Powered by Blogger.
  • Home
  • Promotion
  • Packages
    • Domestic
    • Island Package
    • Outbound
  • Travel Tips
  • Services
  • Contact Us

BKH TRAVEL

Teman Melancong Anda

Sejarah Pakej Singapore Day Trip



Merlion Park

Salam Sejahtera buat semua. Sebenarnya saya dah lama nak bercerita pasal PAKEJ SINGAPORE DAY TRIP ni. Tapi tidak di izinkan dari Segi ruang dan masa. heheheh Jadi Malam ni saya agak Free, So nak ambil peluang ni untuk bercerita pada korang Pasal Singapore Day Trip ni. Mungkin lepas ni korang akan paham sedalam dalamnya, sedalam lautan Hindi . Tu pun kalau paham apa yang saya nak bercerita ni. Sebab saya ni kalau bab cerita kadang2 tak tahu mana kepala mana ekornya. hahaha


Kalau beraksi memang tak ingat dunia

Kau buat macam monyet pehal hahaha



SINGAPORE DAY TRIP PACKAGE



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Pengankutan Dari Damansara ke Kuala Besut


Salam uoll, kali ni saya nak menulis plak pasal pengankutan untuk bawa 130 orang ahli rombongan dari Atsa Architect Sdn Bhd. Asalnya dalam Pakej Pulau Perhentian yang selalu saya jual memang tidak termasuk pengangkutan dari tempat korang ke Jeti Kuala Besut. Tapi kalau dah ramai macam tu, memang saya akan angkut ahli rombongan dari tempat korang sampai lah ke jeti. Dari Kelantan, saya ke Damansara semata2 nak pickup customer untuk ke Jeti Kuala Besut. Perjalanan saya dari Kelantan ke Damansara lebih kurang dalam 9 Jam naik bas Express Perdana semestinya selamat dan selesa. Turun dekat TBS, lepas tu dari TBS saya ambil taxi ke Puchong tambang taxi dalam RM20 jugak, lepas tu singgah dekat rumah makcik. Balik mandi dulu, kemas barang pastu terus p jumpa AJK dorang untuk perjalanan malam ni.  Badan penat xpayah nak cakap lah kan. hehehe 

Bas Perdana Express

Saya mintak dorang berkumpul depan pejabat Atsa Architect pukul 9.30 Malam. Pukul 9.00 Malam dorang dah terpacak dekat sana. Fuhhh semangat giler. hahaha So bila jumpa dorang, nampak semua happy dan excited nak p Pulau Perhentian. Penat saya dalam bas 9 jam tu terus terubat bila tengok semangat dorang ni. Dorang punya excited tu lain macam taw hehehe


Bas Setingkat


Bas Dua Tingkat 
Kali ni saya guna Dua buah Bas Rosli Travel yang disewa khas untuk ambil ahli rombongan ke Kuala Besut pergi dan balik. So bagi yang mana nak bawak group korang tapi xda transport, jangan risau lah saya boleh uruskan Bas dari tempat korang. Sebuah bas Satu tingkat dan sebuah bas dua tingkat. Memang selesa giler lah. hehehe..

Terima kasih sekali lagi kepada Ahli Rombongan Atsa Architect Sdn Bhd kerana menggunakan service bas persiaran dari Bahtera Kembara Holidays.

Bagi sesiapa sahaja yang nak SEWA BAS PERSIARAN boleh hubungi saya di Talian 019-4151375 ataupun Nombor Pejabat 09-7900854

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Family Day Atsa Architect 2015 di Pulau Perhentian


Kali ni saya rasa ringan tangan nak menulis cerita ni, Aku tahu sebenarnya aku ni xreti sangat nak menulis dan berceloteh. Skadar kepuasan sendiri dan nak share dengan korang. Kot2 ada yang masih mencari Agen yang boleh uruskan Hari keluarga untuk persendirian, syarikat, jabatan dan lain-lain boleh lah contact Bahtera Kembara Holidays ni. =)



Kami ni aku dan Bkh Travel telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan Hari Keluarga Atsa Architect Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Tun Damansara Selangor. Office Bkh Travel di Kelantan, xbermakna Bkh xleh nk handle group dari luar kelantan. =)



Rasa bangga bila Company Besar macam Atsa Architect ni pun guna service kita. Untuk kali ni seramai 130 orang yang terdiri daripada Staff dan ahli keluarga dorang akan dibawa terus dari Tangga Pejabat ke Jeti Kuala Besut Terengganu. So apa nak dirisaukan, kita uruskan semuanya. Dari segi harga kita bincang kasi jadikk. 

Kami memang Customize Pakej Pulau Perhentian Dorang mengikut kesesuai dan keperluan dari Pihak ATSA. So jangan risau ya bagi yang dah ada aktiviti korang sendiri. Boleh bagi dekat kita, dan kita buatkan mengikut kepakaran kami. 

Sebelum Trip mestilah kena pergi berbincang apa aktiviti yang akan dijalankan nanti. Aku pun kali pertama jejak kawasan Taman Tun tu, so dua tiga kali jgk sesat. Hahaha Bila aku sampai je aku masuk terus ke pejabat operasi dorang. Masuk je terus napak sorang awek cun duduk dekat kaunter depan. Mungkin xberpunya lagi. hahahha jgn bini orang sudehh hahaha. Jom masuk Meeting dulu.

Bermulalah Perbincangan Kita
 Korang jangan rasa hairan/pelik, Saya datang nak bincang Pasal Family Day Trip, bukan nak bincang pasal Construction ataupun nak buat pelan bangunan. hahahha Dah nama lagi syarikat Architect, mesti lah belambak dorang punya pelan bangunan atas meja. hehehe 




Khusuk sangat Yang baju merah tu
Bila tengok Balik Gambar ni rasa macam nak gelak plakk, makin banyak saya tengok pelan bangunan kat atas meja ni. heheheh ahhhh jgn peduli. Fokus apa yang perlu dulu, Yang deal dengan saya untuk Trip ni I Call Her Kak Izan, orang nya peramah giler. hahahaha dan sangat2 bertanggujawab. Tahniah Kak Izan.


Ajk Yang Masuk dalam Meeting

Dari Kiri Kak Wan , Abg Helmy , Abg Amrul , Afiq ( Ceo Bahtera Kembara Holidays) , Kak Izan, Kak Mala, Kak Lin,  Dorang ni semua memang mesra giler dan Humble. Sepanjang dalam mesyuarat Trip, memang xkering gusi aku dibuatnya, Bergelak ketawa je kerjanya. Memang environment kerja kat sini terbaik! Patutlah ramai Staff, Orang nak remain dekat sini pun rasa selesa. 

Tq pada Orang yang ambil gambar ni, Yang akak comey dekat kaunter depan tu lah yang ambil, Kalau dia baca mesti dia senyum sorang2 sebab kena puji, hehehehe. Okey dah, saya dah ngantuk. Nati saya sambung lagi citer untuk trip ni. 

To be continue...

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
DAY TRIP SINGAPORE

Ramai yang tidak tahu dengan hanya RM135 Seorang anda mampu melawat Kota Singa dari Kuala Lumpur. Kali ini kami ingin membawa anda ke alam nyata yang selama ini hanya menjadi cita-cita dan angan-angan. Percaya atau xpercaya, anda boleh lihat gambar keriangan yang telah pun menjadi sejarah bagi orang yang telah mengikuti pakej kami ke sana..

Jom Kita layan gambar-gambar menarik sepanjang Day Trip Singapore ^.^


Yehuuuuuu Finally kami dah sampai di China Town=)

Amboi khusyuknya ahli rombongan mendengar taklimat ringkas dari pemandu pelancong

nampak x apa kat belakang kitaorang??

Keep calm and continue the journey..

Trip ini merupakan salah satu adventure trip, dimana anda semua berpeluang untuk mengecapi dua pengalaman yang berbeza iaitu anda dapat menaiki bas pelancong dan merasai sendiri pengalaman menaiki MRT yang menjadi kebanggaan rakyat Singapura.

Amacam best x? agak2 mau ikut?? pakej yang sama diatas hanya RM135 seorang.

Pakej Termasuk:-
1) Pengangkutan dari Kuala Lumpur Singapore Pergi balik
2) Tips Tour Guide
3) Sarapan Pagi
4) Pengangkatan ke China Town,Arab Street, Masjid Sultan, Istana Sultan 

Untuk tempahan Sila Klik Link ini 
Hubungi Kami
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts
  • 4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI
    Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan se...
  • 21 TIPS SEMASA DI MALDIVES
    PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives...
  • Pelanggan tidak lagi tertipu kalau baca posting ni..
    3H2M PULAU PERHENTIAN DI KG PULAU PERHENTIAN KECIL Tujuan Entry ni dibuat semata-semata nak bagi info dekat korang, Bagi senang ko...

Follow Us

Company Profile

Bahtera Kembara Holidays
View my complete profile

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (4)
    • ►  October (8)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  September (6)
    • ►  July (12)
  • ►  2016 (8)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2015 (6)
    • ▼  September (4)
      • PERCUTIAN MURAH KE SINGAPORE
      • Bas Persiaran Sewa Khas ( HARI KELUARGA ATSA ARCHI...
      • Mesyuarat Hari Keluarga Atsa Architect
      • DAY TRIP SINGAPORE FROM KUL
    • ►  June (2)

Distributed By Protemplateslab & Created with by BeautyTemplates