Powered by Blogger.
  • Home
  • Promotion
  • Packages
    • Domestic
    • Island Package
    • Outbound
  • Travel Tips
  • Services
  • Contact Us

BKH TRAVEL

Teman Melancong Anda

PENERANGAN PAKEJ KRABI DARI KL


  • DATE: 18-21APR 2019 
  • HARGA:  DEWASA RM499/SEORANG, KANAK2 G RM479/ SEORANG
  • DEPOSIT : RM100/SEORANG
  • BAKI BAYARAN: BOLEH BAYAR ANSUR-ANSUR (40 HARI SEBELUM                    TARIKH PERGI PERLU BAYARAN PENUH)
  • TRANSPORT: BAS PELANCONGAN 
  • JENIS PENGINAPAN : HOTEL 
  • KEKOSONGAN SEAT : 28 SEAT ( PLEASE CHECK CURRENT UPDATE DALAM SISTEM UNTUK REAL TIME SEAT AVAILABLE) 
Pakej ini adalah pakej bermula dari KL Sentral menaiki bas ke ke sempadan. Minimum 2 orang pun boleh ikut x perlu tunggu ramai2 baru boleh jalan. Ada harga dewasa dan kanak2.

Pakej Krabi ni, kita akan pakai bas dari malaysia dulu ke Sempadan thailand dan tukar bas thailand dari sempadan thai ke Krabi. bas malaysia xboleh masuk ke Thailand sampai ke krabi.

Wajib ada passport, xboleh pakai border pass bagi orang yang stay area dengan sempadan.

Bajet untuk trip ni plak RM10-15 sekali makan, ikut citarasa anda dan bajet anda. Kalau nak shopping maybe boleh bawak rm500 pun cukup. Lepas tu prepare utk naik gajah 500bath lebih kurang dalam rm60, Marine fee ke Poda Island 400bath lebih kurang Rm50.


PAKEJ 4H2M KRABI DARI KL
RM499 PER PAX

PAKEJ TERMASUK 

1) Bas dari KL Sentral- Padang Besar -Krabi-KL Sentral ( Pergi dan balik) 
2) Penginapan hotel atau resort 2 @ 3 Orang sebilik
3) City Tour ke Black Crab+ Khao Khanamnab+ Death Fossil Beach
4)  4 Island Hoping ke Poda Island + Pranang Cave+ Chicken Island
5) 1x Makan tengahari di Poda Island disediakan secara "Box Lunch"

PAKEJ TIDAK TERMASUK 
  • Makan dan Minum selain dinyatakan diatas
  • Insuran perjalan peribadi/Kumpulan
  • Bil telifon, Dobi dan lain-lain
  • Bayaran masuk ke Pulau 400 Bath setiap seorang, dibayar semasa menaiki boat
  • Segala yang tidak dinyatakan diatas.

LAWATAN KE BLACK CRAB + KHAO KNANABNAM




LAWATAN KE DEATH FOSSIL BEACH




LAWATAN KE 4 ISLAND ( PODA ISLAND+ CHICKEN ISLAND+ TUP ISLAND+ PRANANG CAVE)




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Penerangan Pakej Korea Termasuk flight Pergi balik



  • DATE: 12-16 OCT 2019 ( MUSIM LURUH)
  • HARGA: RM3199/SEORANG
  • DEPOSIT : RM350/SEORANG
  • BAKI BAYARAN: BOLEH BAYAR ANSUR-ANSUR (40 HARI SEBELUM                    TARIKH PERGI PERLU BAYARAN PENUH)
  • TRANSPORT:PUBLIC TRANSPORT
  • JENIS PENGINAPAN : HOTEL TERLETAK DEKAT DENGAN TEMPAT TUMPUAN      PELANCONG
  • KEKOSONGAN SEAT : 10 SEAT ( PLEASE CHECK CURRENT UPDATE DALAM SISTEM UNTUK REAL TIME SEAT AVAILABLE) 

WAKTU PENERBANGAN TRIP INI.




Jom baca penjelasan pakej


Airasia Flight Sumber Google

Pakej pada tarikh ini adalah pakej yang telahpun termasuk dengan Tiket penerbangan pergi dan balik serta Percuma 20 Kg bagasi setiap seorang pergi dan balik. Jika anda rasa anda nak shoping banyak di Korea, Anda boleh bagitahu agent yang menguruskan tempahan pakej anda untuk tambah KG bagasi.

Harga seperti dibawah ini

25 KG -


Bagi anda yang nak makanan dalam kapal terbang, anda boleh juga minta tolong agent yang menguruskan tempahan anda. Add On Meal RM15/Meal.


Contoh Meal dalam Flight, Sumber Google 

Setibanya di Airport Seoul ( ICN) , Group Leader dari Bahtera Kembara Holidays yang menetap disana akan tunggu anda dan rombongan. Tiba di airport, anda akan dibawa terus ke penginapan iaitu Hotel menaiki Limousin bas .

GAMBAR BILIK HOTEL


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik Katil besar ini untuk dua orang sebilik. Sesuai untuk suami dan isteri .Bilik ni boleh juga dijadikan untuk orang yang memilih duduk berseorangan


Bilik untuk Pakej di Korea, Bilik ini untuk Dua Orang sebilik.


Bilik ini pula untuk Orang yang datang tiga orang, Boleh duduk tiga orang sebilik.


Nak basuh baju pun boleh 

Ruangan Tempat makan yang selesa.


Bagi yang risau dengan Makanan Halal, Anda tak perlu risau sebab Krew yang berada disana akan bawa anda ke tempat makan yang halal dan akan berikan panduan kepada anda untuk memilih makanan yang halal yang berasaskan makanan Laut seperti ikan, udang, sotong, nasi.

Walaupun disana mostly tiada Cop Halal seperti Jakim di Malaysia tapi kami agak menjaga hal-hal tersebut sebab ianya menjadi darah daging kita. Ada juga yang tanya kita, kenapa BKH tak buat pakej sekali makan? Sebelum ni ada kita buat sekali makan.

Tapi bila sampai dekat sana, Ada yang tak kena dengan seleranya dan tak nak makan. Membuatkan kita terpaksa order mengikut apa yang dia nak. Sedangkan kita sudah awal-awal lagi order makanan mengikut bajet. Lebih selamat dan selesa, kami berikan kebebasan kepada anda untuk makan ikut bajet anda dan ikut citarasa anda.

Bagi anda yang nak jimat, anda boleh lah bawa makanan pack dari mana-mana keluaran seperti Brahim Catering ada dijual dekat Mall di Malaysia. Sebab dekat penginapan nanti ada kemudahan dapur untuk anda masak makanan anda sendiri untuk dibuat bekal ataupun dimakan terus.

Dari segi kelengkapan dapur, kami gunakan kelengkapan dapur sendiri, Kuali, periuk, pinggan, sudu dan lain-lain supaya tahap kebersihan alatan dapur itu terjamin bersih dan suci.

Pinggan Mangkuk Kuali yang disediakan untuk memudahkan anda memasak jika perlu

Sepanjang lawatan di Seoul, anda akan bersama-sama dengan crew kami disana untuk melawat tempat-tempat menarik dengan Menaiki Public Transport seperti Train dan Bas. Kita akan menaiki train ketika kita melawat sekitar City kerana ia lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang sukar bagi bas pelancong untuk sampai.

Suka kami ingatkan keadaan muka bumi di Seoul agak berbukit, jadi akan banyak kita turun dan naik bukit untuk sampai ke tempat lawatan. Untuk Ke Nami Island dari Hotel kita akan naik bas, taxi dan ferry. Semua Kos pengangkutan sudah dikira dalam harga Pakej yang anda sudah bayar..

Bagi anda yang ada rasa nak explore sendiri tempat lawatan dan shopping. Kami akan berikan masa juga kepada anda untuk explore tempat yang berdekatan dengan penginapan dan akan ajar anda macam mana untuk ke tempat dalam jarak "walking distance" ataupun naik train.

Untuk menjamin keselamatan anda semua disana. Kami suggest anda untuk ambil Travel insurance diri anda, jika ada berlaku kejadian tidak dingini anda sudahpun dilindungi oleh Skim perlindungan untuk merawat kos-kos yang terlibat.

Kita tidak tahu bila Tuhan nak duga kita. Tapi kita mampu bersedia bila dugaan itu tiba. InshaAllah semua selamat dan enjoy dalam Trip korea ini.

BAWAH INI ADALAH GAMBAR KETIKA MUSIM LURUH TAHUN LEPAS.MUSIM LURUH HANYA LAH SEKALI SAHAJA DALAM SETAHUN.













HAPPY SELLING TO ALL SALES TEAM!
GOOD LUCK.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Mimpi Tertunai ke Maldives 4 Hari 3 Malam 




Hai Semua, Saya nak share story saya dekat Maldives dan Pakej Maldives, So senang lah sikit korang faham pasal trip ni. Jangan skip taw. 


DAY 1 ( KUL-MALDIVES) 



Ni gambar masa nak masuk ke Gate Pelepasan antarabangsa. Jejak kasih kot dorang ni. hehehe


Trip masa saya pergi tu, ada satu departure time je, Ada time petang pukul 18:55pm, So sampai dekat Airport Maldives Pukul 10.30 malam macam tu. 


Here We Goooo to Maldives, Male


Okeyy saya dah sampai dekat Maldives, sebelum ni duk tengok je orang bergambar dekat patung ni. Finally dapat jugak saya ambil gambar. Perasaan excited tu lain macam beb. Sebabnya first time kan, Memang syok yang amat.  hahaha


Haaaaa, Uncle u pakai seluar tak kat dalam tu? Kang jatuh plakk. Ni kiranya port yang korang wajib ambil gambar lah masa keluar flight. Yang menandakan korang memang dah sampai Maldives. Airport lain takda macam ni. Hahaha


Okey kita ajak geng plak ambik gambar sini. Ada 3 Orang lagi belum sampai. Duk sibuk ambil gambar kat luar. Terima kasih jurugambar saya. hehehe


Dah siap ambil gambar tadi tu, korang akan nampak kaunter imigresen. Jangan nak berselfie-selfie plak dekat sini. Buat lah kalau nak kena soal siasat. haaaa, Abe pesan je kot korang terbuat. heheheh



Gambar kat atas ni adalah gambar dari sumber google image k. Mitak halal. Hahahaha tak sempat plak saya nak snap hari tu. Sebab baru bangun tidur then terus isi-isi je tak terfikir nak ambil gambar. heheheh


 Masa dalam flight tadi dia ada bagi satu borang ketibaan. So korang kena isi lah dulu. Then nati bagi dekat Kaunter ni. Dia akan mintak. Jangan bagi hilang taw. 


Bila korang sampai je dekat airport lepas ambil beg apa semua. Korang keluar dari pintu tu then cari Nama Korang ataupun cari nama Bahtera Kembara Holidays. Okey? 


Yeyyyy, saya dah jumpa kawan saya dekat sana. Ingatkan dia dah tak datang ambil saya. Hahahaha Thanks Bro Ali. He is Muslim taw. 100 % Orang local sini muslim. So korang jangan risau bab makan halal ke tidok..



Muka keriangan dah sampai Maldives. Tapi Trip nanti kita tak da flight malam dah. Sampai pagi dekat maldives baru lah boleh tengok view. Yer dak? Sekarang ni Ke Maldives satu departure je dari Kuala Lumpyr. Takda pilihan. ( BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA)


Masa dekat airport tu kalau korang ni jenis takleh terpisah dari internet nak buat live ke korang boleh beli simcard. Kos dia dalam 24 usd. Bila korang keluar je dari pintu arrival tu, tengok belah kanan, korang akan nampak kedai simcard. 


We are ready to go, nak naik boat pergi ke Maafushi Island. Ni lah kami semua yang ikut trip. Maybe nanti korang plak akan ada dekat sini. Maximum dalam 15 orang je kot Per trip. Sebab nak jaga kualiti servis. Nak tak? 

PENGINAPAN



Ruang untuk menunggu dan kaunter, kira lobby lah ni. 



Bagi suami isteri kita bagi katil ni ya. Hehehe Tapi kena request awal-awal. Takut penuh. Dalam bilik ni berhawa dingin. Acc sejuk gila. Bilik sangat selesa.


Ni plak bilik jenis ada dua katil . Sesuai lah untuk yang bujang-bujang. 




Tandas yang selesa dan bersih, So jangan risau ya. 

Nota : bukan semua bilik macam ni. Tapi lebih kurang macam ni. Nantikan korang claim nak bilik macam dalam gambar ni. hahahaha

DAY 2

Hari kedua ni, lepas siap sarapan pagi dekat penginapan, kitaorang siap-siap keluar. Aktiviti hari kedua ni kita akan pergi tempat-tempat dibawah ni

1) 2 Point Snorkeling hot spot punya
2) Sand Bank Maldives
3) Dolphin Tours
4) Fishing Trip




Sempat lah selfie-selfie dulu sebelum gerak. Jangan lupa pakai sunblock k, nanti terbakar lah muka korang. Hehehehe Cuba kenal-kenal antara satu sama lain. Make it fun okey !


SANDBANK MALDIVES


Sampai jer dekat sini semua orang tiba-tiba diam. Masa dekat atas bot masing-masing tengok kau aku pastu cakap " wei serius cantik wei". Saya ni jenis ego sikit. Takda lah nak cakap cantik ke apa. Just senyum je. Hahahah Tapi dalam hati tuhan saja tahu hahahha



Panas ke kat sini? takda lah panas sangat. tapi biasa-biasa macam kat pulau lain. hehehe Dia punya pasir memang putih. Lembut plak tu. Bergambar lah puas-puas dekat sini.



Ego pun ego jugak tapi pantang nampak camera beb! hahaha Ni tempat yang sama, tapi gambar ni saya edit sikit. Kah kah kah. 


Kak Peanut dan Abang Ewan, satu-satunya pasangan romantik yang berkongsi trip dengan kitaorang. heheheh Sporting sangat depa dua orang ni, tengok saya lompat. Dia nak ikut lompat jugak hahahah


Korang nanti nak pergi kena bawak banyak-banyak prop taw. Tu belon yang kitorang pinjam dari minah jepun yang tengah buat photoshot. Heheheh nasib baik dia bagi. Terima kasih Cik Niha dan Aqila p kidnap belon ni. Hahaha


Masing-masing nak guna prop ambik gambar. Tengok air laut dia kat belakang tu, Rasa nak minum jer. Rasa nak terus terjun jer hehehehe Hati-hati Ecah jalan tu. Pecah belon tu kang kau kena ganti. hahaha


Si baju merah tu dah mula tengok kulit dah terbakar ke belum. hahaha saya pakai sun block tapi bila dah berpeluh dengan melompat-lompat, Sun block pun hilang dah. So saya malas nak pakai lagi sekali. Last-last biarkan macam tu jer hehehehe


Ni konon nak bagi jadi macam drama melayu main-main air kat pantai. Hahahah Okey lah. Pass! hahaha Qila dan Siti.


Masa ni seingat saya Kak Peanut tengah ambil gambar hubby dia posing Heheheheh 
1,2,3 " Senyum" =) 

SNORKELING TRIP 


Kalau rasa nak sentuh ikan dan main ikan secara dekat boleh lah cuba. Best sangat taw. Excited dia lain macam. Heheheh


Kalau rasa nak selam pun boleh. Boleh ambil gambar underwater, Better bawak gopro sendiri. So takda lah duk berebut dengan orang lain. Snorkeling guide kita memang dah ada bawa gopro..



 Saja je action nak pegang tu. tapi serius takut dan geli nak pegang. Hahaha takut gatal ke apa. Tapi sebanarnya takda apa-apa pun. Just batu karang, Ada yang batu karang warna warni. Memang lawa. 



Sister ni memang kaki selam. Duk kejap dia selam kebawah. Teruja kejap tengok aksi dia. Dia sorang je yang pempuan dalam trip yang berani. 





Walaupun pergi snorkeling dua point je. Tapi penat dia boleh tahan beb. Dah siap Snorkeling dan ambil gambar dekat sini. Kitaorang balik ke penginapan untuk makan tengahari solat serta rehat. Pukul 4 lebih plak kitaorang keluar pergi Dolphin Tour.


DOLPHIN TOUR


Kalau nasib baik korang akan dapat tengok dolphin. Binatang ni macam cerdik sangat. Dia macam tahu je kita panggil dia. Pastu dia akan lumba-lumba dengan bot kita, Lepas tu kalau kita cakap " Jump Jump" pastu ada lah yg jump dari air tu. 


Pengalaman tengok dolphin depan mata beb. Tu bukan jerung taw. Hahaha Ada dalam video yang kitaorang tengah kejar dolphin. Nati saya upload yer hehehe


FISHING TRIP/ SUNSET CRUISE


Kita pancing guna alat tradisional jer, tak da lah nak guna joran2 bagai. Tapi banyak gila dapat ikan. Saya rasa pancing ikan lagi senang dari pancing hati wanita dekat luar sana. Ciaciacia


Nah ambek kau. Besar gila ikan, tiga kali makan pun tak habis ni oi.. Hebat Kak Zana =)


Ikan-ikan yang kita dapat ni kita sedekah sikit dekat orang setempat. selebihnya kita makan sampai kenyang untuk malam last. Kalau sapa pandai masak, rasa nak masak, korang boleh bagitahu owner penginapan tu untuk access dia punya dapur hehehehe


Day 3 ( Aktiviti bebas) Suggestion pergi Private Island Resort


Hari ketiga ni sebenarnya hari aktiviti bebas. Ada yang pilih untuk pergi ke Sandbank lagi sekali, ada yang pilih nak pergi mancing lagi sekali. tapi kitaorang pilih untuk pergi ke Private Island Resort yang ada banglow dekat atas air tu. Heheheh Bayaran dia 100 Usd sorang dalam RM400.

Kitaorang dapat return speed boat pergi balik, Buffet lunch dekat resort, Welcoming drink, dapat satu towel, boleh access semua facilities dorang dekat resort. Nak mandi kolam pun boleh, nak snorkeling dekat sini pun boleh. tapi kitaorang pergi sini semata-mata nak bergambar dan merasa sendiri. hahahah


Abang pegang elok-elok, kang sis jatuh dalam laut. kalau jatuh ke hati abang xpalah jugak. Ciaciacia


Mungkin dia ratu selfie! katanya " xkan ku hiraukan panas, sebab tengok abang boat pun rasa sejuk je hati, Kan Niha? hahahah

Gambar kat bawah ni adalah gambar kita buat Visit Private Island. Tak termasuk dalam Pakej. Dalam sehari tu kita ada bagi Free & Easy untuk korang. Ada beberapa aktiviti air yang korang boleh buat. tapi saya suggest untuk korang pergi ke Water Villa Resort ni.
Kos kesini 100 USD sorang sekali dengan Buffet Lunch dan termasuk semua facilities yang ada kat resort tu. 

NOTA : Private Resort Water Villa ni mungkin berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa. Tapi semua water villa dan private resort ni lawa-lawa.


Please jangan komen apa-apa dekat gambar ni.Hanya mampu tersenyum sebab belakang tu cantik sangat! Kan best kalau masa datang ni bini ada sekali.. Hahaha


saya belanja satu lagi gambar. Konon-konon lah nak candit hehehehe Menjadi tak ?  Next year kita datang dengan bini plak. Aamin


Ni tak nak belanja dah, saja nak tunjuk penginapan dia syokkk gila! 


Kak Siti pun nak tunjuk taring jugak. Tak pa kita kasi chance dia masuk dalam ni. hahahah Peace. hahahaha


Posing ke tengah bergosip tu sis? Lepas ni kalau nak datang sini. Korang bawak prop banyak-banyak. Bawa baju banyak2 yer =) 


Tengok ni. baru duduk 3 Hari kat sini dah ada peminat ajak selfie. hahaha Silap2 sikit lagi jadi kampung dia. Hahahaha


Diva ke ni?


Masa yang paling best, bila kau dapat travel dengan kawan baik kau sebelum kau kawin. betul x korang?Kalau dah kawin susah dah nak hangout sama-sama. Kecuali kau dapat husband yang memahami lepas kau pergi travel dengan best friend kau. Syok x macam tu? 


Sambil-sambil tunggu member bergambar, Sini jugak ada servis urut untuk 5 minit. Percuma jer. Sedap gila.. Cuba tanya akak tu best ke x hehehe


So Now we all on the way balik ke penginapan. Nak rehat lah. Penat sangat bergambar dan main laut. hehehehe


DAY 4 ( City Tour MALE) 

To Be Continue


Kalau korang berminat dan ada nak tanya pasal detail pakej, nati tekan Tekan Disini











Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts
  • 4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI
    Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan se...
  • (no title)
                                  TRIP PRIVATE OHSEMM DI BANDUNG 4H3M !!! Korang sekali-sekala buat trip,ajak la  staf yang lama berju...
  • 21 TIPS SEMASA DI MALDIVES
    PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives...

Follow Us

Company Profile

Bahtera Kembara Holidays
View my complete profile

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  February (2)
      •                  BETUL KE DALAT & MUINE MERUPAKAN ...
      •                               TRIP PRIVATE OHSEMM ...
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (4)
    • ►  October (8)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  September (6)
    • ►  July (12)
  • ►  2016 (8)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2015 (6)
    • ►  September (4)
    • ►  June (2)

Distributed By Protemplateslab & Created with by BeautyTemplates