Powered by Blogger.
  • Home
  • Promotion
  • Packages
    • Domestic
    • Island Package
    • Outbound
  • Travel Tips
  • Services
  • Contact Us

BKH TRAVEL

Teman Melancong Anda

Mimpi Tertunai ke Maldives 4 Hari 3 Malam 




Hai Semua, Saya nak share story saya dekat Maldives dan Pakej Maldives, So senang lah sikit korang faham pasal trip ni. Jangan skip taw. 


DAY 1 ( KUL-MALDIVES) 



Ni gambar masa nak masuk ke Gate Pelepasan antarabangsa. Jejak kasih kot dorang ni. hehehe


Trip masa saya pergi tu, ada satu departure time je, Ada time petang pukul 18:55pm, So sampai dekat Airport Maldives Pukul 10.30 malam macam tu. 


Here We Goooo to Maldives, Male


Okeyy saya dah sampai dekat Maldives, sebelum ni duk tengok je orang bergambar dekat patung ni. Finally dapat jugak saya ambil gambar. Perasaan excited tu lain macam beb. Sebabnya first time kan, Memang syok yang amat.  hahaha


Haaaaa, Uncle u pakai seluar tak kat dalam tu? Kang jatuh plakk. Ni kiranya port yang korang wajib ambil gambar lah masa keluar flight. Yang menandakan korang memang dah sampai Maldives. Airport lain takda macam ni. Hahaha


Okey kita ajak geng plak ambik gambar sini. Ada 3 Orang lagi belum sampai. Duk sibuk ambil gambar kat luar. Terima kasih jurugambar saya. hehehe


Dah siap ambil gambar tadi tu, korang akan nampak kaunter imigresen. Jangan nak berselfie-selfie plak dekat sini. Buat lah kalau nak kena soal siasat. haaaa, Abe pesan je kot korang terbuat. heheheh



Gambar kat atas ni adalah gambar dari sumber google image k. Mitak halal. Hahahaha tak sempat plak saya nak snap hari tu. Sebab baru bangun tidur then terus isi-isi je tak terfikir nak ambil gambar. heheheh


 Masa dalam flight tadi dia ada bagi satu borang ketibaan. So korang kena isi lah dulu. Then nati bagi dekat Kaunter ni. Dia akan mintak. Jangan bagi hilang taw. 


Bila korang sampai je dekat airport lepas ambil beg apa semua. Korang keluar dari pintu tu then cari Nama Korang ataupun cari nama Bahtera Kembara Holidays. Okey? 


Yeyyyy, saya dah jumpa kawan saya dekat sana. Ingatkan dia dah tak datang ambil saya. Hahahaha Thanks Bro Ali. He is Muslim taw. 100 % Orang local sini muslim. So korang jangan risau bab makan halal ke tidok..



Muka keriangan dah sampai Maldives. Tapi Trip nanti kita tak da flight malam dah. Sampai pagi dekat maldives baru lah boleh tengok view. Yer dak? Sekarang ni Ke Maldives satu departure je dari Kuala Lumpyr. Takda pilihan. ( BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA)


Masa dekat airport tu kalau korang ni jenis takleh terpisah dari internet nak buat live ke korang boleh beli simcard. Kos dia dalam 24 usd. Bila korang keluar je dari pintu arrival tu, tengok belah kanan, korang akan nampak kedai simcard. 


We are ready to go, nak naik boat pergi ke Maafushi Island. Ni lah kami semua yang ikut trip. Maybe nanti korang plak akan ada dekat sini. Maximum dalam 15 orang je kot Per trip. Sebab nak jaga kualiti servis. Nak tak? 

PENGINAPAN



Ruang untuk menunggu dan kaunter, kira lobby lah ni. 



Bagi suami isteri kita bagi katil ni ya. Hehehe Tapi kena request awal-awal. Takut penuh. Dalam bilik ni berhawa dingin. Acc sejuk gila. Bilik sangat selesa.


Ni plak bilik jenis ada dua katil . Sesuai lah untuk yang bujang-bujang. 




Tandas yang selesa dan bersih, So jangan risau ya. 

Nota : bukan semua bilik macam ni. Tapi lebih kurang macam ni. Nantikan korang claim nak bilik macam dalam gambar ni. hahahaha

DAY 2

Hari kedua ni, lepas siap sarapan pagi dekat penginapan, kitaorang siap-siap keluar. Aktiviti hari kedua ni kita akan pergi tempat-tempat dibawah ni

1) 2 Point Snorkeling hot spot punya
2) Sand Bank Maldives
3) Dolphin Tours
4) Fishing Trip




Sempat lah selfie-selfie dulu sebelum gerak. Jangan lupa pakai sunblock k, nanti terbakar lah muka korang. Hehehehe Cuba kenal-kenal antara satu sama lain. Make it fun okey !


SANDBANK MALDIVES


Sampai jer dekat sini semua orang tiba-tiba diam. Masa dekat atas bot masing-masing tengok kau aku pastu cakap " wei serius cantik wei". Saya ni jenis ego sikit. Takda lah nak cakap cantik ke apa. Just senyum je. Hahahah Tapi dalam hati tuhan saja tahu hahahha



Panas ke kat sini? takda lah panas sangat. tapi biasa-biasa macam kat pulau lain. hehehe Dia punya pasir memang putih. Lembut plak tu. Bergambar lah puas-puas dekat sini.



Ego pun ego jugak tapi pantang nampak camera beb! hahaha Ni tempat yang sama, tapi gambar ni saya edit sikit. Kah kah kah. 


Kak Peanut dan Abang Ewan, satu-satunya pasangan romantik yang berkongsi trip dengan kitaorang. heheheh Sporting sangat depa dua orang ni, tengok saya lompat. Dia nak ikut lompat jugak hahahah


Korang nanti nak pergi kena bawak banyak-banyak prop taw. Tu belon yang kitorang pinjam dari minah jepun yang tengah buat photoshot. Heheheh nasib baik dia bagi. Terima kasih Cik Niha dan Aqila p kidnap belon ni. Hahaha


Masing-masing nak guna prop ambik gambar. Tengok air laut dia kat belakang tu, Rasa nak minum jer. Rasa nak terus terjun jer hehehehe Hati-hati Ecah jalan tu. Pecah belon tu kang kau kena ganti. hahaha


Si baju merah tu dah mula tengok kulit dah terbakar ke belum. hahaha saya pakai sun block tapi bila dah berpeluh dengan melompat-lompat, Sun block pun hilang dah. So saya malas nak pakai lagi sekali. Last-last biarkan macam tu jer hehehehe


Ni konon nak bagi jadi macam drama melayu main-main air kat pantai. Hahahah Okey lah. Pass! hahaha Qila dan Siti.


Masa ni seingat saya Kak Peanut tengah ambil gambar hubby dia posing Heheheheh 
1,2,3 " Senyum" =) 

SNORKELING TRIP 


Kalau rasa nak sentuh ikan dan main ikan secara dekat boleh lah cuba. Best sangat taw. Excited dia lain macam. Heheheh


Kalau rasa nak selam pun boleh. Boleh ambil gambar underwater, Better bawak gopro sendiri. So takda lah duk berebut dengan orang lain. Snorkeling guide kita memang dah ada bawa gopro..



 Saja je action nak pegang tu. tapi serius takut dan geli nak pegang. Hahaha takut gatal ke apa. Tapi sebanarnya takda apa-apa pun. Just batu karang, Ada yang batu karang warna warni. Memang lawa. 



Sister ni memang kaki selam. Duk kejap dia selam kebawah. Teruja kejap tengok aksi dia. Dia sorang je yang pempuan dalam trip yang berani. 





Walaupun pergi snorkeling dua point je. Tapi penat dia boleh tahan beb. Dah siap Snorkeling dan ambil gambar dekat sini. Kitaorang balik ke penginapan untuk makan tengahari solat serta rehat. Pukul 4 lebih plak kitaorang keluar pergi Dolphin Tour.


DOLPHIN TOUR


Kalau nasib baik korang akan dapat tengok dolphin. Binatang ni macam cerdik sangat. Dia macam tahu je kita panggil dia. Pastu dia akan lumba-lumba dengan bot kita, Lepas tu kalau kita cakap " Jump Jump" pastu ada lah yg jump dari air tu. 


Pengalaman tengok dolphin depan mata beb. Tu bukan jerung taw. Hahaha Ada dalam video yang kitaorang tengah kejar dolphin. Nati saya upload yer hehehe


FISHING TRIP/ SUNSET CRUISE


Kita pancing guna alat tradisional jer, tak da lah nak guna joran2 bagai. Tapi banyak gila dapat ikan. Saya rasa pancing ikan lagi senang dari pancing hati wanita dekat luar sana. Ciaciacia


Nah ambek kau. Besar gila ikan, tiga kali makan pun tak habis ni oi.. Hebat Kak Zana =)


Ikan-ikan yang kita dapat ni kita sedekah sikit dekat orang setempat. selebihnya kita makan sampai kenyang untuk malam last. Kalau sapa pandai masak, rasa nak masak, korang boleh bagitahu owner penginapan tu untuk access dia punya dapur hehehehe


Day 3 ( Aktiviti bebas) Suggestion pergi Private Island Resort


Hari ketiga ni sebenarnya hari aktiviti bebas. Ada yang pilih untuk pergi ke Sandbank lagi sekali, ada yang pilih nak pergi mancing lagi sekali. tapi kitaorang pilih untuk pergi ke Private Island Resort yang ada banglow dekat atas air tu. Heheheh Bayaran dia 100 Usd sorang dalam RM400.

Kitaorang dapat return speed boat pergi balik, Buffet lunch dekat resort, Welcoming drink, dapat satu towel, boleh access semua facilities dorang dekat resort. Nak mandi kolam pun boleh, nak snorkeling dekat sini pun boleh. tapi kitaorang pergi sini semata-mata nak bergambar dan merasa sendiri. hahahah


Abang pegang elok-elok, kang sis jatuh dalam laut. kalau jatuh ke hati abang xpalah jugak. Ciaciacia


Mungkin dia ratu selfie! katanya " xkan ku hiraukan panas, sebab tengok abang boat pun rasa sejuk je hati, Kan Niha? hahahah

Gambar kat bawah ni adalah gambar kita buat Visit Private Island. Tak termasuk dalam Pakej. Dalam sehari tu kita ada bagi Free & Easy untuk korang. Ada beberapa aktiviti air yang korang boleh buat. tapi saya suggest untuk korang pergi ke Water Villa Resort ni.
Kos kesini 100 USD sorang sekali dengan Buffet Lunch dan termasuk semua facilities yang ada kat resort tu. 

NOTA : Private Resort Water Villa ni mungkin berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa. Tapi semua water villa dan private resort ni lawa-lawa.


Please jangan komen apa-apa dekat gambar ni.Hanya mampu tersenyum sebab belakang tu cantik sangat! Kan best kalau masa datang ni bini ada sekali.. Hahaha


saya belanja satu lagi gambar. Konon-konon lah nak candit hehehehe Menjadi tak ?  Next year kita datang dengan bini plak. Aamin


Ni tak nak belanja dah, saja nak tunjuk penginapan dia syokkk gila! 


Kak Siti pun nak tunjuk taring jugak. Tak pa kita kasi chance dia masuk dalam ni. hahahah Peace. hahahaha


Posing ke tengah bergosip tu sis? Lepas ni kalau nak datang sini. Korang bawak prop banyak-banyak. Bawa baju banyak2 yer =) 


Tengok ni. baru duduk 3 Hari kat sini dah ada peminat ajak selfie. hahaha Silap2 sikit lagi jadi kampung dia. Hahahaha


Diva ke ni?


Masa yang paling best, bila kau dapat travel dengan kawan baik kau sebelum kau kawin. betul x korang?Kalau dah kawin susah dah nak hangout sama-sama. Kecuali kau dapat husband yang memahami lepas kau pergi travel dengan best friend kau. Syok x macam tu? 


Sambil-sambil tunggu member bergambar, Sini jugak ada servis urut untuk 5 minit. Percuma jer. Sedap gila.. Cuba tanya akak tu best ke x hehehe


So Now we all on the way balik ke penginapan. Nak rehat lah. Penat sangat bergambar dan main laut. hehehehe


DAY 4 ( City Tour MALE) 

To Be Continue


Kalau korang berminat dan ada nak tanya pasal detail pakej, nati tekan Tekan Disini











Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST!

Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives. Tak kira lah korang pergi ambil pakej ataupun pergi DIY.  Kali ni I pergi dengan Pakej Bahtera Kembara Holidays. So boleh lah I share Pakej dorang dekat korang.

Kalau korang dah ada tiket flight ataupun dah ada date sendiri untuk ke Maldives, I cadangkan U ambil pakej dengan Bahtera Kembara ni. Sebab Pakej dia minimum 2 orang pun boleh pergi tak kena tunggu ramai-ramai baru boleh pergi.

Sebelum tu I nak SHARE TIPS untuk ke Maldives ni.


1. Kalau korang nak tahu Maldives ni adalah Negara islam taw, so takde lah benda-benda yang mengarut. Selamat lah kalau nak bawak anak-anak datang sini. Takda lah anak-anak uolls tu "Culture Shock" heheheh .  Ibu Negara Maldives adalah Male, cara nak sebut ( Ma-Ley ).


2. Transport utama dorang dekat Maldives ni Speedboat. Kalau ada duit lebih boleh lah cuba Sea Plane ni. Tapi Transport utama dorang adalah SpeedBoat/Feri



3. Maldives ni dia banyak sangat pulau, ada pulau yang jauh dia sampai 2-3 Jam naik Speed Boat! Tak payah lah pergi duduk jauh2. Make sure korang tengok dulu penginapan tu dekat pulau mana.  Tapi ramai orang Malaysia Stay dekat Mafushi Island. BKH pun bagi Hotel dekat Mafushi.

Gambar: Sumber Google 

4. Sebelum nak gerak kesana, korang wajib bawa sunblock, Shade, swimming suit. Dekat sana cuaca agak panas sebab di kelilingi dengan Laut yang cantik.

Gambar: Sumber Google

5. Nak pergi sana cukuplah hanya 4 Hari 3 Malam. Sebab dekat Maldives ni memang betul-betul pulau. Satu pulau tu jalan 2-3 jam dah habis pusing. Tarikan utama dia adalah kecantikan laut yang takkan jumpa kat tempat lain.

6. Dekat Maldives dia pakai dua jenis mata wang taw. Dia guna USD dan Rufiyya . USD tu kita guna untuk makan dekat restoran/aktiviti air/dll. Rufiyya plak kita guna untuk beli barang dekat kedai serbaneka, So korang tukar lah sikit duit Rufiyya tu. Kalau takda duit ruffiya pun takpa. Dorang terima jugak duit USD. Tapi dia akan bagi baki dalam Ruffiya.


GAMBAR : SUMBER GOOGLE

7. Prepare pakaian mandi at least 2 pasang. Pastikan pakaian lain tu nipis dan tak tebal. Sana panas. Jangan nak feeling2 macam kat Europe plak. hehehe Tak sesuai untuk Baby. Anak umur 3 tahun boleh join. Yang umur 3 tahun kebawah tidak digalakkan. Nanti demam anak tu.



8. Make Sure korang dah buat preparation 6 bulan sebelum bergerak. Korang booking tiket awal-awal. Boleh pilih Airasia sebab dia punya tiket murah berbanding flight lain, Kos dalam RM800- RM1500 seorang pergi dan balik. Kalau korang tak nak pening-pening, korang boleh tengok mana-mana promo dari BKH tu , ambil Pakej yang sekali tiket flight.



9. Kalau korang ambil Flight dari KLIA/KLIA2 dia akan turun dekat Male, bukan dekat city tau tapi dia ada satu Pulau Khas yang hanya ada airport je dekat situ. Dekat area situ jugak dia ada pulau-pulau berdekatan. Kalau sampai malam korang kena overnight dulu dekat mana-mana pulau yang berhampiran. nanti tanya je orang dekat situ. Korang kena naik Feri/ Bot.

Ni Contoh Speed boat dorang. Ada yang tertutup. Tapi masa ni I nak g Sand Bank

10. Since I pegi ni ambil pakej lengkap dengan BKH so sampai je dekat airport dah ada orang tunggu dan pegang nama I. Lepas tu terus transfer pergi ke Hotel yang dah disediakan. tak payah pening-pening dah hehehe . Risiko nak kena tipu pun rendah. Konon-konon nak saving, tiba-tiba kena tipu. Duit pun melayang.

11. Macam I, pakej yang I ambil dengan Bahtera Kembara memang dah termasuk dengan makan minum selama 4H3M dekat sini. So I tak pening nak pergi cari kedai makan dekat sana. Jangan risau semua makanan halal. Sebab memang orang dekat Maldives ni Islam.

12. Kos makan dekat sini lebih kurang sekali makan RM40, kira-kira dalam 10USD lah. So kalau korang pergi 4Hari 3Malam, kos makan lebih kurang RM360.  Dia punya masakan tu lebih kepada ala-ala mamak sikit.

13. Rupa orang Maldives ni macam ala-ala orang India. Maybe sebab dorang memang dah dekat dengan Sri Langka. Tapi dorang ni wangi-wangi lah takda lah bau terok sangat. Dan dorang punya rambut pun kerinting. Tapi sangat mesra.



14. Antara aktiviti yang korang boleh buat adalah Snorkeling, Sand Bank, Fishing Trip, melawat private resort. Semua aktiviti dekat sini best. View dia tak payah cakap lah. Memang takkan jumpa dekat tempat lain. Serius tak tipu

15. Ramai orang confius pasal nama Airport. Dulu nama Airport Male ni adalah Ibrahim Nasir. Sekarang dia dah tukar ke Valena International Airport. Terletak di Male




16. Masa korang melawat dekat Sand Bank tu, korang bawak lah siap2 belon dari Malaysia. Kot boleh jadi prop dekat sana. Pastu pakai baju yang voke! Jangan lah pakai baju biasa korang pakai kat Malaysia tu. Hehehe











17. Kalau korang datang Maldives tapi tak pergi Fishing trip memang rugi. Memang best sangat. I pun kali pertama Fishing boleh jadi ketagih sebab letak je mata pancing terus dapat ikan. Masa nak tarik tu lah nikmat!








18. Kat sini memang terkenal dengan Snorkeling trip. Untuk trip yang I ambil dengan Bahtera Kembara ni. Dorang memang dah siap bagi peralatan snorkeling so korang tak payah susah-susah nak sewa dah. Tengok coral dan ikan-ikan dalam air! Memang cantik yang amat. Dalam gambar mungkin xjelas sangat. Kena bawa Go-Pro baru best!










19. Masa I pergi hari tu dia ada satu hari  Free & Easy di mana kita boleh lah buat apa yang kita suka. Kalau I, I pilih nak ke Private Resort. Ada Additional kos sikitlah tapi sangat berbaloi-baloi. Boleh lah korang feeling2 dekat sana. Dekat sini dia akan bagi welcome drink dan dia bagi Lunch skali dan boleh guna facilities dekt resort sini.

( Gambar private resort )




20. Lagi satu! Dekat sini, korang dapat tengok Dolphin (ikan lumba-lumba) depan-depan tauuu! Pengalaman yang sangat osem memang takleh lupa. Masa I tengok tu OMG I sampai berteriak riuh kecoh satu bot sebab excited sangat hahaha



21. Hari terakhir I dekat sana, I pergi Male City Tour, jalan kaki je masa tour tu sebab dekat-dekat.. Masa tu dorang akan bawa kita tengok Masjid tertua dekat Male, lepas tu bawa ke kedai buah tangan untuk kita bawa balik ole-ole untuk insan-insan tersayang kat Malaysia hihihi.



Ada tak yang berminat nak tengok Pakej Yang I ambil tu? Boleh Tekan disini .



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan serba sedikit berkenaan dengan tempat-tempat pilihan yang menarik di Hatyai khas buat anda! Menarik bukan? Dah kalau ramai yang booking, mestilah menarik dan pakej yang kami sediakan untuk sayang sayang semua mestilah yang terbaik! Dengan angin sepoi-sepoi ni mood nak sharing tu membuak-buak pulak hihi so jom kita start!

1. Chang Puak Camp 

Kalau uolls join trip kami ke Hatyai, memang tak sah kalau tak pergi ke Chang Puak Camp ni. Apa yang ada kat sini? Semestinya gajah! Haha. "Chang" adalah merupakan panggilan untuk gajah di Hatyai. Disitu juga dikenali sebagai kem gajah di wilayah utara Thailand dimana para pengunjung boleh naik gajah.







Hat Yai semestinya dikenali sebagai tarikan semulajadi. Kem Chang Puak adalah tarikan baru yang menawarkan perkara menarik untuk dilakukan di Hat Yai. Kem tersebut semakin meningkat dan menjadi tarikan baru Hat Yai untuk melawat dari Thailand dan pelancong asing terutamanya pelancong dari Malaysia yang gemar dengan aktiviti bersumberkan alam semula jadi. Haaaa uolls mesti suka aktiviti macam ni kan? Bunyi macam adventure gitewww hihi..

Tambahan pula, terdapat juga beberapa aktiviti yang uolls semua boleh join kalau melawat ke Chang Puak Camp, seperti Elephant Riding dan ATV Motor Racing.


2. Floating Market Hatyai

Lokasi seterusnya adalah Pasar Terapung Khlong Hae yang semakin popular dalam kalangan para pelancong kerana ia tak jauh dari bandar Hat Yai. Yang uniknya disini, pasar terapung ini menggunakan bekas makanan mesra alam seperti tempurung kelapa, tiub buluh, dan periuk tanah ketika meniaga.




Lain daripada itu, pelancong juga boleh merasa sendiri makanan Thai dan makanan tempatan Selatan yang semestinya jarang didapati di Malaysia! Pasaran dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad atau pada acara penting seperti Hari Songkran. Pada Hari Songkran, rakyat Malaysia sering datang dan menikmati acara di Hat Yai. Conferm best shopping makanan kat sini. Belum cuba belum tahu tau uollsss. Jangan kata hakak tak payung :p


3. Shamila Beach, Songkhla

Okay let's moving on to the next destination. cehh speaking pulak kite hehehe.. Ok sambung! Pantai Shamila merupakan pantai legenda yang menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan asing ke wilayah Songkhla yang terletak di utara daerah Hatyai. Di daerah Songkhla, terdapat beberapa cerita dongeng dan juga monumen yang menjadi tarikan pelancong. Antaranya monumen yang menarik adalah:


a) The Great Serpent Nag

Masyarakat daerah ini menyebut dan mendeskripsikan tentang Sang Naga sebagai haiwan agung, yang juga dipercayai memberikan rezeki, kebahagiaan, memberkati jiwa dan fikiran. Sang Naga dibahagi menjadi 3 bahagian iaitu Kepala, Badan, dan Ekor. Setiap bahagian ditempatkan di tempat yang berbeza.




Sang Naga diibaratka seperti Dewa menurut kepercayaan mereka di wilayah ini. Replika Sang Naga selalu mengeluarkan air yang berterusan sebagai tanda selalu memberi berkah yang melimpah kepada penduduk Selatan Thailand. Bahagian-bahagian yang dibina mempunyai fungsinya yang tersendiri. Contohnya, bahagian Kepala tanda kebajikan, Tubuh melambangkan kemakmuran dan Ekor melambangkan karisma dan kekuatan.


b) Ikan Duyung Emas , Nang Nguek Thong
Selain lagenda naga, kisah cinta seorang pemuda terhadap ikan duyung cukup terkenal di    Songkhla. Kisahnya bermula apabila seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan terang. Tetapi ikan duyung yang jelita itu ketakutan lalu terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya.


Pemuda yang terpukau dengan kejelitaan si duyung itu menunggu di Pantai Shamila pada    setiap hari untuk memulangkan sikat tersebut kepada pujaan hatinya. Namun ikan duyung  itu tidak pernah muncul. Ikan duyung Songkhla kemudiannya dikenali sebagai Ikan Duyung  Emas atau Nang Nguek Thong dalam kalangan masyarakat tempatan.

c) Lagenda Kucing dan Tikus
Destinasi ini bukan sahaja terkenal dengan Duyung dan Sang Naga. Malah, Songkhla juga terkenal dengan lagenda yang telah menjadikan mereka sebagai salah satu cerita yang tak boleh dilupakan. Pantai ini terkenal dengan lagenda kucing dan tikus yang melanggar sumpahan sehingga akhirnya haiwan itu disumpah menjadi pulau.




4. Tang Kuan Hill


Haaa kita dah sampai ke penghujung gaiss! Destinasi pilihan kami yang terakhir adalah Tang Kuan Hill. Ia merupakan kawasan tertinggi di Songkhla dan berdekatan dengan Shamila Beach. Di puncak Tang Kuan Hill terdapat sebuah kuil Buddha (Royal Pagoda) yang dibina semasa pemerintahan Kerajaan Nakhon Si Thammarat. Dari puncak bukit ini, para pengunjung dapat melihat panorama bandar dan juga tasik Songkhla.






Kalau uolls nak tahu, kuil ni sebenarnya masih digunakan oleh sami-sami Buddha bagi upacara keagamaan mereka. Ada 2 cara untuk ke puncak Tang Kuan Hill iaitu dengan menaiki tangga ataupun lif. Kalau nak naik lif , anda akan dikenakan 30 Baht seorang. Untuk yang terlebih sihat dan staminanya tinggi, boleh lah naik tangga. Free dan sihat! Tapi untuk geng geng badan cute macam iolls ni, better naik lif, Sis rela bayor daripada penat hahahaha..






Lif ini mempunyai kepanjangan 136  meter dan boleh membawa sebanyak 20 penumpang setiap pusingan ke puncak. Yang menariknya ialah lif ini bukannya naik tegak keatas tapi mengiring hinggalah ke puncak. Pemandangan dari atas puncak Tang Kuan Hill haruslahh cantik dan mengujakan!






Setelah anda turun dari Tang Kuan Hill, anda akan dapat lihat ada satu gerai menjual aiskrim kelapa. Uniknya aiskrim ini adalah ianya dihidang dalam tempurung kelapa dan rasanya berbeza dan tidak didapati di tempat lain. Kenapa? Kerana rasa kelapanya orang kata sangat kaw dan piawww. Manis-manis gituu. Sedapp sampai termimpi-mimpi!


                                  

Jadi sis rasa setakat ni je lah sis share okay? Harap ia dapat membantu korang serba sedikit mengenai tempat menarik di Hatyai, sebelum korang sendiri join trip kami ke Hatyai. hehe.

Mata ni rasa berat dah ni. Angin sepoi-sepoi. Cuaca mendung. Apa lagi? Tidur lah gengg hahaaha. Terima kasih kerana sudi baca post ni. Next time sis akan share lebih banyak lagi berkenaan dengan pakej, tips-tips menarik dan tempat-tempat yang wajib korang pergi! Stay tuned okay. Tataaaa :p

#bahterakembaraholidays


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
  • 4 TEMPAT PILIHAN MENARIK DI HATYAI
    Hai semuaaa! Uolls sihat kee? Sejak dua menjak ni booking untuk pakej ke Hatyai lajuuu aje masuk. Jadi untuk hari ini, sis nak kongsikan se...
  • (no title)
                                  TRIP PRIVATE OHSEMM DI BANDUNG 4H3M !!! Korang sekali-sekala buat trip,ajak la  staf yang lama berju...
  • 21 TIPS SEMASA DI MALDIVES
    PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives...

Follow Us

Company Profile

Bahtera Kembara Holidays
View my complete profile

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  February (2)
      •                  BETUL KE DALAT & MUINE MERUPAKAN ...
      •                               TRIP PRIVATE OHSEMM ...
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (4)
    • ►  October (8)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  September (6)
    • ►  July (12)
  • ►  2016 (8)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2015 (6)
    • ►  September (4)
    • ►  June (2)

Distributed By Protemplateslab & Created with by BeautyTemplates