleranya dan tak nak makan. Membuatkan kita terpaksa order mengikut apa yang dia nak. Sedangkan kita sudah awal-awal lagi order makanan mengikut bajet. Lebih selamat dan selesa, kami berikan kebebasan kepada anda untuk makan ikut bajet anda dan ikut citarasa anda.

Bagi anda yang nak jimat, anda boleh lah bawa makanan pack dari mana-mana keluaran seperti Brahim Catering ada dijual dekat Mall di Malaysia. Sebab dekat penginapan nanti ada kemudahan dapur untuk anda masa makanan anda sendiri untuk dibuat bekal ataupun dimakan terus.

Dari segi kelengkapan dapur, kami gunakan kelengkapan dapur sendiri, Kuali, periuk, pinggan, sudu dan lain-lain supaya tahap kebersihan alatan dapur itu terjamin bersih dan suci.

Pinggan Mangkuk Kuali yang disediakan untuk memudahkan anda memasak jika perlu

Sepanjang lawatan di Seoul, anda akan bersama-sama dengan crew kami disana untuk melawat tempat-tempat menarik dengan Menaiki Public Transport seperti Train dan Bas. Kita akan menaiki train ketika kita melawat sekitar City kerana ia lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang sukar bagi bas pelancong untuk sampai.

Suka kami ingatkan keadaan muka bumi di Seoul agak berbukit, jadi akan banyak kita turun dan naik bukit untuk sampai ke tempat lawatan. Untuk Ke Nami Island dari Hotel kita akan naik bas, taxi dan ferry. Semua Kos pengangkutan sudah dikira dalam harga Pakej yang anda sudah bayar..

Bagi anda yang ada rasa nak explore sendiri tempat lawatan dan shopping. Kami akan berikan masa juga kepada anda untuk explore tempat yang berdekatan dengan penginapan dan akan ajar anda macam mana untuk ke tempat dalam jarak "walking distance" ataupun naik train.

Untuk menjamin keselamatan anda semua disana. Kami suggest anda untuk ambil Travel insurance diri anda, jika ada berlaku kejadian tidak dingini anda sudahpun dilindungi oleh Skim perlindungan untuk merawat kos-kos yang terlibat.

Kita tidak tahu bila Tuhan nak duga kita. Tapi kita mampu bersedia bila dugaan itu tiba. InshaAllah semua selamat dan enjoy dalam Trip korea ini.

Sebarang pertanyaan tentang trip ini anda boleh  - Tekan disini

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

FEEDBACK PAKEJ PULAU PERHENTIAN 

Feedback ni penting ke tak penting? Kalau saya lah ada tempat anda, benda yang pertama saya nak tengok adalah feedback trip. Sebab dari situ kita dapat tahu macamana trip yang kita akan dapat. Ni cakap jual Pakej Perhentian  bila mitak feedback cakap takda. 

So dekat posting  sini korang boleh tengok feedback-feedback trip orang yang dah pernah ikut trip dengan Bahtera Kembara Holidays. Harap dapat membantu. Dan saya sekali lagi tidak suka korang letak High Expectation, lebih baik bersederhana dalam menilai sebelum anda pergi sendiri. Faham ? hahahah





"Terima kasih Ya, Family saya Enjoy" -Erika



" InshaAllah akan join lagi trip dari Bahtera Kembara Maybe pegi hatyai pulak"
-Erika


" Semua Okey, 5 Bintang" -Khairul Kl




" Belum Boleh move on lagi dengan kecantikan Perhentian, trip best" 
-Hanis


"Seronok sangat, Puas, sweet memory" - Shela



" Semua okey dan puas hati"- Shela


" U Should Tried it! I give package 5 Star" -Lynn


"Its Really Fun!"-Lyn


"Terbaik Budak2 happy semua"- Syahir


" Servis bagus nanti boleh repeat lagi"- Ain
"


" Memang terbaik, 4 check point semua. Boleh tengok penyu ikan nemo. hakak bagi 5 Bintang"-
-Rosnida Ilias


"Memang murah la. Puas Hati betul dan orang bot pun sporting"-Rosnida Ilias



"Assalamualaikum, terima kasih trip pulau perhentian . Memang terbaik.."
-Kak Zuriati


Berminat untuk tempah pakej tekan link ni 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

3HARI 2MALAM PULAU PERHENTIAN,FLORA 2018



Terima kasih kepada yang baca posting ni. Harap dapat lah bantu korang faham lebih jelas lagi pasal trip yang kami provide ni. Banyak sangat pakej yang dijual di luar sana, Entah Pakej yang macam mana.

Jadi kami di Bahtera Kembara Holidays ambil inisiatif untuk menulis di blog tentang pengalaman dan detail pakej serta gambar-gambar trip lepas yang orang lain dah pernah ikut kami. Harap dengan adanya rujukan sebegini dapat membantu anda lebih faham dan yakin untuk menggunakan Pakej dari kami. Betul? 


Kali ni kita sediakan Pakej di Pulau Perhentian di Flora Bay Resort


Resort : Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar

Daftar Masuk Resort : 2.00PM
Berlepas dari Jeti : 09.00 AM, 11.00 AM, 2.00PM, 4.00 PM
Berlepas dari Resort : 08.00AM, 12.00 PM
( MASA PELEPASAN BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA ANGIN DAN OMBAK)



Flora Bay Resort merupakan resort yang terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar.Resort ini di lengkapi 24 Jam Elektrik, terdapat cafe resort untuk pelanggan.

Sangat sesuai kepada yang bajet rendah dan kepada keluaga yang ingin membawa anak-anak ke Pulau Perhentian. 50 meter dari pantai, sekali gus memberikan peluang kepada anak2 untuk mandi-manda.

Kawasan Flora Bay Resort


Di Hadapan Flora Bay Resort
Terdapat Kerusi untuk anda bersantai2 dan makan di cafe resort



Cafe Resort yang sangat luas untuk menampung lebih dari 300 Orang dalam satu masa

Aktiviti Bola Tampar pantai juga disediakan 

Gunalah buai ini untuk mencari ketengan dipulau=) 

Sangat sesuai untuk Keluarga yang ingin luangkan masa bersam anak2



PAKEJ BILIK KIPAS RM240/Pax





Bilik untuk Pakej ini dilengkapi dengan Satu Katil Besar @ Dua Katil Kecil untuk dua orang, maximum 3 Orang sebilik. Orang ketiga diberikan satu Extra Mattress. Bilik air di dalam tanpa hot shower, satu almari baju dan cermin.



PAKEJ TERMASUK 

  1. Penginapan 2 Malam 
  2. 2x Sarapan Pagi
  3. Snorkeling Guide
  4. Snorkeling Trip 4 Point 
  5. Peralatan Snorkeling
  6. 1 Point Bonus ke Lata Air Berani
  7. Boat Laju dari Kuala Besut-Resort ( Pergi Balik)
PAKEJ TIDAK TERMASUK 
  • Makan minum ( Bajet Makan RM10-15 Sekali Makan)
  • RM5 setiap seorang ( Marine Fees) Perlu bayar di Jeti Kuala Besut
  • Travel Insuran

PAKEJ BILIK AIR COND RM295/ SEORANG 



Bilik untuk Pakej ini dilengkapi Penghawa Dingin , Satu Katil Besar @ Dua Katil Kecil untuk dua orang, maximum 3 Orang sebilik. Orang ketiga diberikan satu Extra Mattress. Bilik air didalam, Satu Hot Shower, satu almari baju dan cermin serta Peti Ais Mini.


PAKEJ TERMASUK 

  1. Penginapan 2 Malam 
  2. 2x Sarapan Pagi
  3. Snorkeling Guide
  4. Snorkeling Trip 4 Point 
  5. Peralatan Snorkeling
  6. 1 Point Bonus ke Lata Air Berani
  7. Boat Laju dari Kuala Besut-Resort ( Pergi Balik)
PAKEJ TIDAK TERMASUK 
  • Makan minum ( Bajet Makan RM10-15 Sekali Makan)
  • RM5 setiap seorang ( Marine Fees) Perlu bayar di Jeti Kuala Besut

INFO PENTING : Pakej ini tidak termasuk dengan Pakej Makan, Anda boleh Order Makanan di Cafe Resort ataupun Cafe yang berdekatan dengan resort. Bajet Makan untuk setiap seorang sekali makan RM10-15. Lebih jimat kalau anda order sendiri mengikut bajet anda. 

SURCHARGE : 20% dari harga Pakej akan dikenakan dari Bulan JUL, OGOS, SEPT.

Nak tengok Feedback Trip ni, boleh TEKAN LINK ni ya...


Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat untuk buat tempahan, boleh Tekan link ini


Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat untuk buat tempahan, boleh Tekan link ini ataupun Booking di Website secara online dan dapatkan Mata Ganjaran BK BIG POINT setiap tempahan pakej yang anda lakukan. 



Suka saya ingatkan semua perjalanan tu tertakluk kepada keadaan laut semasa. Kalau keadaan laut tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan sebarang aktiviti tanpa notis awal demi keselamatan anda. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Macamana nak pergi ke Pulau Perhentian?

Hai Korang semua, hari ni mek ada sikit masa yang terluang. Pastu Line Internet plak nampak macam laju semacam jer, Jari jemari ni pun terasa mcam ringan, otak ni plak gasakk duk berpusing. pastu tengok MacBook atas meja nampak duk relex tayang badan. So apa lagi Mek nak manfaatkan semua benda ni. Walaupun mek tahu semua ni pinjaman sementara jer. Betul x?? Okey dah dah dah..

Hari ni mek nak share dengan korang How To go Perhentian Island dalam bahasa melayu nya " Bagaimana cara untuk ke Pulau Perhentian" Jelas ke xjelas? hahahahah Sebut je Pulau Perhentian, memang org dah sah2 kenal Pulau Perhentian ni, mana xnya sbb ramai orang cakap Pulau Perhentian ni dah macam Maldive koo.

Boleh tahan ramai jugak yang duk pm dekat Fb mek dan wasup mek tanya macamana nak ke Pulau Perhentian. So Mek nak share dekat sini, harap info yang mek bagi ni berguna untuk korang yang nak p Pulau Perhentian. Sebenarnya nak pergi sini xsusah. Kita skrang dunia dah moden dah canggih so banyak kemudahan asas yang disediakan. 

Korang ada beberapa cara Untuk Ke Pulau Perhentian. Yang pertama korang boleh naik bas, kedua naik kereta sendiri dan ketiga korang boleh naik flight.

NAIK BAS DARI TERMINAT BERSEPADU SELATAN ( TBS)


TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)


Ni Kaunter Tiket, banyak sangat. Nati korang pergi je mana yang kosong. Semua destinasi ada taw.

Okey xpa mek nak citer untuk part yang naik bas. Mek ambil satu tempat dalam malaysia ni yang agak2 ramai orang mulakan perjalanan dorang dari sana. Mek ambil contoh Perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan , Sungai Besi. So Bagi korang yang dari Kuala Lumpur, korang boleh ambil tiket bas dekat kaunter. Dekat sana ada direct bas ke Jeti Pulau Perhentian (Kuala Besut).


Tiket untuk bas tu bermula dari RM46 Sehala. Dulu masa mek mula2 nak pergi pulau perhentian, mek naik bas dekat TBS pastu turun dekat Terminal bas Kuala Besut yang dekat dengan Jeti Pulau Perhentian. Mek pilih Bas Perdana, sebab tertarik dengan dia punya slogan 'Selamat dan Selesa". Mek naik malam sampai pagi dalam pkul 6.30pagi macam tu. So sempatlah mek solat subuh dekat area jeti tu. 

Ni rupa Bas Express Perdana

Mek siap je solat dekat Masjid berdekatan , Mek cuba look around dulu. Ingtkan jeti jauh dari stesen bas ni, Rupanya dekat jer, jalan kaki je jeti. So dekat jeti ada gerai2 makan, masa tu mek pergi dalam pkul 7.30am, gerai sana baru kemas2 nak bukak, mek tunggu je dekat depan kedai tu. ada brother ni tengok mek duk tercegak jer, dia cepat2 susun kerusi nak bagi mek duduk. Fuhh dapat duduk then order teh tarik panas pastu ada nasi lemak ayam goreng. Perut lapar semua mek telan. hehhehe

Ni Terminal Bas dan teksi Kuala Besut

Nasi Lemakk..

NAIK KAPAL TERBANG DARI KLIA/KLIA2

Okey ni plak mek nak citer untuk korang yang decide nak pergi naik flight. Kalau korang nk ke sana korang kna ambil flight dari KUL-KBR taw. sebab lagi dekat compare korang turun dekat Kuala Terengganu. Sebab Jeti kuala Besut tu dia sempadan dengan kelantan jew. So memang dekat.

KLIA

Mek suka naik Airasia sebab murah, RM39 pun dah dapat 

Bila korang sampai je dekat Airport Kota Bharu, korang keluar tu dah ada kaunter taxi. So korang bagitahu jer kaunter tu korang nak ke Jeti Kuala Besut. Satu taxi RM75 boleh masuk 4 orang. So taxi akan bawak korang direct pergi ke Jeti Kuala Besut. Mek pernah naik skali taxi ni tapi mek terkena RM90 kauu. Sebab mek ambil kat luar airport. Xtaw plak harga dalam airport lagi murah hehehhehe


Taxi Airport Kota Bharu, Cun kan?? 
Perjalanan dia lebih kurang 1 jam setengah dari Airport. Sempat lah korang nak pejam2 mata2 dlu dalam taxi tu. Sampai jer dekat Jeti korang lepak2 lah dlu. hehhehe  Tunggu staff mek ambil untuk pergi ke Pulau Perhentian ( Kalau Ambil Pakej dengan mek) =)

Mek rasa sampai sini dulu lah coretan mek untuk petang ni. Xlarat dah nak menaip. hehhehe Nati kalau ada cara lain untuk pergi ke sana Mek Share lagi dengan korang yer.. Trima kasihhh. Mek sayang korang. Korang kena sayang mek jgk hahhahaha

Korang belum ada Pakej Lagi? untuk lihat senarai Pakej murah dari mek.Boleh tekan Link ni 


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts
  • 4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI
    Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan se...
  • 21 TIPS SEMASA DI MALDIVES
    PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives...
  • Pelanggan tidak lagi tertipu kalau baca posting ni..
    3H2M PULAU PERHENTIAN DI KG PULAU PERHENTIAN KECIL Tujuan Entry ni dibuat semata-semata nak bagi info dekat korang, Bagi senang ko...

Follow Us

Company Profile

Bahtera Kembara Holidays
View my complete profile

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (4)
    • ►  October (8)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ▼  January (4)
      • Pakej ke Seoul Bajet dan Selesa. Wajib anda cuba..
      • Feedback Pakej Pulau Perhentian
      • Pakej Murah Pulau Perhentian RM240/Seorang
      • Bagaimana Cara Mudah untuk ke Pulau Perhentian
  • ►  2017 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  September (6)
    • ►  July (12)
  • ►  2016 (8)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2015 (6)
    • ►  September (4)
    • ►  June (2)

Distributed By Protemplateslab & Created with by BeautyTemplates