Powered by Blogger.
  • Home
  • Promotion
  • Packages
    • Domestic
    • Island Package
    • Outbound
  • Travel Tips
  • Services
  • Contact Us

BKH TRAVEL

Teman Melancong Anda


MUSIM LURUH DI SEOUL BUAT ANDA TIDAK BOLEH LUPA PENGALAMAN DISANA =) 



Musim Luruh ataupun dikenali juga Autumn Season  di korea biasanya berlaku pada 

Lewat September hingga Pertengahan November setiap Tahun. Kita tak boleh nak jangka bila cuaca tu berlaku. tapi kita boleh estimate based on tahun yang sebelumnya. Dekat bawah ni saya share gambar Trip semasa musim luruh Tahun sebelumnya. 





Masa trip ni, daun-daun dia belum luruh lagi. Masa ni date kita pergi pada pertengahan bulan oktober. Ikut nasib lah bila daun tu nak luruh. Kalau daun tu luruh lagi osem dia punya gambar.  Sebab penuh daun-daun dekat bawah kaki kita. 


Akak ni baru lepas kawin. So dia pergi HONEYMOON dengan husband, Syok terok lah. Musim ni dia tak panas dan tak sejuk sangat. Macam suhu dalam aircond. 



Siapa saja boleh ikut trip ni. Tak kira tua ke muda. Sebab trip ni kita akan naik public transport. So takda panjat-panjat tangga subway tu. 




Best kalau boleh spent time sama-sama dengan husband and wife. Bila lagi kan? Anak2 dah besar heheheh



Akak ni plak dia bawa mak dia travel. Spent time dengan mak time mak masih ada. =) 










So sweet our customers hehehehe
 Dorang ni couple yang pergi date yang sama tau korang =)







Banyak lagi gambar gambar untuk musim luruh tapi saya tak upload semua, Jom lah kita tengok Live depan mata. Nati boleh tekan link ni untuk pertanyaan lebih pasal trip Musim luruh ke Seoul Korea ni. 



Tekan di sini untuk bertanya =)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
FEEDBACK TRIP DALAT & MUINE, VIETNAM

Kita ni kan sebelum nak travel ke mana-mana, mestilah kita nak tahu feedback trip-trip yang bebelum ni kan, sama ada memuaskan ke, atau sangat osem ke..Ini haa kami payung beberapa feedback Trip Dalat & Muine, Vietnam..


CUstomer happy, kami pun HAPPY!




#dalatmuine



Kalau korang nak rasa apa yang dorang rasa, kena la follow kami next trip!

#dalatmuine
#vietnam
#bahterakembaraholidays
#teambahterakembaraholidays

(: CLICK HERE FOR MORE INFORMATION :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

DALAT AND MUINE : YOUR ADVENTURES DESTINATION

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM buat peminat-peminat dan stalkers BKH yang cun dan hensem sekalian..

Ni sis ada story nak morry kat korang semua. Haa..korang mesti dah banyak kali dengar pasal Ho Chi Minh kan? Dan dah banyak kali jugak lah korang pergi shopping kat sana.. Tapi kali ni, sis taknak story pasal Ho Chi Minh, tapi sis nak morry pasal Dalat & Muine! Yaa awak, kat Vietnam jugak.. Eksaited kan? Mestilah, korang kan traveller yang osem! Apa? Korang tak pernah dengar nama tempat ni? Takpe takpe, jangan risau, kat sini sis cerita sikit-sikit berkaitan Dalat & Muine ye..Dalat ni kalau kat negara kita, lebih kurang macam Cameron atau Kundasang..Suhunya antara 15-24°C..Dikenali jugak sebagai The City of Eternal Spring..Korang boleh intai gambar-gambar yang sis letak kat sini..


Haa ni tengok gambar ni, korang rasa-rasa kat mana? Cameron? Kihkih! Nampak macam serupa kan? Tapi tak sama uolls! Angin dia lain maciam weh! Ni lah dia Cable Car Dalat..yeay!!


Sis nak kecoh sikit ni kat uolls, sis ni suka kalau tengok orang main gitar, tambah-tambah kalau pakej sekali dengan suara, fuhhh boleh cair...sebab tu lah sis melting tengok gitar yang besar gedabak ni, sis cannot la, rasa macam nak bawak balik je, tapi apakan daya sis, tak mampu nak angkut :(
Ni sis mampu tengok je dorang seronok-seronok duk posing kat gitar tu (heshtek sis jealous) !


Haa tengok motor yang ni pulak..korang tak terpikat ke? Sis ni, walaupun tak tahu bawak motor, walaupun takut naik motor, tapi sis dah jatuh hati kat si berkilat tu..Kalau boleh gerak ni, hmm tak tahulah jadi apa nanti..Korang tahu ni kat mana? Tak? Sama lahh, sis pun baru tahu je ni, nama tempat ni Clay Tunnel. Dalam tempat ni, banyakkk lagi lah benda-benda yang confirm akan menarik perhatian mata korang nanti, nampak itu nak shoot, nampak ini nak shoot. Shoot sana shoot sini lah senang citer! Sediakan memory card yang banyak space je..huhu!


Korang nampak tak apa yang sis nampak? Kannnnn..nampak macam seram-seram gitu, tapi dorang masuk siang-siang, berbumbungkan langit pulak tu..Pelik tapi benar..iyaa, inilah dia Crazy House. Jangan risau, kat sini adventures untuk korang..Boleh main panjat-panjat apa semua..


Hujan-hujan pun takde hal guys! Kahkahkah! Kita redah semua..Time trip dorang ni, ada jugak baby join, haa pakai jugaklah baju hujan kat Si Comel tu, memang cute lah jawabnya! Alhamdulillah..



Yang ini pulak, nama dia Alphine Coaster..Boleh naik seorang (bagi yang takde partner macam sis) atau boleh jugak naik dua orang bagi yang tak berapa nak berani tu (macam sis jugak)..Selama ni kan korang dah biasa naik Roller Coaster yang panjang dan lajuuu tu, so apakata kali ni, korang cuba naik sorang-sorang pulak :)


Ini Fairy Stream nama tempat dia..Lawa kan kalau nak photoshoot kat sini, nampak aura semulajadinya..


Memukau kan kalau nampak kolam air dikelilingi bunga-bunga lawa macam ni kan..? Ni lah Taman Bunga dia..Betul kata pepatah Melayu, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor (mana kumbangnya?) Kaitan sangat...



Sis sangat hepi bila tengok dorang hepi, senyum sampai ke telinga..Sebab apa? Yaa, sebab senyum itu kan sedekah, dan senyum juga boleh berjangkit ke jiran sebelah, depan, belakang, atas juga bawah :) Selamat beramal..! (Tiberr..)


Ni lagi...! Tengok dorang boleh baring kat padang pasir macam ni, nampak sangat dorang taknak balik Malaysia dah..Ni padang pasir kat White Sand Dunes, Muine..Penat sangat dah ni kot, penat naik jeep barangkali..Mau baring-baring macam dorang? Meh follow!


Ni haa jeep nya..rugilah kalau korang dah sampai sana, tapi tak nak naik benda ni..takdelah fefeling naik jeep kat padang pasir..

Okee, sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang sis tak upload kat sini, nanti takde lah suprise kalau sis dah share semua kan..So korang kena lah rasai sendiri pengalaman travel kat Dalat dan Muine ni..Menyesal kalau tak follow!

#dalatmuine
#vietnam
#bahterakembaraholidays
#teambahterakembaraholidays
Saya Nak Tanya..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
NAK SHARE DEKAT TETAMU BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS TRIP PADA MUSIM BUNGA.

MUSIM BUNGA DI SEOUL KOREA MEMBUATKAN ANDA JADI TAK KERUAN :D

Musim bunga ataupun dikenali juga Spring Season  di Korea yang biasanya berlaku pada pertengahan Mac hingga akhir Mei setiap Tahun. Kita tak boleh nak jangka bila bunga sakura tu mekar. tapi kita boleh estimate based on tahun yang sebelumnya.

Suhu musim bunga pula antara 10 – 22°C. Sekitar bulan 4, cuaca di sana nyaman sahaja kerana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Dekat bawah ni saya share gambar trip semasa musim bunga tahun sebelumnya.


Tetamu kami mengenakan pakaian tradisional iaitu "Hanbok" sebelum memulakan perjalanan di sekitar Seoul Korea


Sis berdua ni gembira sangat dapat ke sini lagi2 semasa musim favourite mereka iaitu Musim bunga =)








Tak lupa jugak untuk pasangan yang baru kahwin boleh join package kami untuk trip honeymoon anda =)



Amboi amboii hihihii sakan yaa dorang menunjukkan gaya OOTD masing-masing heheheh



Bunga-bunga dekat sini semua lawa lawa tau. Cantik sangat!!! Memang takde dekat Malaysia ni...








Tengok ni kalau kuning, kuning betul.. Bukan warna malap2




Cantiknya warna purple niiiii <3<3




Merah betull bunga dia. Nak petik bawak balik Malaysia boleh ? hehehehehhe

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tau, tapi sis tak sempat nak upload semua. Kalau uols nak tengok lagi, kena pergi Korea laaa. Jommmmm! Ikut trip sis next year. 



Kalau ada apa2 pertanyaan boleh tekan link ni Tekan disini
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
INI ADALAH KOLEKSI FEEDBACK TRIP KOREA BERSAMA BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS. 


Alhamdulillah kami dengan senang hati menerima segala feedback dari para tetamu =)
Kami happy kalau korang pun happy..

Dengan feedback ini, kami dapat buktikan yg korang takkan menyesal join trip dari Bahtera Kembara Holidays :D Tak sia sia kalau korang ambik pakej kami tauuuu <3<3<3



































Diatas ni adalah feedback dari tetamu kita yang pergi trip dengan Bahtara Kembara Holidays. 
Amboiii.. amboiii... meriah kan feedback kami.. Baca feedback pun dah boleh rasa betapa bestnya kat sana =) haaa giteww :P
. Yang pasti sekali korang pergi, pasti nak repeat lagi :P

Nak tahu lebih details,
TEKAN DI SINI






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
  • 4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI
    Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan se...
  • (no title)
                                  TRIP PRIVATE OHSEMM DI BANDUNG 4H3M !!! Korang sekali-sekala buat trip,ajak la  staf yang lama berju...
  • 21 TIPS SEMASA DI MALDIVES
    PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives...

Follow Us

Company Profile

Bahtera Kembara Holidays
View my complete profile

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  February (2)
      •                  BETUL KE DALAT & MUINE MERUPAKAN ...
      •                               TRIP PRIVATE OHSEMM ...
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (4)
    • ►  October (8)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  September (6)
    • ►  July (12)
  • ►  2016 (8)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2015 (6)
    • ►  September (4)
    • ►  June (2)

Distributed By Protemplateslab & Created with by BeautyTemplates